Salleh Jafaruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Salleh Jafaruddin

D.S.A.P.
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Oya
Dalam jawatan
1980–1986
Didahului oleh Edwin Esnen Unang
Digantikan oleh Wan Madzihi Wan Madzhar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Mukah
Dalam jawatan
1978–1979
Didahului oleh Latip Idris
Digantikan oleh Edward Esnen Unang
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Balingian
Dalam jawatan
1974–1977
Didahului oleh Mohd Pauzi Hamdani
Digantikan oleh Wan Habib Syed Mahmud
Butiran peribadi
LahirSalleh bin Jafaruddin
Parti politik (1973-1986)
Bebas
Parti Islam Se-Malaysia (sejak 2012)
PasanganSharifah Hajijah Syed Jamil
HubunganAbdul Taib Mahmud (Dua pupu)

Dato' Salleh Jafaruddin ialah seorang ahli politik Malaysia dari Sarawak. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Mukah pada 1978 sebelum meletak jawatan pada 1979. Beliau juga pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi DUN Balingian pada 1974–1977 dan DUN Oya (1980–1986). Ketika menjadi ahli parlimen, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan dua pupu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dan anak saudara bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 16 April 2011 beliau bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan raya DUN Sarawak 2011[1][2].

Salleh turut terlibat bersama Abdul Rahman Ya'kub dalam 'Kumpulan Maju' dalam Peristiwa Ming Court Hotel 1987 untuk menjatuhkan Taib.[3]

Pada Jun 2012, beliau mengumumkan penyertaan dalam Parti Islam Se-Malaysia.[4][5]

Bersara dari politik[sunting | sunting sumber]

Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz. Beliau terlibat dalam aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang. Beliau mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu , mendapatkan guru-guru agama datang dari Indonesia melalui laluan negeri Sabah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]