Ruth Sahanaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ruth Sahanaya
Ruth Sahanaya di Senggigi Sunset Jazz 2019.
Kelahiran (1966-09-01) 1 September 1966 (umur 57)
WarganegaraIndonesia
Nama lainUthe
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1987 - kini
PasanganJeffrey Waworuntu
Anak-anakNadine
Mabel
Ibu bapaMatheda David dan Alfares Edward Sahanaya
Laman web rasmihttp://www.ruthsahanaya.com/

Ruth Sahanaya (lahir 1 September 1966) ialah seorang penyanyi wanita Indonesia.[1][2][3] Beliau mencapai kemasyhuran pada akhir 1980-an dan mula dikenali menerusi lagu hitsnya, "Kaulah Segalanya".[4] Beliau telah menjelajah peringkat antarabangsa, menjadi wakil Indonesia di banyak festival muzik, dan telah menerima pelbagai anugerah. [5] Setelah sebelum ini merakamkan album di bawah label Indonesia PT Aquarius Musikindo, beliau menandatangani kontrak dengan Sony Music pada awal tahun 2000 (dekad). [6] Beliau kini salah satu daripada tiga anggota kumpulan vokal bersama-sama dengan Titi DJ dan Krisdayanti dipanggil 3 Diva.[7] Beliau adalah salah satu daripada banyak penyanyi Indonesia Kristian yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Christian Gospel, True Worshippers. Albumnya, Kasih, telah menjual lebih 250,000 salinan di Indonesia.[5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 1 September 1966 di Bandung, Jawa Barat.[8] kepada pasangan Alfares Edward Sahanaya dan Matheda David yang berdarah Ambon dan Sangir Talaud.[9] Sejak kecil, beliau gemar menyanyi dan sering menjuarai pertandingan menyanyi. Kerjaya nyanyian mula diceburi secara serius pada tahun 1983 sewaktu menghadiri 5 pertandingan nyannyain, 2 di antaranya juara I dan 3 lainnya juara II. Selepas menamatkan pelajarannya di di LPK St. Angela Bandung (1986), beliau yang lebih mesra dengan panggilan Uthe, berhijrah ke Jakarta untuk memulakan kerjaya muziknya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Jeffrey Waworuntu pada 7 Mei 1994. Pada 1996, Jeffry menjadi pengurus beliau. Pasangan ini dikurniakan dua anak, Nadine Emanuella Waworuntu dan Amabel Odelia Waworuntu.[10][11]

Pada awal tahun 2006, Ruth Sahanaya telah menjalani pembedahan payudara supaya kelihatan lebih berisi dan indah. Beliau mengakui tidak begitu seleasa dan tak percaya diri ketika berbusana, kerana bentuk payudaranya yang kecil dan rata.[12]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Seputih Kasih (1987)
  • Tak Kuduga (1989)
  • Kaulah Segalanya (1992)
  • Yang Terbaik (1994)
  • ...Uthe (1996)
  • Berserah Kepada Yesus (Gospel Album) (1997)
  • Kasih (1999)
  • Yang Kurindukan (Gospel) (2000)
  • Greatest Hits Ruth Sahanaya (2002)
  • Bicara Cinta (2003)
  • Jiwaku (2006)
  • Joyful Christmas (2007)
  • Giving My Best (Gospel) (2009)
  • Thankful (2010)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • The Best Recording Artist "BASF Award" 1989
  • The Best Selling Album Category Pop Kreatif Music "BASF Award" 1989 album "Tak Kuduga"
  • The Best Recording Artist "BASF Award" 1992
  • The Best Selling Album Category Top Pop "BASF Award" 1992 album "Kaulah Segalanya"
  • Triple Platinum Record For album "Kaulah Segalanya"
  • The best selling album dalam Anugrah Musik Indonesia 1999 album "Kasih"
  • The best Selling Indonesian Album di "Anugerah Industri Muzik", Malaysia album "Kasih" 1999
  • Nominee for Best Indonesian Album "Anugerah Industri Muzik" Malaysia Album "Kasih" 1999
  • Double platinum Records For album "Kasih"
  • Nominee MTV Music Award for Best Female Vocal 1997
  • Monthly Winner Video Music Indonesia "Bawa Daku Pergi"
  • Monthly Winner Video Music Award "Ingin Kumiliki"
  • Nominee For Best Indonesian Album "Anugrah Industri Muzik" Malaysia, album "Bicara Cinta" 2004

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ruth Sahanaya Antara Jazz dan Gudeg". detikHOT. 25 Mei 2007. Dicapai pada 29 Disember 2017.
  2. ^ "Ruth Sahanaya Menceritakan Tantangan Besar Jadi Penyanyi Perempuan di Indonesia". metrotvnews.com (dalam bahasa Indonesia). 6 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-30. Dicapai pada 29 Disember 2017.
  3. ^ "Menceritakan Ruth Sahanaya lewat Buku". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). 4 Jun 2015. Dicapai pada 29 Disember 2017.
  4. ^ Taib, Shuib (9 March 2005). "In the soul lane with Ruth", New Straits Times, p. 24.
  5. ^ a b Al-Attas, Suraya (April 24, 2000). "Ruth's a real gem of an artiste", New Straits Times, p. 3.
  6. ^ Mahidin, Jad (7 April 2003). "Stunning Ruth", The Malay Mail, p. 30.
  7. ^ "12 Diva Pop Indonesia dari Masa ke Masa". Liputan6.com. 19 September 2015. Dicapai pada 29 Disember 2017.
  8. ^ "Ruth Sahanaya Gelar Konser di Kupang - Pos Kupang". Pos Kupang (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2017-12-30.
  9. ^ "Ruth Sahanaya, Wanita Ambon Bersuara Emas". Kabari News (dalam bahasa Indonesia). 2011-10-01. Dicapai pada 2017-12-30.
  10. ^ Mahidin, Jad (7 June 2001). "Straight from the heart", The Malay Mail, p. 2.
  11. ^ Rantung, Revi C. (21 November 2019). Setiawan, Tri Susanto (penyunting). "Ruth Sahanaya Harap Anak Tak Dompleng Namanya jika Mau Jadi Penyanyi". Kompas.com. Dicapai pada 28 Januari 2021.
  12. ^ Demi Penampilan, Uthe Jalani Operasi Payudara, diakses 11 Januari 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]