Shun Oguri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Ogurishunhyd.jpg
Ogari Shun melakonkan watak sebagai Hanazawa Rui dalam Hana Yori Dango(2005)

Shun Oguri merupakan seorang pelakon di Jepun.Ogari Shun lahir pada 26 Disember, 1982 di Tokyo. Dia memperolehi populariti menjulang dengan membintangi drama TV kegemaran ramai, Han Yori Dango, dan sambungannya. Seterusnya dia memegang watak utama sebagai Sano Izumi dalam Hanazakari no Kimitachi e. Kini sedang membintangi watak Koyama Kazumi dalam drama Binbō Danshi.

Karier[sunting | sunting sumber]

Oguri memasuki industri lakonan bukan kerana dia mengetahui bahawa dia mempunyai bakat besar dan bukan kerana dia mahu mengejar keghairahan dirinya, tetapi kerana dia sangat meminati Uchida Yuuki, seorang pelakon wanita Jepun. Dia menyukai lakonan Uchida dan merupakan peminat utamanya. Disebabkan mahu bertemu dengan Uchida, Oguri menyertai teater kelas lakonan. Dia mengakui bahawa dia tidak begitu menyukai teater atau kelas lakonan, tetapi entah kenapa, keinginannya untuk bertemu dengan idolanya -- dan gadis-gadis cantik dalam kelasnya -- sentiasa mendorongnya. Sekarang, Oguri mengatakan bahawa lakonan adalah hidupnya dan tidak mahukan yang lain.

Peranan debut pertamanya ialah watak kanak-kanak yang dibuli dan didera dalam drama Great Teacher Onizuka (1998), ketika berusia 16 tahun. Lakonannya menarik perhatian ramai dan dari situ, dia beralih ke peranan yang lebih besar. Peranan cemerlangnya ialah watak Rui Hanazawa dalam Hana Yori Dango, walaupun peranan utama pertamanya dalam drama ialah Shinichi Kudo dalam Detektif Conan. Oguri mempunyai bakat yang lebih daripada cukup untuk watak utama, tetapi dia pernah menyebutkan bahawa dia sebenarnya menggemari watak sampingan. Selain berlakon, dia juga adalah seorang DJ. Dia mengacara sebuah rancangan radio yang dipanggil All Night Nippon. Seorang pelakon yang menarik, dia membintangi peranan-peranan seperti orang pekak dalam Summer Snow, seorang teruna yang kegersangan dalam Stand Up!!, sebagai Rui Hanazawa yang pendiam dan tenang dalam Hana Yori Dango (Boys Over Flowers), dan sebagai Haruhiko Uchiyama, budak nakal dalam Gokusen. Pada musim panas tahun lepas, dia telah membintangi watak Izumi Sano dalam drama Hanazakari no Kimitachi e. Sekarang dia sedang memegang watak mahasiswa universiti yang suka menolong orang lain tetapi menanggung beban hutang yang besar bernama Kazumi Koyama dalam drama berjudul Binbō Danshi.

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Binbō Danshi (2008) - Kazumi Koyama
  • Hanazakari no Kimitachi e (2007) - Sano Izumi
  • Hana Yori Dango 2 (2007) - Rui Hanazawa
  • Yuuki (2006) - Hama
  • Detective Conan (2006) - Shin'ichi Kudo (Jimmy Kudo)
  • Hana Yori Dango (2005) - Rui Hanazawa
  • Densha Otoko (2005) - Munetaka Minamoto
  • Aikurushii (2005) - Jun'ichi Yaguchi
  • Yoshitsune (2005) - Kagesue Kajiwara
  • Kyumei Byoto 24 Ji 3 (2005) - Kazuya Kouno
  • FIRE BOYS ~ Megumi no Daigo (2004)
  • Stand Up!! (2003) - Kouji Enami
  • Ogibosan to Issho (2003) - Kensuke Aramaki
  • Gokusen (2002) - Haruhiko Uchiyama
  • Henshuuou (2000)
  • Ashita o Dakishimete (2000)
  • Summer snow (2000) - Jun Shinoda
  • Aoi Tokugawa Sandai (2000)
  • GTO (1998) - Noboru Yoshikawa

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Waters (2006)
  • The Neighbour #13 (2005)
  • Azumi 2 (2005)
  • is. A (2004)
  • Wings of Hakenkreuz (2004)
  • Robokon (2003)
  • Azumi (2003)
  • Song of the Sheep (2002)

crow zero 1 & 2 (2000 up)genji takiya

Anime[sunting | sunting sumber]