Semera (kawasan negeri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semera
Kawasan pilihan raya  Sarawak
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Sarawak
Kawasan pilihan raya diwujudkan1968
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1996
Kali pertama dipertandingkan1969
Kali terakhir dipertandingkan1991
Demografi
Pemilih (1969)[1]5,916

Semera ialah kawasan negeri di dalam negeri Sarawak, Malaysia.[2] Ia telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak tahun 1969 sehingga 1996 dan mula dipertandingkan pada tahun 1969.[3] Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan Negeri di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri yang terakhir berkhidmat di kawasan negeri Semera ialah Wan Abdul Wahab Wan Sanusi. Beliau mewakili parti Barisan Nasional selepas menang selepas bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak 1991 dengan jumlah undian sebanyak 4,050.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Semera sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Simunjan pada tahun 1969 sehinggalah 1986 bersama dengan kawasan Gedong tetapi ia dimansuhkan dan digantikan dengan Kawasan Parlimen Batang Sadong sehinggalah tahun 1996. Ia telah diciptakan pada tahun 1968 dan telah dimansuhkan pada tahun 1996. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Sadong Jaya. Nama Semera diambil sebagai nama kawasan tersebut adalah kerana ia merupakan sebuah perkampungan yang besar dan padat jumlah penduduknya pada ketika dahulu.[5]

Kod bagi DUN Semera ialah S13 semasa pilihan raya pertama negeri Sarawak iaitu pada 1969, N13 pada pilihan raya berikutnya iaitu 1974 sehinggalah 1987. Pada pilihan raya negeri 1991, kod DUN Semera telah berubah iaitu kepada N16 kerana terdapat beberapa kawasan pilihan raya yang baharu.[5]

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1969, Lee Thian Kee @ Mohd Puteh Abdullah telah menang dari Parti Perikatan (PERIKATAN) dan telah menewaskan dua calon lainnya iaitu Wan Aikap Tuanku Esin dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Salleh Zen dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Sebanyak 5,916 pemilih berdaftar pada pilihan raya ini. Lee Thiam Kee mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 3,092, Wan Aikap pula mendapat undian sebanyak 1,240 dan paling sedikit ialah Salleh iaitu sebanyak 497 undi.[3]

Pada pilihan raya berikutnya, 1974, Lee Thian Kee menang sekali lagi dengan mendapatkan undian sebanyak 3,337.[6] Tetapi pada pilihan raya 1979, Abang Ahmad Urai dari Barisan Nasional telah merampas kerusi DUN Semera. Pada pilihan raya 1984 sehinggalah 1991, kerusi DUN Semera telah berjaya diambil oleh Wan Abdul Wahab Wan Sanusi.[5][6]

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak dua calon bertanding di DUN ini iaitu Wan Abdul Wahab Wan Sanusi dari parti Barisan Nasional (BN) dan Wan Zainal Abidin bin Wan Senusi dari parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Semera terletak di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Simunjan di Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak di Dewan Sekolah Rendah Bantuan Chung Hua, Simunjan. Kerusi DUN Semera dimenangi oleh parti Barisan Nasional.[7]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Semera
Persidangan Tahun Ahli Parti
Kawasan DUN diciptakan
ke-8 1969-1974 Lee Thiam Kee Parti Perikatan
ke-9 1974-1979 Barisan Nasional
ke-10 1979-1983 Abang Ahmad Urai Barisan Nasional
ke-11 1983-1987 Wan Abdul Wahab Wan Sanusi Barisan Nasional
ke-12 1987-1991 Barisan Nasional
ke-13 1991-1996 Barisan Nasional
Kawasan DUN dimansuhkan, digantikan dengan Sadong Jaya

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Sarawak 1991
Parti Calon Undian % ∆%
BN Wan Wahap @ Wan Abdul Wahab Wan Sanusi 4,050 69.78
PERMAS Zamhari Zaini 1,710 29.46
NEGARA Ibrahim Jeman 44 0.76
Jumlah undian sah 5,804 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 64
Kertas undi tidak dikembalikan 4
Keluar mengundi 5,872 74.48
Pemilih berdaftar 7,884
Majoriti 2,340
BN kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Sarawak 1987
Parti Calon Undian % ∆%
BN Wan Wahap @ Wan Abdul Wahab Wan Sanusi 3,614 56.53
PERMAS Wan Zainal Abidin bin Wan Senusi 2,779 43.47
Jumlah undian sah 6,393 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 87
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 8,453
Majoriti 835
BN kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Sarawak 1983
Parti Calon Undian % ∆%
BN Wan Wahap @ Wan Abdul Wahab Wan Sanusi 45.86
Bebas Tidak diketahui
Bebas Tidak diketahui
Bebas Tidak diketahui
Jumlah undian sah 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar
Majoriti
BN kekal Peralihan


Pilihan raya negeri Sarawak 1979
Parti Calon Undian % ∆%
BN Abang Ahmad Urai 71.85
PAJAR Tidak diketahui 28.15
Jumlah undian sah 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar
Majoriti
BN kekal Peralihan


Pilihan raya negeri Sarawak 1974
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohammed Puteh @ Lee Thiam Kee 3,337 64.32
SNAP Wan Aikap Tuanku Esin 1,774 30.13
Bebas Tidak diketahui 5.55
Jumlah undian sah 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 542
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 6,590
Majoriti 1,563
BN ambil alih dari Perikatan Unjuran ?
Pilihan raya negeri Sarawak 1969
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Mohammed Puteh @ Lee Thiam Kee 3,092 64.03
SNAP Wan Aikap Tuanku Esin 1,240 25.68
SUPP Salleh Zen 497 10.29
Jumlah undian sah 4,829 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 385
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 5,214 88.13
Pemilih berdaftar 5,916
Majoriti 1,852
Kawasan DUN ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PAS lawan Perikatan di-seluroh Kedah, Barisan chalun2 pilehanraya: Dua belas parti bertanding" [PAS lawan Perikatan dseluruh Kedah, Barisan calon-calon pilihan raya: Dua belas parti bertanding]. Berita Harian. 6 April 1969. m/s. 2. Diperolehi pada 13 Disember 2020.
  2. ^ "Sarawak now has 56 State constituencies" [Sarawak kini mempunyai 56 kawasan negeri]. klik.com.my (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 1 Februari 1991. Dicapai pada 15 Mac 2014.
  3. ^ a b c "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  4. ^ a b "Keputusan pilihan raya negeri Sarawak 1991". klik.com.my. Berita Minggu. 29 September 1991. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-22. Dicapai pada 20 Februari 2011.
  5. ^ a b c "Profail Daerah Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-20. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  6. ^ a b Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 183, 185. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.
  7. ^ a b "Laporan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2002. Dicapai pada 13 September 2010.
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak". Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-30. Dicapai pada 13 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]