Serendah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Serendah
Jata-Selangor.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Hulu Selangor
Mukim Bandar Serendah
Keluasan N/A

Serendah ialah sebuah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Di Serendah terdapat tempat yang menarik untuk dilawati, antaranya ialah Perigi Tujuh Serendah dan Air Terjun TemplerKai. Perigi Tujuh Serendah di bina pada zaman dahulu bertujuan untuk mencegah banjir yang besar dari berlaku di kawasan rendah di sini. Antara sebab mengapa serendah mendapat nama. Tempat yang rendah ini sering mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku. Sehubungan dengan itu sebuat empangan kecil di bina oleh pihak pengusaha lombong bijih timah yang berada di bahagian rendah kawasan ini untuk mengelakkan banjir dari berlaku.

Ada yang berpendapat empangan ini di bina untuk menjadi kunci air utama kepada limpahan air sungai yang mengalir dari bahagian hulu dan terus bertakung di bahagian tasik buatan bahagian atas empangan kecil yang dinamakan Perigi tujuh ini.

Mitos pula menyatakan di mana, ada ketikanya empangan ini akan dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang akan turun bersiram (mandi) di kawasan Perigi tujuh ini. biasa nya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itulah puteri-puteri kayangan ini akan turun bersiram (mandi).

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 7km dari bandar Rawang dan boleh diakses dengan menggunakan Jalan Persekutuan KL-Ipoh, Dari Lebuhraya Utara-Selatan boleh dihubungi melalui persimpangan Rawang dan Bukit Beruntung.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bas berhenti-henti Kuala Lumpur-Tanjung Malim melalui pekan Serendah. Mulai 21 April 2007, perkhidmatan KTM Komuter yang sebelum itu berakhir di Rawang telah dilanjutkan ke Kuala Kubu Bharu melalui stesen keretapi Serendah.

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Air terjun Kampung Orang Asli Serendah adalah lokasi perkelahan yang menarik dan menjadi daya tarikan bagi penduduk setempat serta pengunjung dari luar.

Kemudahan lain[sunting | sunting sumber]

  • Balai Polis Serendah
  • Pejabat Pos Serendah
  • Stesen Komuter Serendah
  • Masjid Serendah
  • Dewan Komuniti & Pusat Sukan Serendah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 3°22′U 101°37′T / 3.367°U 101.617°T / 3.367; 101.617