Sekolah Kebangsaan Danau Kota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Danau Kota

Lencana Sekolah Kebangsaan Danau Kota

Alamat  Malaysia Jalan 2/23E, Taman Danau Kota , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon 0340251730
Faksimili 0340251733
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Semangat Dinamik Kecemerlangan
Slogan SKDK , CEMERLANG !
Kod Sekolah WBA0070
Guru Besar En. Roslee bin Yahya Penolong Kanan Pentadbiran Puan Jumawati Binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Haji Rozlan
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Nor Azita Binti Abidin
Tahun ditubuhkan 1998

Tahun dirasmikan. 21 Mei 2000

Sekolah Kebangsaan Danau Kota merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan 2/23E , Taman Danau Kota , Setapak Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada awal 2000 , jumlah murid kesemuanya ialah 500 dan dididik oleh sebaris guru yang berjumlah sebanyak 30 orang . Pada tahun 2016 , murid - murid berjumlah 1200 orang murid tak termasuk Kelas Prasekolah dan murid-murid Pra Pendidikan Khas Integrasi yang baru ditambah pada 2012 . Guru-guru pula berjumlah 120 dan 15 orang kakitangan sokongan ditambah yang menjumlahkan keseluruhan warga SKDK seramai 1500+ .

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Danau Kota merupakan sekolah harian biasa gred A. SKDK merupakan Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang mula dibina pada sekitar tahun 1996 dan siap sepenuhnya pada November 1998 .

Sekolah ini juga telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Zulhasnan Bin Rafique ( Ahli Parlimen Wangsa Maju ketika itu ) yang merupakan mantan Menteri Wilayah Persekutuan pada 21 Mei 2000 bersamaan 17 Safar 1421H .

Guru Besar atau Pentadbir sekolah ini yang pertama ialah Encik Maiddin bin Surateman , seorang yang penuh disiplin dan dedikasi untuk mentadbir buat julung kalinya . Beliau bersara selepas 3 tahun dari 1998-2001 .

Selepas persaraan beliau , Puan Haramah binti Wahab pula yang mengambil alih tanggungjawab sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Danau Kota pada bulan Januari 2001. Beliau bersara pada bulan Disember 2001 dan memberi peluang kepada Tuan Haji Zulkapli bin Mohammad Zin .Tuan Haji Zulkapli bersara selepas berkhidmat selama 14 tahun dari 2002-2014.

Setelah persaraan beliau, Puan Zainab binti Muhammad pula mendapat giliran mentadbir SKDK sehinggalah beliau bersara pada tahun 2015.

4 orang Guru Besar telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Danau Kota iaitu Encik Maiddin bin Surateman ( 1998-2001 ) , Puan Haramah binti Wahab ( 2001 ) Tuan Haji Zulkapli bin Haji Mohammad Zin ( 2002-2014 ) dan Puan Zainab binti Mohammad ( 2014-2016 ). Selepas itu , sekali lagi seorang guru besar wanita mendapat takhta SKDK . Beliau ialah Puan Norhayati binti Harun.Beliau mula bertugas pada pertengahan tahun 2016 sehingga Oktober 2018. Selepas itu diambil alih oleh seorang Guru besar wanita juga. Beliau ialah Pn. Zaimunah Hj.Muhamed mula bertugas secara rasminya 28 Oktober 2018 sehinggalah kini..

Kronologi[sunting | sunting sumber]

1998

Penubuhan SKDK ,

Pelantikan Guru Besar Pertama Encik Maiddin bin Surateman ,

2000

Perasmian SKDK oleh YB Datuk Sei Haji Zulhasnan Bin Rafique

( Ahli Parlimen Wangsa Maju ketika itu )

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mengandungi 3 buah blok yang dinamakan Blok A , Blok B dan Blok C .

  1. Blok A terletak di hujung kiri sekolah ini bersebelahan dengan padang sekolah . Ia menempatkan Dewan Sri Danau di aras terendah bersebelahan dengan kantin sekolah dan pondok-pondok pembelajaran . Blok ini juga menempatkann pejabat dan bilik gerakan di aras satu manakala kelas-kelas murid di aras dua dan perpustakaan di aras tiga .

Terdapa juga sebuah kafe khas untuk guru-guru yang terletak di kantin sekolah. Pondok-pondok pembelajaran dibahagi kepada tiga kategori mengikut subjek yang tersendiri.

  1. Blok B pula terletak di tengah-tengah Blok A dan C . Blok B kebanyakannya menempatkan kelas-kelas PPKI pada tingkat paling bawah , bilik guru di tingkat satu, kelas-kelas murid di tingkat dua dan tiga serta pentas yang terletak di hadapan blok A . Di hadapan pentas juga terletaknya Tarmac/Tamik di mana ia digunakan sebagai tapak perhimpunan atau tapak aktiviti sukan .
  2. Blok C terletak di hujung kanan sekolah dan menempatkan kedai buku di tingkat paling bawah bersama-sama bengkel dan surau . Bilik BOSS dan bilik SPBT pula terletak di tingkat 1 . Beberapa kelas juga ditempatkan di blok ini dari tingkat satu hinggalah tingkat tiga.
  3. Terdapat juga beberapa kemudahan sekolah yang lain dari yang lain.

Prasekolah Tinta Permata

Prasekolah ini dirasmikan pada tahun 2012 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini . Kelas ini merupakan sebuah tadika bagi kanak berumur dalam lingkungan 4-6 tahun. Beberapa keistimewaan tadika ini ialah taman permainannya yang mesra dan ceria serta guru-gurunya yang penyayang.Pendaftaran kemasukan tadika ini boleh dilakukan online atau secara umum di pejabat sekolah.

Susur Semarak

Susur semarak bukanlah sebuah banggunan tapi merupakan sebuah lorong yang dibina khas untuk warga sekolah dan pelawat untuk lalu . Tujuan ia dibina agar mengelakkan murid-murid dari melalui parking lot kereta guru kerana mungkin boleh berlaku kemalangan . Di sepanjang susur semarak itu , terdapat beberapa set meja dan kerusi yang telah disediakan untuk pelawat atau warga sekolah berehat , 2 buah papan kenyataan dan sebuah papan putih telah disediakan khas untuk kegunaan warga sekolah.

Senarai Kelas Perdana[sunting | sunting sumber]

Format 2017 hingga terkini[sunting | sunting sumber]

  1. UM (1-6)
  2. UPM (1-6)
  3. UKM (1-6)
  4. USM (1-6)
  5. UTM (1-6)
  6. UUM (1-6)
  7. UIA (1-6)
  8. UMS (1-5)
  9. UNIMAS ( Tahun 2 sahaja)

Senarai Kelas PPKI[sunting | sunting sumber]

  1. Cempaka
  2. Ixora
  3. Dahlia
  4. Kekwa
  5. Mawar
  6. Orkid
  7. Seroja
  8. Tanjung
  9. Teratai

Pencapaian Kokurikulum & Akademik[sunting | sunting sumber]

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

  1. Johan Pertandingan Boria PPDA Peringkat Wilayah Keramat 2011
  2. Johan Pertandingan Boria PPDA Peringkat Negeri WPKL 2011
  3. Johan Pertandingan Bola Tampar Peringkat Wilayah Keramat 2011
  4. Tempat Ketiga Perlawanan Bola Tampar (MSSKL) Peringkat Negeri 2011
  5. Naib Johan Ragbi Sentuh Peringkat Negeri (MSSKL) 2011
  6. Johan Pertandingan Boria PPDA Peringkat Wilayah Keramat 2012
  7. Johan Perlawan Bola Tampar Luar Musim Wilayah Keramat 2012
  8. Johan Perlawanan Bola Tampar (MSSKL) Peringkat Negeri 2012
  9. Johan Ragbi Sentuh Peringkat Negeri (MSSKL) 2012
  10. Naib Johan Perlawanan Bola Tampar (MSSM) Peringkat Kebangsaan 2012
  11. Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri WPKL 2012
  12. Johan Rugbi Under-12 (MSSWP) 2010
  13. Naib Johan Rugbi Under-12 (MSSWP) 2011
  14. Johan Rugbi Under-12 (MSSWP) 2012

Akademik[sunting | sunting sumber]

  1. Encik Muhammad Zahran Bin Yaacob Memperoleh Anugerah Kepimpinan Guru Inovatif Wilayah Persekutuan 2012

Falsafah Pendidikan Negara[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menjadikan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan . Usaha ini adalah bagi melahirkan Rakyat Malaysia yang berilmu pngetahuan , berketrampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan serta memberi sumbgn terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat negara .

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SKDK akan menjadi sebuah sekolah yang terbilang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum menjelang tahun 2020 .

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bertekad untuk menjadi pusat melahirkan modal insan yang unggul di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dapat menyumbang kepada

pembangunan bangsa dan negara Malaysia yang maju menjelang tahun 2020.

Etos Sekolah[sunting | sunting sumber]

DINAMIK

KREATIF

DAN CERIA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1.Buku Semarak TInta Edisi 2012

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Danau Kota
Jalan 2/23E, Taman Danau Kota , Setapak 53300
Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0340251730
Fax = 0340251733

Pautan luar[sunting | sunting sumber]