Sekolah Kebangsaan AU Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan AU Keramat
Lencana Sekolah Kebangsaan AU Keramat.

Lencana Sekolah Kebangsaan AU Keramat

Alamat  Malaysia Jalan 5/56, Au3 , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon 0341079639
Faksimili 0341073702
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto
Slogan
Kod Sekolah WBA0053
Pengetua
Penolong Kanan Akademik
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Penolong Kanan Kokurikulum
Tahun dirasmikan

Sekolah Kebangsaan AU Keramat merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan 5/56, Au3 , Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan AU Keramat memiliki 1015 pelajar lelaki dan 929 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1944 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan AU Keramat
Jalan 5/56, Au3 , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0341079639
Fax = 0341073702

Sekolah Kebangsaan A.U. Keramat didirikan pada awal tahun 1990, di dalam sebuah kawasan seluas 6.6 ekar. Terletak di kawasan perumahan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jalan AU/3, Taman Keramat, Ampang Ulu Kelang, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Mempunyai dua blok bangunan tiga tingkat. 30 bilik darjah, sebuah Pusat Sumber, Kedai Buku, Bilik Agama, Klinik Gigi, Bilik Guru, ruang pejabat sekolah, pejabat Guru Besar serta tiga buah bilik Guru Penolong Kanan. Sebuah blok yang digunakan sebagai Kantin Sekolah. Untuk kemudahan sukan serta permainan sebuah padang seluas 1.7 ekar juga telah disediakan.

Sekolah ini dibuka untuk sesi persekolahan yang pertamanya pada 1hb. Disember 1990 dengan satu sesi persekolahan iaitu disebelah pagi sahaja.

Tuan Haji Abu Hassan b. Haji Sidek Guru Besar yang pertama Dibantu tiga orang Guru Penolong Kanan Puan Hasnah bt. Abd. Manan (GPK Tadbiran & Kurikulum), Puan Hajjah Habibah bt. Haji Hassan (GPK HEM), Tuan Haji Zaman b Saufi (GPK Kokurikulum).

Pada tahun kedua Puan Rohani bt. Jamaluddin dilantik sebagai GPK Petang.

Sekolah ini juga telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah "pilot project" bagi Pra-Sekolah. Sebanyak dua buah kelas dibuka dengan dua orang tenaga pengajar serta dua orang pembantu. Murid seramai 48 orang telah ditempatkan bagi setiap kelas.

Murid-murid kebanyakkannya tinggal di kawasan berhampiran - di pangsapuri, rumah pangsa serta rumah teres. Hampir separuh daripada mereka menetap di kawasan Selangor dan selebihnya pula tinggal di kawasan Wilayah Persekutuan. Ini adalah kerana sekolah ini terletak di sempadan antara Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pencapaian kemajuan sekolah ini, di dalam bidang Kurikulum, KoKurikulum atau Hal Ehwal Murid, amat menggalakkan. Walaupun sebuah sekolah yang baru, namun ia mampu bersaing dengan sekolah-sekolah yang telah lama beroperasi.

Sekolah ini dipilih sebagai Sekolah Contoh bagi tahun 1995 dan sentiasa menjadi sekolah projek bagi beberapa acara utama bagi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.Semoga ini semua dapat dikekalkan dan menjadi perangsang supaya sekolah ini maju dan terus berjaya dimasa-masa akan datang. BERUSAHA BERILMU BERJAYA!

VISI SEKOLAH

Mewujudkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk melahirkan murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik, bersahsiah baik dan berdaya saing

MISI SEKOLAH

Membimbing dan mendidik insan ke arah pendidikan yang cemerlang untuk melahirkan masyarakat beriltizam, seimbang dan berdaya saing bersesuaian dengan era globalisasi

OBJEKTIF SEKOLAH

   * Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan secara menyeluruh
   * Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akadmik dan ko-kurikulum
   * Memastikan murid beriman, berakhlak mulia, berbudi pekerti
   * Memupuk suasana harmoni disemua peringkat yang melibatkan guru, ibu-bapa, kakitangan dan pelajar
   * Memastikan persekitaran pembelajaran, bersih, ceria dan selamat
   * Memastikan disiplin sekolah terkawal 

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan AU Keramat dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

         o Menyediakan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada anak didik dengan memberikan peluang yang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
         o Berusaha untuk menyediakan Sekolah Kebangsaan AU Keramat sebagai institusi pendidikan yang unggul dalam bidang akademik dan ko-kurikulum
         o Memastikan kebajikan pelajar dan staf diberikan perhatian yang sewajarnya
         o Memastikan ujian dan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran
         o Memastikan sekolah sntiasa peka dan responsif akan kehendak pelanggan dengan:
               +
                 sentiasa memberi layanan perkhidmatan kaunter yang mesra
               + sentiasa bersedia dn sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik


LAGU SEKOLAH

 Kami murid-murid semua,

Berikrar taat setia,

Mendukung cita-cita murni

Sekolah AU Keramat


Berusaha berilmu berjaya,

Jadi cogan kata kita,

Rajin belajar menambah ilmu,

Itu harapan kita,

Bersopan santun amalan hidup,

Bersama maju jaya,


Di bawah didikan guru,

Yang ikhlas berhati mulia,

Bersyukur kita pada tuhan,

Patuh segala suruhan


Berusaha berilmu berjaya,

Jadi cogan kata kita,

Rajin belajar menambah ilmu,

Itu harapan kita,

Bersopan santun amalan hidup,

Bersama maju jaya,


Pencipta: Ahmad Dasilah

Penulis lirik: Pn Nor Akmar bt Mohd Yusof

Pautan luar[sunting | sunting sumber]