Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
Kuala Kangsar
Moto The Ship is More Than The Crew
Ditubuhkan 1897
Dirasmikan 1928
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, sekolah lelaki, sekolah kerajaan, sekolah premier, sekolah bestari
Pengetua Tn. Hj. Zaharuddin bin Ahmad Zayadi, PJK
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Mohd Zakaria bin Mohd Yusof, PJK
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Wan Badli Shah bin Wan Zainal, PJK
Penolong Kanan Kokurikulum En. Wan Mohamed Isa Azwin bin Wan Abdul Jalil, PJK
Penolong Kanan Pra-Universiti En. Meor Muhamad Ariffudin bin Meor Mohd Muhibbuddin, PJK
Pengerusi PIBG Tn. Hj. Syed Zakaria bin Syed Muhammad, PJK, PPGP
Kod sekolah AEE4070
Lokasi 33000 Jalan Taiping, Off Jalan Bendahara,Kuala Kangsar,, Perak Darul Ridzuan
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 - 6
Nama singkatan SMKC/CSKK
Laman web Rasmi SMK Clifford, KK
Telefon 605-7731313
Faks 605-7731314

Peta Google Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan lelaki yang terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan dan antara sekolah lelaki premier yang tertua di Malaysia khususnya dan tertua di Perak amnya.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Clifford Kuala Kangsar ini berasal dari sekolah Melayu yang di dirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun 1897 muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" dan di kenali juga sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya dan menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan empat orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajar terdiri daripada bangsa Eropah, India, Cina dan Melayu. Hanya pada tahun 1924, sekolah ini mempunyai guru besar dari keturunan Arab, iaitu Tuan Syed Shaidali.

Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru dikenali sebagai "Sekolah Clifford" mengambil nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika ini, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India termasuklah juga guru-guru Melayu. Ketika Perang Dunia II, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersunguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu, Encik Arumukham bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.

Sekolah Lelaki Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940-an menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan. Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti luar negeri khusus Britain. Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu pun yang gagal ketika itu.

Pada ketika usia meningkat 100 tahun, sesungguhnya Sekolah Clifford amat bertuah kerana dipilih menjadi salah sebuah sekolah perintis "Sekolah Bestari". Semoga Sekolah Lelaki Clifford akan berkembang di masa-masa yang akan datang.

Pada 31 Mac 2014, SMK Clifford Kuala Kangsar akan melaksanakan persekolahan dua sesi; iaitu sesi pagi dan sesi petang. Berikutan Blok A (blok bersejarah) mengalami kerosakan tidak serius dan pihak pengurusan sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sekaligus melarangkan Blok A untuk diduduki oleh para pelajar SMK Clifford.

Pengetua-pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Encik James Percival Charles Hogan (1897-1924)
  2. Kapten Tuan Syed Shaidali (1924-1927)
  3. Encik J.L. Nichol (1928-1930)
  4. Kapten Bernard Preedy (1930-1935, 1936-1937)
  5. Encik D. Roper (1935)
  6. Lt. Col. C.A. Scott (1938)
  7. Encik T.P.M. Lewis (1939-1941)
  8. Encik V. Arumukham (1945-1946)
  9. Encik K.D. Luke (1946-1948)
  10. Encik F.H. Jones (1948-1950)
  11. Encik M. Campbell (1950)
  12. Encik D. Bennett (1950-1953)
  13. Encik M.D.F. Potter (1953-1956)
  14. Encik A.D. Bunford (1956)
  15. Encik Karam Singh (1956-1968)
  16. Encik Chee Hee Yin (1969)
  17. Encik Goon Fatt Chee (1969-1971)
  18. Encik Goh Kee Meng (1971-1979)
  19. Tuan Haji Azidin bin Mahmud (1980-1989)
  20. Encik Zainal Badri bin Ahmad Rafaei (1989-1992)
  21. Tuan Haji Idris bin Abdul Majid (1992-1994)
  22. Tuan Haji Mohamed Omar bin Mazar Ali (1994-1999)
  23. Tuan Haji Mohd Hani bin Alang Ismail (1999-2002)
  24. Tuan Haji Ngazizan bin Din (2002-2005)
  25. Encik Ahmad Sanee bin Zainal Abidin (2005-2007)
  26. Encik Zokronain bin Abdullah (2007-2009)
  27. Puan Hajjah Norliah binti Haji Mohd Lazim, AMN (2009-2013)
  28. Tuan Haji Zaharuddin bin Ahmad Zayadi, PJK (2013-2014)

Penolong-penolong Kanan[sunting | sunting sumber]

  1. Encik Mohd Zakaria bin Yusof (Pen. Kanan Pentadbiran & Akademik)
  2. Encik Wan Badli Shah bin Wan Zainal (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
  3. Encik Wan Mohamed Isa Azwin bin Wan Abdul Jalil (Pen. Kanan Ko-Kurikulum)
  4. Encik Meor Muhamad Ariffudin bin Meor Mohd Muhibbuddin (Pen. Kanan Tingkatan 6)

Guru-guru kanan[sunting | sunting sumber]

  1. Encik Mohd Zaid bin Abu Othman (Guru Cemerlang Kaunselor)
  2. Puan Khatijah binti Abd. Rahman (Guru Cemerlang Biologi)
  3. Cik Hajjah Wan Fae'zah binti Ahmad Bakri (Guru Kanan Sains & Matematik)
  4. Encik Khairunasri bin Abdul Rashid (Guru Kanan Teknik & Vokasional)
  5. Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman@Deraman (Guru Kanan Kemanusiaan)
  6. Encik Mahathir bin Luqman Hakim (Guru Kanan Bahasa)

Cogankata[sunting | sunting sumber]

"THE SHIP IS MORE THAN THE CREW" adalah moto Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Dahulu moto ini diletakkan pada lencana sekolah tetapi sekarang ditiadakan.

"THE SHIP" adalah perkataan simbolik yang bermakna "SEKOLAH" dan "THE CREW" membawa makna "PELAJAR".

Oleh itu, makna tersirat bagi moto sekolah 'THE SHIP IS MORE THAN THE CREW' adalah sekolah atau alma mater (ibu kandung) lebih penting daripada para pelajarnya. Lebih jelas lagi bererti setiap pelajar lepasan sekolah ini, akan atau telah menempa kejayaan setelah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Sekolah telah memberi segala bentuk kemudahan, bimbingan, dorongan, nasihat dan pengalaman sehingga para pelajar menjadi tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, para lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford seharusnya tidak melupai sekolah. Sebaliknya mereka harus sentiasa menghubungi sekolah dan memberi pelbagai sumbangan. Para pelajar lepasan Clifford juga harus bersatu dalam sebarang urusan atau permasalahan sekolah. Janganlah kita sebagai seorang bekas pelajar Sekolah Lelaki Clifford seperti 'Kacang lupakan Kulit'.

[sunting | sunting sumber]

SMK Clifford KK


Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar

  • Perisai - Sebagai pelindung pelajar daripada unsur yang mengangu pelajaran
  • Keris - Melambangkan masyarakat Melayu yang majoriti semuanya beragama Islam
  • Buku - Melambangkan ilmu yang diperolehi
  • Warna Hitam - Tanah Air
  • Warna Kuning - Agama Islam
  • K.K. - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Clifford sekolahku tercinta,

Berusaha berbakti cogan kita


Pupuk semangat waja

Berjuang demi ibu kandung


Majukan diri

Bina negara


Bersatu, Berpadu,

CLIFFORD


Pencipta: En. Tan Chin Nam, JSM
Lirik: Tn. Hj. Azidin bin Mahmud, PPT (Pengetua SMK Clifford KK ke-19)

Unit Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Dewan Hamdan[sunting | sunting sumber]

Terletak bersebelahan di antara dengan Blok E dan Kantin Sekolah SMK Clifford KK. Dewan Hamdan menampung seramai 2 000 orang pelajar termasuk para guru dalam satu-satu masa.

Dewan Tun Suffian[sunting | sunting sumber]

Dahulu dikenali sebagai Bilik Galeri dan kemudiannya dikenali sebagai Dewan Karam Singh. Merupakan dewan serbaguna dan bilik mesyuarat ke-2 bagi semua pelajar dan guru SMK Clifford KK. Dewan ini boleh menampung serama 100 orang pelajar dan guru dalam satu masa.

Perpustakaan Karam Singh[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Karam Singh atau lebih dikenali sebagai Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat untuk menambah atau mencari ilmu. Pusat Sumber Sekolah ini terletak di Blok G iaitu Blok Pra-Universiti (Tingkatan 6) yang diduduki sekarang ini.

Dewan Peperiksaan Umum Blok D[sunting | sunting sumber]

Terletak di Blok D atas Makmal Sains Menengah Atas (Makmal Biologi, Fizik, Kimia). Merupakan sebuah dewan atau bilik peperiksaan umum untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 sahaja. Sekarang dihuni oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3.

Surah Al-Islah[sunting | sunting sumber]

Dibina khas untuk pelajar-pelajar Islam untuk bersembahyang selepas tamat sahaja Pelajaran dan Pembelajaran (PnP). Tempat berkumpul bagi semua palajar yang beragama Islam.

Dataran Clifford[sunting | sunting sumber]

Tempat berkumpul semua pelajar pada pagi Isnin atau lebih dikenali sebagai Perhimpunan Pagi Isnin.

Makmal Sains Menengah Rendah[sunting | sunting sumber]

Terdiri daripada Makmal Sains Menengah Rendah 1, 2 dan 3 khusus untuk pelajar Tingkatan satu hingga tingkatan tiga sahaja.

Makmal Sains Menengah Atas[sunting | sunting sumber]

Makmal sains menengah atas terdiri daripada, Makmal Biologi, Makmal Fizik dan Makmal Kimia untuk pelajar-pelajar kelas Sains Tulen dan Sains Gunaan sahaja serta pelajar Tingkatan Enam. Pelajar aliran lain juga boleh menggunakan Makmal Sains ini.

Blok A[sunting | sunting sumber]

Banggunan lama yang dibina oleh pihak British sebagai pejabat dan kini akhirnya dijadikan sebuah sekolah yang bernama Sekolah Inggeris Hogan Kuala Kangsar. Setelah wujud sekolah SMK Clifford KK, banggunan ini menempatkan Pejabat Kelas Rancangan Khas (KRK) dan kelas-kelas beraliran Bahasa Jepun sahaja.

Unit Akademik[sunting | sunting sumber]

Tingkatan[sunting | sunting sumber]

  • Tingkatan Satu
  • Tingkatan Dua
  • Tingkatan Tiga
  • Tingkatan Empat
  • Tingkatan Lima
  • Tingkatan Enam Bawah
  • Tingkatan Enam Atas

Aliran[sunting | sunting sumber]

Menengah Rendah (Ting1-3)[sunting | sunting sumber]

  • 1RK (Kelas Rancangan Khas - Aliran Bahasa Jepun)
  • 1C1 (Aliran Bahasa Jepun)
  • 2RK (Kelas Rancangan Khas - Aliran Bahasa Jepun)
  • 2C1 (Aliran Bahasa Jepun)
  • 3RK (Kelas Rancangan Khas - Aliran Bahasa Jepun)
  • 3C1 (Aliran Bahasa Jepun)

Menengah Atas (Ting4-5)[sunting | sunting sumber]

  • Sains Tulen 1 (ST1)
  • Sains Tulen 2 (ST2)
  • Sains Gunaan (SG)
  • Sains Teknologi (STK)
  • Perniagaan Perdagangan (PP)
  • Sains Kemanusiaan 1 (SK1)
  • Sains Kemanusiaan 2 (SK2)

Pra-Universiti (Tingkatan 6)[sunting | sunting sumber]

  • Sains Rendah
  • Sains Rendah 1
  • Sains Rendah 2
  • Sains Rendah 3
  • Sains Atas
  • Sains Atas 1
  • Sains Atas 2
  • Sains Atas 3

Badan kepimpinan[sunting | sunting sumber]

  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah
  • Pengawas Briged Bestari
  • Pengawas Pra-Universiti
  • Pengawas Asrama Sekolah
  • Pengawas Majlis Ketua Tingkatan (MKT)
  • Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas Makmal Komputer

Matapelajaran[sunting | sunting sumber]

Subjek teras[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sejarah
  • Sains

Subjek elektif[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Jepun (Tingkatan 1-3)
  • Kemahiran Hidup (Tingkatan 1-3)
  • Tasawwur Islam (Tingkatan 4-5)
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kesusasteraan Melayu
  • Reka Cipta
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Geografi (Tingkatan 1-5)
  • Sains Sukan
  • Prinsip Perakaunan

Unit Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Senarai kelab dan persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Badan Bahasa, Sastera dan Budaya
  • Persatua Bahasa Inggeris
  • Persatuan Pelajar Islam
  • Persatuan Bahasa Jepun
  • Persatuan Sejarah
  • Persatuan Geografi
  • Persatuan Sains
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Seni
  • Persatuan Kemahiran Hidup (Tingkatan 1-3)
  • Kelab 1Malaysia (baru ditubuhkan pada 24 Januari 2014)
  • Kelab Koperasi dan Pengguna
  • Kelab SPBT
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Peace
  • Kelab Kembara & Rekreasi
  • Kelab Siber
  • Kelab CASA
  • Kelab Fotografi
  • Kelab CYA Robotik
  • Kelab Prostar
  • Kelab Reka Cipta dan F1
  • Persatuan Pelajar Tingkatan Enam (Kelab PERTINA)
  • Persatuan Bahasa, Kesenian dan Kebudayaan (Tingkatan 6)
  • Persatuan Sains dan Matematik (Tingkatan 6)
  • Persatuan Galeri (Tingkatan 6)
  • Kelab Ekonomi (Tingkatan 6)

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

  • Chulan (Biru)
  • Hogan (Hijau)
  • Idris (Merah)
  • Iskandar (Kuning)
  • Jamil (Coklat)
  • Sabki (Ungu)

Sukan dan permainan[sunting | sunting sumber]

  • Sepak Takraw
  • Ragbi
  • Kelab Golf
  • Hoki
  • Badminton
  • Tenis
  • Kelab Ping Pong
  • Bowling
  • Kelab Petanque
  • Kelab Memanah
  • Kelab Catur
  • Olahraga
  • Bola Sepak
  • Bola Baling
  • Kelab Futsal (Tingkatan 6)
  • Bola Jaring (Tingkatan 6)

Badan unit beruniform[sunting | sunting sumber]

  • Pasukan Pancaragam Sekolah
  • Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
  • Pasukan Pengakap 002KK
  • Pasukan Kadet Polis Sekolah
  • Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM)
  • Pasukan Taekwando Sekolah
  • Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
  • Pasukan Bulan Sabit Merah (T6)

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)[sunting | sunting sumber]

Carta organisasi[sunting | sunting sumber]

PENASIHAT

Tn. Hj. Zaharuddin bin Ahmad Zayadi, PJK


YANG DIPERTUA

Tn. Hj. Syed Zakaria bin Syed Muhammad, PJK, PPGP


NAIB YANG DIPERTUA

Tn. Hj. Mohd. Yunus bin Hj. Mohd. Najmi


SETIAUSAHA

Cik Norfadhillah binti Hussin


BENDAHARI

Pn. Zaidatul Akmaniah binti Alang Ahmad Shah


AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA/PENJAGA)

Pn. Che Nu Alinar binti Mohamed

Pn. Alawiyah binti Kamaruddin

Tn. Syed Cholan bin Syed Hitam

En. Shaari bin Shamsuddin

Rajoo A/L Murgasan, PPT


AHLI JAWATANKUASA (GURU)

En. Gurunathan A/L Nadeson

En. Azhari bin Ibrahim

Pn. Nor Hazima binti Mohd Noor

Pn. Rozaidah binti Ramli

Pn. Junaidah binti Sapian


JURU AUDIT

Tn. Hj. Mohd. Hassan bin Mahmud (Wakil guru)

En. Syed Mohd Putra bin Syed Usman (Wakil ibu bapa)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Johan (Kepujian) Kategori Sekolah Menengah Bandar 2012
  • Ketiga Kategori Sekolah Menengah Bandar 2011/2012

Persatuan Lepasan Sekolah (Old Boys Clifford Association)[sunting | sunting sumber]

Carta Organisasi Tertinggi[sunting | sunting sumber]

YANG DIPERTUA

Tan Sri Datuk Mustafa bin Mansur


TIMBALAN YANG DIPERTUA

Dato' Haji Alias bin Shamsuddin


NAIB YANG DIPERTUA I

Datuk Mohd Abdullah Mohaidin


NAIB YANG DIPERTUA II

En. Mukanan Nair


SETIAUSAHA KEHORMAT

Haji Mohamed Arif bin Abdul Rashid


PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

En. Shukri bin Muslim


BENDAHARI KEHORMAT

En. V. M. Thiagarajan

Bekas pelajar[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford
Jalan Taiping, Off Medan Bendahara,
Bandar Baru Kuala Kangsar,
33000 Kuala Kangsar,
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 057731313
Fax = 057731314

Laman web berkaitan[sunting | sunting sumber]