Santa Claus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ilustrasi 1881 oleh Thomas Nast yang, bersama bantuan Clement Clarke Moore, mereka imej moden Santa Claus

Santa Claus, juga dikenali sebagai Saint Nicholas, Bapa Krismas, Kris Kringle, atau cuma "Santa", ialah tokoh bersejarah, lagenda dan mitos dalam budaya rakyat yang disifatkan sebagai pembawa hadiah pada Malam Krismas atau Hari Krismas,[1] atau pada hari kenduri beliau, iaitu 6 Disember,[2] dalam budaya Barat. Legenda ini mungkin berdasarkan kisah-kisah hagiografi mengenai tokoh Saint Nicholas yang bersejarah.

Gambaran moden Santa Claus sebagai lelaki tua (atau orang halus) yang gemuk dan periang dan memakai serba merah bergelang dan berkolar putih, diiringi tali pinggang kulit dan but hitam, menjadi terkenal di Amerika Syarikat pada abad ke-19 kerana banyak dipengaruhi ahli karikatur dan kartunis politik yang bernama Thomas Nast.[3] Imej ini sejak itu dikekalkan di dikukuhkan melalui lagu, radio, televisyen, dan filem. Di United Kingdom dan Eropah, gambaran Santa selalunya seiras dengan Santa Amerika, tetapi di sana namanya ialah Father Christmas.

Satu legenda yang berkaitan dengan Santa menceritakan bahawa dia tinggal jauh di utara, di sebuah tempat yang dituruni salji sepanjang zaman. Versi Amerika Santa Claus tinggal di Kutub Utara, manakala Father Christmas dipercayai tinggal di Finland. Butiran-butiran lain termasuk: dia sudah berkahwin dan tinggal bersama Mrs. Claus; dia membuat satu senarai kanak-kanak seluruh dunia, mengelaskan kanak-kanak itu mengikut perilaku mereka; dia menghantar hadiah, termasuk mainan, gula-gula, dan lain-lain kepada semua kanak-kanak yang berkelakuan baik di seluruh dunia, dan kadang-kala arang atau batang diberi kepada yang nakal, dalam jangka masa satu malam; dan dia menyelesaikan kerja berat ini dengan bantuan orang halus yang mengilang mainan, dan sembilan ekor rusa kutub terbang yang menarik pedatinya.[4][5]

Pemupukan kepercayaan terhadap Santa Claus kepada kanak-kanak juga sekian lama menghadapi tentangan. Sesetengah penganut agama Kristian mendakwa bahawa tradisi Santa menyimpang dari asal-usul keagamaan dan tujuan sebenar Krismas. Yang lain pula merasa bahawa Santa Claus ialah satu pembohongan yang panjang lebar, dan adalah tidak beretika untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka mempercayai kewujudan Santa.[6] Ada juga lagi yang menentang Santa Claus sebagai lambang pengkomersialan perayaan Krismas, atau suatu pencabulan terhadap tradisi kebangsaan mereka.[7]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Poll: In a changing nation, Santa endures. Associated Press, December 22, 2006.
  2. "Saint Nicholas:::Around the World". http://www.stnicholascenter.org/Brix?pageID=76. Capaian 12-11-07]. 
  3. Coke denies claims it bottled familiar Santa image, Jim Auchmutey, Rocky Mountain News, 10 Disember 2007.
  4. B. K. Swartz, Jr.; THE ORIGIN OF AMERICAN CHRISTMAS MYTH AND CUSTOMS; Retrieved on 2007-12-22
  5. Jeff Westover; The Legendary Role of Reindeer in Christmas; Retrieved on 2007-12-22
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Cline tidak disediakan
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Czech tidak disediakan