Mak Cun giat memperluaskan perniagaan produk bedak sejuknya, tetapi perpindahan Manisah ke kampungnya dengan berniaga cucuk kolagen mula mengganggu semua usaha Mak Cun untuk berjaya dalam perniagaan.
"Episod 2"
30 Julai 2015
Mak Cun murung setelah produknya dirampas oleh pihak berkuasa, sementara Manisah semakin maju dalam perniagaan cucuk kolagen, apatah lagi cuba mengurat Pak Akob yang ketika ini majah menaruh hati pada Mak Cun. Anak sulungnya, Atul pergi menyiasat sekitar kampung sama ada Manisah berada di sebalik rampasan tersebut.
"Episod 3"
6 Ogos 2015
Mak Cun menghubungi anak bongsunya di KL, Halimatun untuk meminta bantuan memulihkan perniagaan bedak sejuknya. Sementara itu, Atul senyap-senyap berpacaran dengan Kamarul, anak lelaki Manisah, sambil cuba merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan orang tua masing-masing.
"Episod 4"
13 Ogos 2015
Mak Cun menerima pelawaan daripada Atun untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk menerima latihan istimewa daripada Dato' Nuriz untuk memajukan perniagaan bedak sejuknya. Atul pun ikut sekali, tetapi tanpa diduga dia dapat bertemu dengan Kamarul.
"Episod 5"
20 Ogos 2015
Mak Cun melangkah maju dalam latihan pembaharuan imej perniagaannya dengan memasarkan produk Dak Cun di TV. Sementara itu di kampung, Manisah digugat oleh pelanggan marah beramai-ramai mengadu rupa berubah buruk kerana kerap merawat muka. Pak Akob melindungi seorang perempuan pelarian di rumah.
"Episod 6"
26 Ogos 2015
Mak Cun dan Atul pulang ke kampung dengan meraikan kemasyhuran barunya. Setelah merayau jauh bersama Kamarul di Kuala Lumpur, Atul semakin payah untuk merahsiakan hubungan mereka daripada Mak Cun. Cubaan Manisah untuk memisahkan Pak Akob dengan perempuan Indonesia dengan membuat laporan khalwat gagal.
"Episod 7"
27 Ogos 2015
Kemajuan perniagaan Mak Cun sehingga dapat mengedarkan produk kt seluruh negara membuat Manisah cukup iri hati, apalagi dengan Pak Akob sebagai "pegawai pemasaran" Mak Cun. Pada suatu malam Manisah menemui Atul bercengkerama senyap-senyap.
"Episod 8"
2 September 2015
Krisis melanda rumahtangga Mak Cun apabila dilaporkan Atul berhubungan sulit. Tanpa disedarinya, Manisah memburukkan lagi keadaan dengan curi-curi membubuh bahan pencemar ke dalam produk Mak Cun.
"Episod 9"
3 September 2015
Perniagaan Mak Cun aib disebabkan produk tercemar, apalagi Atul putus dengan Kamarul. Mak Cun meminang Pak Akob bagi pihak Atul, menyebabkan Atul dan Kamarul melarikan diri. Maka Mak Cun bersatu dengan Manisah untuk menyelesaikan krisis bersama.