Partai Keadilan Sejahtera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Partai Keadilan Sejahtera
Prosperous Justice Party
Ketua Anis Matta
Diasaskan 1998
Ideologi Politik Islam
Warna rasmi Kuning, Hitam, Putih

Partai Keadilan Sejahtera (disingkat PKS atau PK Sejahtera), yang dahulu dikenal dengan nama Partai Keadilan adalah sebuah parti politik di Indonesia. Parti ini diketuai oleh Dr. H.M. Hidayat Nur Wahid, MA. Namun setelah Dr. H.M. Hidayat Nr Wahid, MA. terpilih sebagai ketua MPR Indonesia merangkumi 2004-2009, beliau memilih untuk mengundurkan diri dari jabatannya sebagai Presiden PK Sejahtera, sehingga jabatan ketua sementara diambil-alih oleh Ir. H. Tifatul Sembiring sebagai Pjs. Parti Keadilan Sejahtera. Lalu pada Sidang Majlis Syuro I PKS pada 26 - 29 Mei 2005 di Jakarta, Tifatul Sembiring terpilih menjadi Presiden PK Sejahtera antara tahun 2005-2010. Pada tahun 2009 Tifatul Sembiring di angkat jadi Menteri Komunikasi dan Informasi sehingga jawatan Presiden PKS dialih oleh Luthfi Hasan Ishak, pada tahun 2013 Luthfi diganti oleh Anis Matta.

Parti ini berasaskan Islam. Pada peringkat awal, parti ini popular di kalangan para mahasiswa dan kaum cendekiawan muda Islam lainnya. Namun seiring dengan perkembangannya, parti ini semakin meluas kepopularannya, tidak hanya di kota-kota besar di Indonesia namun hingga ke pelosok-pelosok daerah dan sehinggakan juga merambah ke luar negera. Parti ini sudah banyak memiliki perwakilan di luar negera, hal ini dilihat dari pelbagai laman web yang muncul dengan nama parti ini yang berlokasi di pelbagai negara.

Pada pilihanraya 2004, yang dikatakan pilihan raya kedua yang diikuti parti ini, PKS memenangkan suara sebanyak 7,34% (8.325.020) dari jumlah total dan mendapatkan kerusi sebanyak 45 di DPR. Pada pilihanraya saat itu, PKS menggunakan cogan kata "Bersih dan Peduli".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dewan Pimpinan Pusat

Dewan Pimpinan Wilayah (peringkat provins)

Perwakilan Luar Negera

Dewan Pimpinan Daerah (peringkat bandar)

Dewan Pimpinan Cabang (peringkat persekitaran)

Parlimen, Pemerintahan, dll.


Beberapa kumpulan dan senarai emel yang berkaitan