Sekolah Menengah Kebangsaan Kota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Lokasi
Jalan Salor, Sebelah Rtm Kelantan, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, sekolah kerajaan
MotoUsaha, Jaya, Mulia
Nombor sekolah609-748 3312
Kod sekolahDEE1127
Faks609-746 1228

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota atau nama ringkasnya SMK Kota, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Salor, Sebelah Rtm Kelantan, Wakaf Che Yeh.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota memiliki 1096 pelajar lelaki dan 1074 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2170 orang. Ia mempunyai seramai 166 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota telah ditubuhkan pada tahun 1965, yang terletak di Kampung Kota yang jaraknya 6 km dari pusat Bandar Kota Bharu . Sekolah ini bersebelahan dengan Stesen Radio Kota Bharu (RTM).

Pada mulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Kota menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Kota, sebelum berpindah tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1968, ke dua buah bangunannya sendiri yang siap dibina. Bangunan tersebut ialah Blok A dan bangunan Blok B.

Sekolah ini diperbesarkan lagi pada tahun 1980, apabila dua buah bangunan lagi dibina iaitu Blok C dan Blok D. Pertambahan bilangan murid menjadikan kerja pembinaan bangunan sekolah semakin rancak. Pada tahun 1991 beberapa bangunan baru 3 tingkat pula sempurna disiapkan. Sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Kota mempunyai 11 buah blok termasuk blok kemahiran hidup.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Jalan Salor, Sebelah Rtm Kelantan, Wakaf Che Yeh
15100, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097483312
Fax = 6097461228

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]