Sabotaj Paip gas Pemex Mexico 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta Mexico
Peta Mexico

Paip gas asli syarikat petroleum dan gas asli Pemex di tepi pantai negeri Veracruz , Mexico telah diletupkan . Enam letupan di saluran paip gas Pemex, milik monopoli kerajaan Mexico pada 11 September 2007 , 2.00 am.[1]. Paip gas 48 inci diameter mengandungi cecair gas propane menuju ke San Fernando, di negeri Tamaulipas , Mexico.

Percikan api dan bunyi letupan kedengaran sehingga 20 km. Kebocoran cecair gas masih berlaku tetapi terkawal. Dua lebuh raya berhampiran telah ditutup. Cecair gas itu akan bocor ke dalam Sungai Chiquito, dekat bandar Nogales, negeri Veracruz.Datuk bandar Marcelo Aguilar bimbang pencemaran akan memusnahkan flora dan fauna di dalam sungai itu.

Dua wanita terbunuh akibat serangan jantung apabila mendengar letupan kuat itu. 12,500 orang telah dipindahkan ke khemah sementara demi keselamatan mereka.

Gas itu disalurkan ke beberapa tempat termasuk Ciudad Cardel dan Antigua. Paip gas juga disalurkan dari Minatitlan ke Mexico City dan dari Guadalajara ke Mexico City.

Pemex atau Petroleos Mexicanos menjalankan aktiviti ekplorasi dan produktiviti serta kawalan langsung terhadap pengeluaran petroleum dan gas asli serta pelbagai hasil sampingan. Pelantar minyak dibina di Teluk Mexico. Mexico menjadi pengeluar dan pengeksport petroleum dan gas utama di Amerika Tengah. Sistem paip gas sepanjang 600,000 km merupakan kaedah utama penghantar gas asli ke seluruh negara Mexico.

Kumpulan gerila dari Tentera Revolusi Popular Mexico (EPR) dikatakan mengaku bertanggungjawab. Mereka mahu dua pemimpin yang dipenjara dibebaskan. EPR muncul sejak 1996 bagi mendapatkan keadilan sosial dan membasmi kemiskinan . Ramai rakyat Mexico terpaksa menyusup secara haram ke Amerika Syarikat bagi mencari pekerjaan.

Mereka dikaitkan dengan Tentera Zapatista yang berpusat di Chiapas ditubuhkan pada 1994. EPR ini menyerang tentera dan meletupkan bom di beberapa tempat.

Pada 10 Julai 2007 EPR turut meletupkan paip gas Pemex di antara bandar Guadalajara ke Mexico City. Letupan itu menyebabkan 100 kilang termasuk Honda Motor Co., Kellogg Co. Hershey Co mengurangkan produktiviti.

Kerajaan Mexico meningkatkan aspek keselamatan semua sumber dari sebarang sabotaj kerana ia akan menjejaskan perkembangan ekonomi negara. Paip gas itu terlalu panjang untuk dikawal dan terbuka di atas tanah, mudah untuk diletupkan oleh mana-mana pihak kiri. Presiden Mexico, Felipe Calderon berkats 5000 tentera elit telah dihantar bagi mengawal faciliti Pemex seperti empangan dan loji janakuasa elektrik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]