Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad (SMAI / AIRIS)
Moto Al Iman Asasu An Najah
Dirasmikan 1977
Jenis Sekolah menengah kebangsaan Agama, Sekolah kerajaan, [[Sekolah Berprestasi Tinggi]]
Pengetua Abdul Halim Bin Abdul Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mohd Nor Azli bin Salleh
Penolong Kanan Kokurikulum Salahiah binti Daman
Pengerusi PIBG Profesor Zhari (2012) Encik Mahjub (2013)
Kod sekolah PRA2003
Lokasi  Malaysia Pokok Sena13220, Kepala Batas,, Pulau Pinang, Malaysia
Nama singkatan SMAI atau AIRIS
Laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad
Telefon 6045731237
Faks 6045731237


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad atau nama ringkasnya SMKA Al-Irshad, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan agama berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi yang terletak di Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara atau AIRIS di dalam Bahasa Inggeris iaitu Al Irshad Islamic School.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad memiliki 358 pelajar lelaki dan 553 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 911 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009 SMKA Al-Irshad juga telah menjadi salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Pulau Pinang. Pada tahun 2013, terdapat 70 orang guru SMKA Al Irshad dan 16 orang staff sokongan. Pelajar pula telah melebihi 900 orang bagi tahun ini.

SMKA Al-Irshad berjaya mendapat status 'Sekolah Berprestasi Tinggi' Kohort 4 sekali gus menggantikan status 'Sekolah Kluster Kecemerlangan'.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah ini asalnya diambil dari nama Madrasah Irshadiah iaitu sebuah sekolah agama rakyat yang terletak di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai di bawah kelolaan Qadi Tuan Haji Majid Bin Haji Ahmad dan adiknya Tuan Haji Shafie serta dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah bekas Qadi Besar Pulau Pinang, Allahyarham Tuan Haji Ahmad Maliki dan Tuan Haji Yusuf Helmi Bin Haji Shafie. Sekolah ini dibina pada tahun 1936, hasil kutipan derma orang ramai.

Pada tahun 1958, Persatuan Guru-Guru Agama Seberang Perai(PGAS), yang diketuai oleh Ustaz Hj. Salleh B. Shafie telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Dari saat itulah, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah PGAS, yang terkenal bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi hingga ke Kedah dan juga Perak. Ramai penuntutnya datang dari negeri-negeri tersebut.

Nama Sekolah PGAS telah ditukar sekali lagi kepada SMKA Al-Irshad apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1977 bersama-sama 14 buah sekolah lagi sekolah agama di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada mulanya pentadbiran sekolah ini dipangku oleh Cikgu Mohd Noor Bin Hussein sebelum pengetuanya yang pertama Ustaz Mohd Yusuff Bin Haji Latif (1977-1983). Beliau digantikan oleh Ustaz Haji Morat Bin Haji Abdul Samad (1983-1985). Pengetua ketiga Ustaz Haji Abdul Salam Bin Haji Mohd. Zain (1985-1988). Kemudian sekolah ini diterajui pula oleh Ustaz Hj. Rakhibi B. Hj. Othman (1988-1997).

Selepas itu Puan Hajah Halimah Binti Abu Bakar telah dilantik sebagai pengetua SMKA Al-Irshad yang kelima, pada bulan November 1997. Beliau telah bersara pada bulan Oktober 2000. Sejak dari tarikh tersebut jawatan pengetua telah dipangku oleh Penolong Kanan 1, Tuan Haji Mizal Azman Bin Sharif hingga 16 September 2001. Sejak dari tarikh tersebut, jawatan pengetua telah disandang oleh Puan Hajjah Salmah binti Haji Ishak. Pada tahun November 2010, SMKA Al Irshad mendapat pengetua baru iaitu; Tn. Hj. Md Radzi bin Bahari yang bertukar dari SMK Datuk Hj Ahmad Said. Tn. Hj Md Radzi akan bersara pada 28 Mei 2013.

Bagi tahun 2013; barisan pentadbir terbaru adalah Tn Hj Md Radzi Bahari (Pengetua), Tn Hj Abdul Halim Abdul Hamid (PK1), Tn Hj Mohd Nor Azli Salleh (PK Hem) dan Pn Hjh Salahiah Daman (PK Ko). En Mohd Sabri Shafie telah bertukar ke Maktab Wan Jah, BUTTERWORTH, sementara Tn Hj Mohd Radzi Halim telah bertukar ke SMK Dato Onn. Guru Kanan Kemanusiaan disandang oleh Pn Noor Hayati Mahamood dan Guru Kanan Sains dan Matematik adalah Pn Sarah Mat Desa. Guru yang bersara pada tahun 2013 ialah Pn Hjh Siti Fatimah Abu Bakar yang bersara pada 1 Jan 2013.

Pada Jun 2014, Tn Hj Abdul Halim telah dinaikkan pangkat sebagai pengetua cemerlang SMKA Al-Irshad.

Visi[sunting | sunting sumber]

SMKA Al-Irshad gemilang menjelang tahun 2012

Visi terbaru :

SMKA Al Irshad terbilang menjelang tahun 2014

Misi[sunting | sunting sumber]

• Mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan berpegang kepada aspirasi yang sama bagi melahirkan pelajar yang gemilang.
• Meningkatkan kualiti pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan mengamalkan konsep pengurusan strategik, pembestarian dan pendemokrasian pendidikan.
• Menjana pelajar ke arah memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.
• Memantapkan fizikal dan emosi pelajar menerusi aktiviti ko-kurikulum.
• Mengembangkan potensi pelajar dalam aktiviti agar mampu bersaing dalam era globalisasi.
• Menitis ilmu duniawi dan ukhrawi bagi melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
• Memartabatkan ilmu untuk membangunkan diri, agama, masyarakat, alam sekitar dan negara.
• Menjana kepimpinan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Falsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah, dan negara.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Di bawah adalah berdasarkan fakta mengenai organisasi pentadbiran SMKA Al-Irshad yang terkini.

Pengetua SMKA Al-Irshad : Tuan Haji Abdul Halim Haji Abdul Hamid

Penolong Kanan Pentadbiran : -

Penolong Kanan HEM : Tuan Haji Mohd Nor Azli bin Salleh

Penolong Kanan Kokurikulum : Puan Hajah Salahiah binti Daman

Guru Kanan Sains & Matematik :Puan Sarah binti Mat Desa

Guru Kanan Teknik & Vokasional : Puan Roshidah binti Abu

Guru Kanan Kemanusiaan : Puan Hajah Noor Hayati binti Mahamood

Guru Kanan Bahasa : Puan Norlilawati binti Mohd Noor

Guru Kanan Pendidikan Islam : Puan Hajah Najihah binti Yusuf

Kaunselor : Encik Shakir bin Aziz
Puan Nor Hashimah binti Ismail

Guru Jadual Waktu : Encik Ibrahim bin Mat Aris

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Lagu sekolah SMKA Al-Irshad telah mula berkumandang pada tahun 2007. Lagu ini akan dinyanyikan selepas lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang. Ustaz Muslim Bin Ibrahim bertanggungjawab dalam penciptaan lirik manakala alunan muzik oleh Encik Rosli Bin Saidin.

Versi 1
Al-Iman, Al-Iman asasunnajah,
Demi kejayaan bangsa,
Kami bersyukur pada yang esa,
Memberi nikmat tak terhingga.<br.

Versi 2
Al-Iman, Al-Iman asasunnajah,
Demi islam tercinta,
Kami berjanji akan berusaha,
Untukmu ma'ahadul irshad.

Korus
Dugaan hidup kan ku tempuhi,
Berkat tabah iman di dada,
Tegakkan syiar panji-panji islam,
Tegar hadapi cabaran.

(ulang versi 2)

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

Hanya 4 bilangan rumah sukan disediakan di SMKA Al-Irshad. Rumah-rumah sukan tersebut ialah:

  • Ali(Merah)
  • Osman(Biru)
  • Abu Bakar(Hijau)
  • Omar(Kuning)

Kelas-kelas[sunting | sunting sumber]

Terdapat 6 kelas setiap tingkatan kecuali tingkatan lima, 6 rendah dan atas. Kelas-kelas tersebut ialah:

  • Al Farabi
  • Al Razi
  • Ibnu Rushd
  • Ibnu Sina
  • Ibnu Khaldun
  • Az Zahrawi

kelas-kelas tingkatan 1, 4, 6 rendah terletak di blok C & D. Kelas tingkatan 3 terletak di blok E dibawah pejabat sekolah. Kelas tingkatan 5 dan 6 atas terletak di blok A & B.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad
Pokok Sena
13220, Kepala Batas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045731237
Fax = 6045731237

Kejayaan-kejayaan / Pencapaian sekolah[sunting | sunting sumber]

Antara kejayaan terbesar yang pernah dikecapi oleh SMKA Al-Irshad pada tahun-tahun yang lalu ialah dengan menjuarai Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT)2007 peringkat kebangsaan dan kedua bagi Pertandingan Bahas peringkat kebangsaan. Dua lagi kejayaan SMKA Al Irshad ialah mendapat taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2009 dan New Deal dari KPM pada tahun 2012.

Pasukan Bahas Bahasa Inggeris SMKA Al Irshad telah mendapat tempat Ketiga Peringkat Pulau Pinang pada tahun 2011.[perlu rujukan]

Pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2007, seramai 70 orang pelajar tingkatan 3 telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dengan memperoleh 9A. 35 orang telah mendapat 8A dan menjadikan jumlah pelajar yang mendapat keputusan 9A dan 8A 105 orang. Ini adalah pencapaian yang agak memberangsangkan dan membanggakan pihak sekolah. Salah seorang daripada pelajar cemerlang 9A SMKA Al Irshad telah disenaraikan sebagai antara pelajar terbaik negeri Pulau Pinang dan kebangsaan iaitu Muhammad Firdaus Kasman. [perlu rujukan]

SMKA Al-Irshad telah mendapat tempat pertama bagi PMR seluruh SMKA Malaysia pada tahun 2012. Seramai 104 pelajar yang berjaya mendapat 9A bagi tahun 2012.

Kejayaan PMR 2013: Seramai 119 daripada 183 calon mendapat 9A dalam PMR, manakala 34 pelajar mendapat 8A.

Pasukan bola sepak bawah 14 tahun 2008 juga telah mencipta kejayaan setelah menjadi juara peringkat zon menentang SMK Teluk Air Tawar. Manakala pasukan bola sepak bawah 16 tahun pula, berjaya mendapat tempat ketiga selepas tewas kepada pasukan SMK Kampung Selamat pada peringkat separuh akhir. Pada tahun 2008 juga, SMKA Al-Irshad berjaya menjadi salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Pulau Pinang.

Pada tahun pertengahan Jun 2013 yang lalu, beberapa nazir untuk Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi telah datang ke SMKA Al-Irshad untuk melakukan pentaksiran. Pada Oktober 2013, SMKA Al-Irshad akhirnya iiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Pada tahun 2011, pasukan bahas Bahasa Arab SMKA Al-Irshad berjaya memenangi tempat pertama pertandingan bahas Bahasa Arab peringkat kebangsaan anjuran KPM. Salah seorang daripada tiga pendebat (Muhammad Ikmal Hakim, dua yang lain ialah Nur Syahirah Abdul Rahim dan Nur Faizah Ramlee) telah berjaya menjadi pendebat terbaik bagi keseluruhan pertandingan debat itu.

Selain itu, SMKA Al-Irshad juga mendapat tempat kelima peringkat kebangsaan bagi drama Bahasa Inggeris lantas menaikkan nama SMKA Al-Irshad sebagai satu-satunya sekolah agama yang memenangi pertandingan itu. SMKA Al-Irshad juga memenangi tempat kelima di dalam nasyid peringkat kebangsaan dengan menghantar kumpulan nasyid perempuan.

Pada tahun 2012, SMKA Al Irshad juga telah muncul sebagai Johan Pertandingan "KIDS IN BUSINESS" anjuran Ernst & Young, British Council dan Bahagian Perkembangan Kurikulum mengalahkan 30 buah sekolah lain dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan SBPI.SMKA Al Irshad telah berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 bagi hadiah tempat pertama.Proposal KIB boleh dilihat di halaman Scribd.com.

Kejayaan-kejayaan SMKA Al-Irshad

- Johan Debat Bahasa Arab Kebangsaan 2011 (Anugerah Pendebat Bahasa Arab Terbaik Kebangsaan : Ikmal Hakimi)

- Johan Anugerah NILAM Kebangsaan 2010 ( Tokoh NILAM Kebangsaan:Nur Adilla)

- Johan Anugerah Pelajar Wanita Terbaik Kokurikulum Keseluruhan Kebangsaan 2010 (Nur Adilla)

- Johan Pidato Piala Diraja Kebangsaan 2009 (Nur Adilla)

- Johan Peringkat Kebangsaan Pertandingan Kids In Business 2012

- Tempat Pertama Terbaik PMR bagi kategori SMKA seluruh Malaysia 2012

- Seorang pelajar mendapat Sijil Kepujian Khas (Commended Certificate) bagi pertandingan Menulis Esei Antarabangsa anjuran Goi Peace Foundation, Japan dan UNESCO.

Bagi tahun 2014, SMKA Al-Irshad menjadi juara bagi Pertandingan Nasyid antara SBT peringkat kebangsaan dan naib johan bagi Nasyid Kebangsaan.

Penyertaan 3 orang pelajar dalam The World Scholar's Cup Global Round 2014 di Singapura (dari 23-27 Jun 2014) : Sek Men Perempuan Cina, Singapore (Debates dan Writing), Star Theater (Scholar's Challenge dan Scholar's Bawl), dan Pulau Sentosa (Group Scavenger)peringkat antarabangsa.

No. 2 Innovation Challenge Competition.

Program / Aktiviti Sekolah[sunting | sunting sumber]

-Program Pertukaran Pelajar Tg. 5 SMKA Yan Kedah dari 14-18 Julai 2014. Sebelum itu adalah Program Pertukaran Pelajar Tg. 2 dari SMK Bakti Tasek Gelugor 7-11 Julai 2014 bertempat di SMKA Al-Irshad.

Bekas Pelajar Tersohor[sunting | sunting sumber]

i) Dato Ustaz Shamsuri bin Ahmad - Pendakwah dan penceramah agama terkenal di Pulau Pinang

ii) Dr. Badri Najib bin Zubir - Pensyarah dan bekas dekan, Kulliyyah ilmu wahyu dan sains kemanusiaan - KIRKHS, Universiti Islam Antarabangsa

iii) rof. Madya Dato Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin - Mantan mufti Perlis

iv) En. Shahidan bin Shafie - Pensyarah Universiti Sains Malaysia dan Pengerusi Alumni

v) Dato' Sri Hj. Mohammad Hizal Othman - CEO/Ketua Pegawai Eksekutif, Iktikad raya

vi) YB. Tuan Haji Shabudin Bin Yahaya (PJK) - ADUN Permatang Berangan

vii) atuk Firdaus Ismail Al-Hafiz - Mantan Imam Besar Masjid Negara

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

AL IRSHAD Islamic Secondary School Disediakan oleh Norlilawati MN & Alumni