Rumah Api Tumpat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rumah Api Tumpat

Tumpat Lighthouse, Tumpat.png

Lokasi Tumpat, Kelantan, Malaysia
Mula dibina Sebelum Perang Dunia II
Fungsi Mengawasi kawasan perairan dari ancaman musuh dan memudahkan kapal-kapal tentera Jepun membuat rondaan di laut semasa Perang Dunia II
Tinggi 70 kaki (21 m)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Rumah Api Tumpat juga Rumah Api Isyarat merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terdapat di Jajahan Tumpat. Rumah api ini terletak berdekatan dengan kawasan stor Keretapi Tanah Melayu di Tumpat. bangunan ini berketinggian 70 kaki dan ukur lilit di bahagian bawah adalah 37’ 9". Ia dibina menggunakan batu-bata, berbentuk bulat, tirus ke atas dan mempunyai tangga di dalamnya.

Rumah api ini tidak digunakan lagi dan dijadikan bahan sejarah untuk tontonan umum kini dan akan datang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rumah api ini telah dibina oleh pihak berkuasa pelabuhan (Syahbandar) sekitar tahun 1900. Ia dibina kerana Tumpat merupakan sebuah bandar pelabuhan yang masyhur ketika itu kerana mempunyai kawasan perairan yang strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam.

Menurut kenyataan penduduk di kawasan tersebut, rumah api ini dibina sebelum Perang Dunia II oleh pasukan marin bagi mengawasi perairan Tumpat. Semasa Perang Dunia II (1941-1945) tentera Jepun telah mengambil alih pentadbiran rumah api ini dan menggunakannya untuk mengawasi kawasan perairan dari ancaman musuh dan sebagai isyarat kepada kapal-kapal tenteranya membuat rondaan di laut.

Gambar rumah api semasa pembinaan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]