Samu Castillejo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samu Castillejo
Maklumat peribadi
Nama penuh Samuel Castillejo Azuaga
Tarikh lahir (1995-01-18) 18 Januari 1995 (umur 29)
Tempat lahir Málaga, Sepanyol
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 7
Kerjaya remaja
2004–2006 Explanada FS
2006–2007 UD Mortadelo
2007–2012 Málaga
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2014 Málaga B 75 (22)
2014–2015 Málaga 34 (1)
2015–2018 Villarreal 91 (9)
2018– Milan 31 (4)
Pasukan kebangsaan
2011 Sepanyol B16 6 (2)
2011–2012 Sepanyol B17 9 (0)
2015 Sepanyol B21 4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11:08, 20 May 2019 (UTC)

Samuel "Samu" Castillejo Azuaga (lahir 18 Januari 1995) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Itali, Milan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Málaga[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Málaga, Andalusia, Castillejo telah lulus daripada akademi Málaga CF. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan pada tahun 2011 ketika berusia 16 tahun. Beliau beraksi sepanjang tiga musim di dalam kejohanan Tercera División.

Pada Jun 2014, Castillejo telah dipanggil oleh pengurus pasukan senior iaitu Javi Gracia untuk menghadapi perlawanan pra-musim. Beliau telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam perlawanan persahabatan menentang Newcastle United yang menyaksikan beliau menjaringkan dua gol untuk membantu Malaga menang 4-1.[2] Beliau telah dimasukkan ke dalam skuad senior pada bulan berikutnya.[3]

Pada 29 Ogos 2014, Castillejo melakukan penampilan sulungnya di La Liga ketika menjadi pemain gantian kepada Juanmi pada minit ke-57 semasa menentang Valencia. Belia menjaringkan gol pertamanya pada 2 Februari ketika pasukannya menang ke atas Valencia.[4]

Villarreal[sunting | sunting sumber]

Castillejo berpindah ke Villarreal pada 18 Jun 2015 dengan menandatangani kontrak lima tahun bersama rakan sepasukannya di Málaga, Samu García.[5] Beliau telah menjaringkan enam gol dalam musim ketiganya sekali gus membantu Villarreal untuk layak ke Liga Europa selepas menghuni tangga keenam liga.[6]

Milan[sunting | sunting sumber]

Castillejo berpindah ke Milan pada 17 Ogos 2018 sebagai pertukaran dengan Carlos Bacca yang berpindah ke Villarreal. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 31 Ogos ketika menang 2-1 ke atas Roma di San Siro.[7] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Milan pada 30 September ketika pasukannya tewas 4-1 kepada Sassuolo.[8]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 19 Mei 2019[9]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sepanyol Málaga 2014–15 34 1 5 0 39 1
Sepanyol Villarreal 2015–16 28 1 4 0 13 1 45 2
2016–17 33 2 3 1 8 0 44 3
2017–18 30 6 3 0 5 0 38 6
Jumlah 91 9 10 1 26 1 0 0 127 11
Itali Milan 2018–19 31 4 4 0 4 0 1 0 40 4
Jumlah kerjaya 156 14 19 1 30 1 1 0 206 16

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "S. Castillejo". Villarreal CF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-07. Dicapai pada 7 April 2018.
  2. ^ "Samu Castillejo shines as Málaga defeat Newcastle United". Inside Spanish Football. 2 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-03. Dicapai pada 30 August 2014.
  3. ^ Ballesteros, Jesús (3 August 2014). "Samu Castillejo pide un sitio ya" [Samu Castillejo calls for a place right now]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 30 August 2014.
  4. ^ "Samu Castillejo clinches win for Malaga over Valencia". ESPN FC. 2 February 2015. Dicapai pada 3 February 2015.
  5. ^ "El Villarreal CF ficha a los 'Samus'" [Villarreal CF sign the 'Samus'] (dalam bahasa Sepanyol). Villarreal CF. 18 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2015. Dicapai pada 18 June 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Mateu, Ismael (27 July 2018). "Castillejo: "El Villarreal es una gran familia"" [Castillejo: "Villarreal is one big family"]. El Periódico Mediterráneo (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 14 August 2018.
  7. ^ Paul, Sumeet (1 September 2018). "Piatek paying dividends as Milan win again". ESPN. Dicapai pada 20 February 2019.
  8. ^ Smith, Jamie (30 September 2018). "Sassuolo 1 AC Milan 4: Suso double lifts under-fire Gattuso". Goal. Dicapai pada 20 February 2019.
  9. ^ "Samu Castillejo". Soccerway. Dicapai pada 23 January 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]