Selena Gomez & the Scene

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Selena Gomez & the Scene

Selena Gomez & the Scene sedang membuat persembahan pada We Own the Night Tour pada September 2011. Dari kiri ke kanan: Ethan Eoberts, Greg Garman, Selena Gomez
Latar belakang
Berasal dari Hollywood, Los Angeles, California, A.S.
Genre Dance-pop,[1] pop rock,[2] teen pop,[1] electropop
Tahun aktif 2008–kini
(terhenti seketika: 2012)
Label Hollywood, Fascination, Avex International
Laman web selenagomez.com
Ahli
  • Selena Gomez
  • Greg Garman
  • Joey Clement
  • Dane Forrest
  • Drew Taubenfeld

Selena Gomez & the Scene merupakan sebuah kumpulan muzik pop dari Hollywood, California yang ditubuhkan pada tahun 2008. Selain daripada penyanyi utama dan pengasas Selena Gomez, kumpulan ini juga terdiri daripada Joey Clement (pemain bass), Greg Garman (pemain drum), Dane Forrest (pemain papan nada), Drew Taubenfield (pemain gitar). Kumpulan ini telah menghasilkan tiga album studio, tujuh single dan sembilan video muzik.

Kumpulan ini telah mengeluarkan album pertama mereka dengan tajuk Kiss & Tell pada 29 September 2009. Album ini menduduki tangga yang kesembilan di US Billboard 200. Pada Mac 2010, album tersebut telah mendapat pengiktirafan "Gold" oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA). Single kedua daripada album tersebut ialah "Naturally" telah mencapai tahap tiga puluh teratas di AS dan dua puluh teratas di New Zealand, United Kingdom, Ireland, Kanada dan Jerman. Lagu ini juga telah mendapat pengiktirafan "Platinum" di AS dan Kanada. Pada tahun 2012, album ini telah terjual lebih daripada 900,000 keping di AS.

Rujukan[sunting | sunting sumber]