Senarai lagu rakyat masyarakat Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang amat menggamitkan nostalgia. Kini di Wikipedia bahasa Melayu bertindak untuk mengetengahkan lagu-lagu rakyat yang terkenal yang acap kali diperdendangkan di Alam Melayu. Lagu-lagu rakyat ini mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan lagu bersama dengan alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu itu yang telah tersebar luas merentasi samudera dan pelbagai negara yang dipenuhi pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud, hanya sesebuah negara asal dimana sesuatu lagu rakyat itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut pandang yang positif, lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu harus dikembangkan penggunaaanya dan diperkayai maksud tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi, agar dunia dapat mengetahui bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun yang besar di Alam Melayu.

Definisi lagu rakyat[sunting | sunting sumber]

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesuatu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Malaysia, Singapura, Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak Melayu.

Senarai lagu rakyat masyarakat Melayu[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini adalah:

  1. Ala Canggung
  2. Ambil Madu Lebah
  3. Anak Ayam (lagu rakyat)
  4. Anak Itik Tok Wi
  5. Anak Ondeng (a.k.a Lagu Lembu Patah Tanduk)
  6. Ayam den lapeh
  7. Bapaku Pulang dari Kota
  8. Burung Kakak Tua (lagu rakyat)
  9. Can Mali Can
  10. Dadong
  11. Geylang Si Paku Geylang
  12. Hello Hello (lagu rakyat)
  13. Hijau (lagu rakyat)
  14. Inang rodat
  15. Ikan Kekek (lagu rakyat)
  16. Jambatan Tamparuli
  17. Joget Tari Lenggang (a.k.a Joget Pahang)
  18. Jong Jong Inai
  19. Kenek Kenek Odeng
  20. Ketipong Payung
  21. Kurik Kundi
  22. Sopan Satun Anak Melayu @ Lemak manis (lagu rakyat)
  23. Lenggang Kangkung
  24. Londeh Mak Londeh
  25. Menghilir di Sungai Pahang
  26. Pak Ketipak Ketipung (joget 106)
  27. Pak Pung Pak Mustafe
  28. Puteri Santubong
  29. Rasa Sayang
  30. Tepuk amai amai
  31. Trek Tek Tek
  32. Tualang Tiga
  33. Ulek mayang
  34. Enjit-enjit Semut
  35. Bangau Oh Bangau
  36. Wau Bulan
  37. Tambak Johor
  38. Lagu Tiga Kupang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]