Selang-seli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang teknologi paparan, selang-seli atau antarcantuman (Bahasa Inggeris: interlace) ialah teknik meningkatkan mutu gambar isyarat video tanpa memakan lebar jalur berlebihan. Video selang-seli direka untuk paparan televisyen tiub sinar katod (CRT).

Dalam bidang televisyen mekanik, konsep paparan selang-seli didemonstrasikan oleh Léon Theremin. Beliau telah membangunkan sejenis televisyen berasaskan gelendong cermin, bermula dengan leraian 16 garis pada tahun 1925, kemudian meningkat menjadi 32 garis dan akhirnya 64 garis dengan teknik selang-seli pada tahun 1926. Untuk mengisi tesisnya pada 7 Mei 1926, beliau memancarkan dan menayangkan imej bergerak hampir segerak dengan kuasa elektrik pada layar segiempat sama berukuran lima kaki.[1]

Konsep memecahkan sebidang gambar video kepada garis selang-seli dirumuskan dan dipatenkan terdahulu oleh seorang jurutera Jerman bernama Fritz Schröter yang berkhidmat untuk syarikat Telefunken pada tahun 1930,[2] disusuli jurutera RCA berbangsa Amerika Syarikat iaitu Randall C. Ballard pada 1932.[3][4] Pelaksanaan komersil bermula pada tahun 1934 apabila skrin bertiub sinar katod semakin terang, maka menjadikan lagi kerlipan yang timbul dari imbasan progresif (berjujuakn).[5] Paparan selang-seli sentiada ada dalam televisyen sehingga 1970-an, apabila keperluan monitor komputer menimbulkan perlunya lagi imbasan progresif. Imbasan selang-seli masih diperlukan untuk kebanyakan televisyen definisi biasa dan piawaian penyiaran HDTV 1080i; tetapi tidak sesuai untuk LCD, mikrocermin (DLP), atau paparan plasma, kerana jenis paparan tersebut tidak digunakan imbasan raster untuk menghasilkan imej, justeru tidak boleh memanfaatkan imbasan selang-seli, sebaliknya terpaksa dipacu dengan isyarat imbasan progresif. Pelitaran nyah selang-seli (deinterlacing) untuk menghasilkan imbasan progresif dari isyarat televisyen penyiaran biasa yang berselang-seli boleh meningkatkan kos peti televisyen yang menggunakan paparan sedemikian. Kini, pasaran HDTV dikuasai paparan progresif.

Pengimbasan selang-seli adalah salah satu daripada dua cara "melukis" imej video pada skrin paparan elektronik (selain pengimbasan progresif) dengan mengimbas atau memaparkan sebaris demi sebaris piksel. Teknik ini menggunakan dua medan untuk membentuk satu bidang gambar. Setiap bidang dibahagikan kepada baris-baris bernombor ganjil dalam satu medan dan baris-baris bernombor genap dan satu lagi medan. Contohnya, sebuah televisyen PAL mengimbas 50 medan sesaat (25 ganjil dan 25 genap). Kedua-dua set 25 medan ini bersama-sama menghasilkan sebidang gambar penuh setiap 1/25 saat, maka menghasilkan paparan 25 bidang sesaat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Glinsky, Albert (2000). Theremin: Ether Music and Espionage. Urbana, Illinois: University of Illinois Press. ISBN 0-252-02582-2.  pages 41-45
  2. Registered by the German Reich patent office, patent no. 574085.
  3. "Pioneering in Electronics". David Sarnoff Collection. Diperoleh pada 2006-07-27. 
  4. U.S. patent 2,152,234
  5. R.W. Burns, Television: An International History of the Formative Years, IET, 1998, p. 425. ISBN 9780852969144.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]