Rosmayati Sidik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rosmayati Sidik
Kelahiran (1985-04-16) 16 April 1985 (umur 39)
Kuantan, Pahang, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2003-kini

Rosma merupakan seorang penyanyi Malaysia yang berasal dari Kuantan, Pahang. Rosma dilahirkan pada 16 April 1985.

Pada 26 April 2008, Rosma telah berkahwin dengan Khai AF1 yang juga merupakan naib juara Akademi Fantasia Musim 1. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin setelah hampir lima tahun bercinta. Pada 17 Julai 2009, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Amzar Danish. Anak kedua mereka dilahirkan pada 4 Januari 2014 dan diberi nama Nur Amani Damia. Anak ketiga mereka dilahirkan pada 11 April 2019 dan diberi nama Nur Alya Dhania. Khai dan Rosma merupakan pengasas kepada produk kesihatan Magic Slims. Pada 15 Januari 2015, mereka telah membuka sebuah kafe yang diberi nama Coffee Rich Cafe. [1]

Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • Tanpa Dirimu
  • Demi Kasih Ini
  • Joget Cinta Sakti (duet Haziq Rosebi)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah tersingkir pada minggu keenam iaitu pada 19 Julai 2003 dalam pertandingan Akademi Fantasia Musim 1. Rosma berjaya menghasilkan sebuah album yang diberi judul Demi Kasih Ini pada tahun 2007. Beliau juga berduet dengan Haziq AF4 untuk lagu Joget Cinta Sakti yang turut dimuatkan dalam album ini.

Khai dan Rosma pernah menyertai pertandingan Sehati Berdansa Musim 2 dan tersingkir pada minggu kesembilan iaitu pada 20 Disember 2008. Mereka telah mewakili badan amal Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia.

Rosma pernah berduet dengan suami beliau iaitu Khai AF1 untuk lagu Warna Cinta, Hari Raya Bahagia dan yang terbaru untuk lagu Dengan Sekali Lafaz.

Rosma pernah menyanyikan lagu Gembira Di Hari Raya.

Rosma merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia Megastar yang diadakan pada tahun 2017.

Projek Lain[sunting | sunting sumber]

Pernah terlibat sama dalam menjayakan Konsert Malam Melayu Klasik yang diadakan pada September 2013.

Beliau pernah dijemput ke program realiti Ketuk-Ketuk Ramadan Episod 22 Siri 5 yang ditayangkan TV1 pada 11 Ogos 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-20. Dicapai pada 2015-12-10.