Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Erma Fatima |
 |
| Latar belakang |
| Nama lahir |
Fatimah binti Rahmad |
| Pekerjaan |
pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis |
| Tahun aktif |
1990—kini |
Fatimah binti Rahmad atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima adalah seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia.
Memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi "Hati Bukan Kristal" tahun 1990 dan "Femina" tahun 1994.Mula diperkenalkan menerusi filem "Rozana 87" yang diterbitkan pada tahun 1987.Merupakan pelakon yang berkaliber dan konsisten terhadap setiap lakonan beliau.Filem pertama yang beliau arahkan ialah "Perempuan Melayu Terakhir" lakonan Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 Vanida Imran.Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan.
Beliau berkahwin dengan pengarah popular, Bade Hj. Azmi dan memiliki 5 anak angkat.
Sekarang ini beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama serta filem. Antara sinematografi arahan beliau yang terkini adalah "Diva Popular"yang mengandingkan adiknya Umie Aida dan Penyanyi terkenal Ezlynn, Tahajjud Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah.
Ketika memenangi pelbagai anugerah pada Anugerah Skrin 2009
Setakat ini, beliau meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima. Pada tahun 2003, filem arahan beliau, Embun tewas kepada filem arahan suaminya, KL Menjerit dalam kedua-dua anugerah berprestij iaitu anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin masing-masing untuk kategori pengarah terbaik dan filem terbaik.
| Tahun |
Judul |
Kategori/Anugerah |
Hasil |
| 1995 |
Ratu Jamu |
Pengarah Terbaik Anugerah Skrin |
Menang |
| Aku Anak Siapa |
Pengarah Terbaik Anugerah Skrin |
Dicalonkan |
| Masih Ada Harapan |
Aktres Terbaik Anugerah Skrin |
Dicalonkan |
| 2009 |
Tersasar Di Jalanmu |
Pengarah Terbaik Anugerah Skrin |
Menang |
| Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin |
Menang |
| 2011 |
Airmata Nur Salina |
Pengarah Terbaik Anugerah Skrin |
Dicalonkan |
| Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin |
Menang |
Drama Bersiri [sunting]
| Tahun |
Judul |
Kategori/Anugerah |
Hasil |
| 2011 |
Tahajjud Cinta |
Pengarah Terbaik Anugerah Profima[1] |
Menang |