Salleh Melan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Salleh Bin Melan atau lebih dikenali sebagai Salleh Melan (1928 - 14 Mei 1979) merupakan bekas anggota polis di Singapura sekaligus pelakon watak antagonis filem melayu era 60an hingga 70an.

Salleh Melan
Kelahiran
Mohd Salleh Bin Melan

1928 (1928)
Meninggal dunia14 Mei 1979(1979-05-14) (umur 50–51)
Sebab kematianLemah Jantung
PekerjaanBekas anggota polis, pelakon

Biografi[sunting | sunting sumber]

Salleh Melan merupakan salah satu lagenda watak antagonis yang tiada tandingannya. Salleh Melan atau nama sebenarnya Mohd Salleh Bin Melan dilahirkan pada tahun 1928 di Melaka, namun ada juga beberapa sumber lain yang mengatakannya berasal dari Mersing, Johor.

Salleh Melan sangat meminati cerita-cerita dongeng rakyat seperti Singapura Di Langgar Todak sejak dari umur belasan tahun lagi. Ketika berumur 17 tahun, Salleh Melan telah berhijrah ke Singapura dan menjadi anggota polis. Disana, beliau telah menabur khidmat sebagai anggota polis Singapura selama 13 Tahun. Oleh kerana minat dan keinginannya untuk menjadi pelakon mula membuak-buak, beliau telah bersara dari dunia polis pada tahun 1958.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah itu, beliau telah diambil berlakon di perusahaan Cathay Keris sebagai pelakon tambahan dalam beberapa buah filem. Setelah beberapa tahun kemudiannya, nama Salleh Melan mula melonjak naik sebagai bintang yang sering menerima kutukan daripada para peminat kerana watak jahat yang berkesan. Antara filem yang berjaya melonjakkan namanya sebagai bintang pada ketika itu ialah filem Lela Satria pada tahun 1961 dengan memengang watak sebagai Badong.

Sepanjang terlibat dalam dunia lakonan, banyak filem-filem terkenal yang telah dibintanginya seperti filem Jalak Lenteng, Tun Fatimah, Dua Pendekar, Istana Berdarah, Semusim Di Neraka dan banyak lagi. Bakat dan kehebatannya dalam bidang lakonan itu telah dilihat oleh pengarah filem dari italy untuk mengambilnya berlakon dalam filem Gold Snake/Suicide Mission to Singapore pada tahun 1966. Di dalam filem ini, Salleh Melan telah diberikan peranan sebagai Gordo iaitu ketua perisik penjahat antarbangsa yang diarahkan untuk menyekat spy dari Itali bernama Kurt Jackson. Uniknya, penggambaran filem ini turut dijalankan di Singapura. Filem ini juga menjalani penggambaran di Singapura selama beberapa minggu dan kemudiannya ditayangkan didalam bahasa Itali, Sepanyol & Perancis. Filem ini di arahkan oleh pengarah berbangsa Itali iaitu Ferdinando Baldi yang turut menampilkan pelakon dari Itali Stelio Candelli sebagai peranan utama berpasangan dengan seorang pelakon wanita Jepun Yoko Tani.[2][3]

Kurt sedang menyiasat mengenai kehilangan seorang saintis Cina yang meninggalkan negaranya dengan formula berharga. Boleh dikatakan peranan beliau agak berat juga bukan extra lalu lalang beraksi di dalam filem ini. Salleh Melan mencipta satu rekod sebagai anak Melayu ke-2 berlakon di dalam filem antarabangsa selepas Ibrahim Pendek lakukan di dalam filem The Spiral Road pada tahun 1961. Menurut pengarah Ferdinando Baldi, Salleh Melan terpilih berlakon di dalam filem ini adalah kerana beliau mempunyai satu karektor jahat yang dikehendakinya. Ternyata mudah bagi beliau kerana sering membawa peranan jahat di studio Cathay Keris.[4]

Selain sering berlakon dengan memegang watak jahat, Salleh Melan juga pernah beberapa kali memegang watak baik seperti dalam filem, seperti filem Kalong Kenangan (1964) sebagai Tok Bomoh dan Nor Islam (1960) sebagai orang kanan seniman Mahmud June.[5]

Sebagai seorang pelakon yang komited, Salleh Melan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempersembahkan mutu lakonan yang baik. Misalnya beliau sanggup membotakkan rambutnya apabila diminta oleh pengarah Hussain Hanif dalam filem Dua Pendekar pada tahun 1964. Menurut pengarah Hussain Hanif, pengambaran filem ini mungkin memakan masa selama 3 bulan dan dalam 3 bulan itulah Salleh Melan harus senantiasa kekal dengan imej botak. Bagi Salleh, beliau akan patuh kepada arahan pengarah dan sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh. Dengan itu ianya dapat menambahkan pengalamannya sebagai seorang pelakon disamping menghasilkan mutu lakonannya yang unggul.[6]

Salleh Melan terus bergiat aktif dalam bidang perfileman sehingga ke filem terakhirnya di Cathay Keris iaitu Hati Batu pada tahun 1973 bersama Fauziah Ahmad Daud atau Ogy sebelum syarikat perfileman itu di tutup.

Kes[sunting | sunting sumber]

Salleh Melan telah telibat kes pengedaran dadah pada bulan November 1973. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman tersebut keatas setelah Salleh mengaku salah mengedarkan 17,6 gram dadah jenis ganja di Geylang pada 4 Oktober 1973. Salleh yang telah berlakon dalam beberapa buah filem sejak beberapa tahun yang lalu, pada mulanya meminta dirinya dibicarakan.

Ketika itu, Saleh sedang menggulung daun-daun hijau ke ganja-ganja tadi, bila pasukan dari Biro Narkotik Pusat menyerbu ke pondok tersebut. Sebanyak 15 kartu ganja telah dijumpai di depan Salleh ketika itu. Bintang filem tersebut telah mengaku bahawa ganja-ganja itu ialah kepunyaannya dan untuk kegunaan sendiri. Dia kemudian ditangkap dan dibawa oleh pegawai-pegawai BNP ke CID untuk siasat. Setelah itu, Salleh Melan yang ketika itu berusia 45 tahun telah dihukum tiga tahun penjara dan dua kali sebat dengan rotan.[7]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Salleh Melan telah meninggal dunia pada 14 Mei 1979 di usia 51 tahun akibat Lemah Jantung. Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumah saudaranya di Upper Boon Keng Road pada jam 5.40 pagi. Jenazahnya telah dikebumikan di Pusara Aman.[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1960 Noor Islam Panglima Filem Pertama
1961 Lela Satria Badong
Jalak Lenteng
1962 Tun Fatimah Dato' Mendeliar
Lanchang Kuning
1964 Dua Pendekar Adam
Kalong Kenangan Tok Bomoh
Istana Berdarah
1965 Jiran Sekampung
1966 Suicide Mission to Singapura Gordo
1969 Keranda Berdarah
1970 Aku Mahu Hidup Dol (Ayah Tiri Rahimah)
1973 Hati Batu Filem Terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Salleh Melan - Heii Badong!!!, dicapai pada 2024-04-18
  2. ^ "Repair Gambar Lama - ANAK MELAYU KE-2 BERLAKON FILEM BARAT ANTARABANGSA Pada tahun 1966 Seniman SALLEH MELAN telah terpilih untuk berlakon di dalam sebuah filem produksi dari Itali yang bertajuk GOLDSNAKE atau SUICIDE MISSION TO SINGAPORE. Filem ini di arahkan oleh pengarah berbangsa Itali iaitu FERDINANDO BALDI yang turut menampilkan pelakon dari Itali STELIO CANDELLI sebagai peranan utama berpasangan dengan seorang pelakon wanita Jepun YOKO TANI. Salleh Melan yang dilahirkan pada 1928 di Melaka ini telah diberi peranan sebagai GORDO seorang ketua penjahat antarabangsa yang diarahkan untuk menyekat spy dari Itali bernama KURT JACKSON. Kurt sedang menyiasat mengenai kehilangan seorang saintis Cina yang meninggalkan negaranya dengan formula berharga. Boleh dikatakan peranan beliau agak berat juga bukan extra lalu lalang beraksi di dalam filem ini. Salleh Melan mencipta satu rekod sebagai anak Melayu ke-2 berlakon di dalam filem antarabangsa selepas IBRAHIM PENDEK lakukan di dalam filem THE SPIRAL ROAD pada tahun 1961. Menurut pengarah Ferdinando Baldi, Salleh Melan terpilih berlakon di dalam filem ini adalah kerana beliau mempunyai satu karektor jahat yang dikehendakinya. Ternyata mudah bagi beliau kerana sering membawa peranan jahat di studio CATHAY KERIS. Filem ini juga menjalani penggambaran di Singapura selama beberapa minggu dan kemudiannya ditayangkan didalam bahasa Itali, Sepanyol & Perancis. Steadylah Anak Melaka! Boleh tonton di pautan ini: (English Dubbing) https://cutt.ly/tyDJ0LH Rujukan: Berita Filem Dizionario del cinema Italiano. | Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-18. External link in |title= (bantuan)
  3. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  4. ^ "Repair Gambar Lama - ANAK MELAYU KE-2 BERLAKON FILEM ANTARABANGSA Kita semua sedia maklum, Seniman Ibrahim Pendek adalah anak Melayu pertama berlakon untuk produksi Hollywood, tapi siapakah anak Melayu ke-2? Pada tahun 1966 Seniman SALLEH MELAN telah terpilih untuk berlakon di dalam sebuah filem produksi dari Itali yang bertajuk GOLDSNAKE atau SUICIDE MISSION TO SINGAPORE. Filem ini di arahkan oleh pengarah berbangsa Itali iaitu FERDINANDO BALDI yang turut menampilkan pelakon dari Itali STELIO CANDELLI sebagai peranan utama berpasangan dengan seorang pelakon wanita Jepun YOKO TANI. Salleh Melan yang dilahirkan pada 1928 di Melaka ini telah diberi peranan sebagai GORDO seorang ketua penjahat antarabangsa yang diarahkan untuk menyekat spy dari Itali bernama KURT JACKSON. Kurt sedang menyiasat mengenai kehilangan seorang saintis Cina yang meninggalkan negaranya dengan formula berharga. Boleh dikatakan peranan beliau agak berat juga bukan extra lalu lalang beraksi di dalam filem ini. Salleh Melan mencipta satu rekod sebagai anak Melayu ke-2 berlakon di dalam filem antarabangsa selepas IBRAHIM PENDEK lakukan di dalam filem THE SPIRAL ROAD pada tahun 1961. Menurut pengarah Ferdinando Baldi, Salleh Melan terpilih berlakon di dalam filem ini adalah kerana beliau mempunyai satu karektor jahat yang dikehendakinya. Ternyata mudah bagi beliau kerana sering membawa peranan jahat di studio CATHAY KERIS. Filem ini juga menjalani penggambaran di Singapura selama beberapa minggu dan kemudiannya ditayangkan didalam bahasa Itali, Sepanyol & Perancis. Steadylah Anak Melaka! Boleh tonton di pautan ini: (English Dubbing) https://cutt.ly/tyDJ0LH Rujukan: Berita Filem Dizionario del cinema Italiano | Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-18. External link in |title= (bantuan)
  5. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  6. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  7. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  8. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.