Siasatan PAC terhadap PKFZ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siasatan PAC terhadap PKFZ merujuk kepada siasatan awatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang. Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid bersama ahli-ahlinya menyoal pengerusi dan ahli lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang untuk mengenalpasti kelemahan dan membuat laporan serta-merta kepada media dan parlimen. Jawatankuasa PAC juga memanggil pihgak swasta dan pemaju PKFZ selagi tidak melanggar etika perbicaaan mahkamah. PAC juga akan melawat tapak PKFZ.

PAC bukanlah berstatus Suruhanjaya Diraja dan kerana itu tidak boleh memanggil sesiapa sahaja untuk memberikan keterangan.Suruhanjaya Diraja mesti hadir jika dipanggil, kalau tidak, boleh dipenjarakan. PAC hanya boleh memanggil mereka yang masih berkhidmat sahaja. [1]

Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang mendesak Datuk Seri Azmi Khalid mengundur diri dari menyiasat Skandal PKFZ kerana bercanggah kepentingan. Tetapi ahli PAC mahu Khalid meneruskan siasatan.[2] Pada 15 Jun 2009, Pengerusi LKP Datuk Lee Hwa Beng telah menyerahkan laporan PKFZ yang disediakan Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn Bhd (PwCAS) kepada Setiausaha PAC, yang juga Setiausaha Parlimen Datuk Roosme Hamzah . Laporan itu setebal 300 halaman.[3]

Laporan daripada Peguam Negara[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Jun 2009 , Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw menyatakan PAC akan mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Peguam Negara telah memberi nasihat berhubung pembelian tanah paya air masin di Pulau Indah oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Tanah itu dibeli mengikut Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah, namun nasihat itu tidak diguna pakai. Persoalan ialah mengapa nasihat Peguam Negara tidak diguna pakai. Harga pasaran tanah itu hanya RM10 tetapi telah meningkat kepada RM25 kaki persegi.

Perjumpaan dengan SPRM[sunting | sunting sumber]

PAC telah berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Pesuruhjaya Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull di Bangunan Parlimen berhunung Skandal PKFZ.PAC dan SPRM membincangkan laporan audit firma audit antarabangsa, PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd yang mendedahkan konflik kepentingan, kelemahan urus tadbir dan pengurusan sebagai punca utama projek PKFZ

[4][5]

Hasil penemuan awal 1[sunting | sunting sumber]

PAC diketuai Datuk Seri Azmi Khalid mendengar keterangan daripada 9 bekas anggota LPK selama 3 jam pada 19 Ogos 2009.Prosiding siasatan bukanlah untuk menyiasat kesalahan pegawai yang diminta hadir, sebaliknya bagi mengenal pasti cara maklumat disalurkan kepada ahli lembaga PKA.

  • Ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) meletakkan kepercayaan yang terlalu besar terhadap pengurusan PKFZ.Mereka hanya menurut apa saja yang diberitahu oleh PKFZ.
  • Percanggahan kepentingan kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKA adalah juga merupakan CEO PKZ iaitu Datin Paduka O.C. Phang. Akibatnya beliau gagal menyediakan butiran lengkap kepada anggota lembaga PKA. Sedangkan mereka mewakili kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan. Banyak keputusan yang dibuat oleh PKFZ diterima sahaja oleh ahli lembaga PKA tanpa banyak soal.
  • Sepatutnya ahli lembaga pengarah LPK lebih peka kerana PKA memperoleh pinjaman mudah Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion bagi membiayai PKFZ.
  • Ahli lembaga LPK mungkin tidak memahami latar belakang sepenuhnya .Ada juga pegawai yang tidak menghadiri mesyuarat lembaga kerana sibuk dengan tugas sedia ada di pejabat.[6]

Hasil penemuan awal 2[sunting | sunting sumber]

PAC menyoal Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng, di Bangunan Parlimen pada 20 Ogos 2009.

  • Adalah ganjil kerajaan Malaysia terpaksa membayar bon yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat swasta. Surat pengerusi LPK pada 10 Ogos 2009 mengarahkan kerajaan membayar secara beransur-ansur, setahun sekali, sepenuhnya kepada pemilik bon iaitu KDSB.KDSB telah menerbitkan bon bagi membiayai projek PKFZ.Sepatutnya bon dikumpul oleh LPK memandangkan ia sebuah agensi kerajaan.
  • Berlaku "tuntutan berlebihan" oleh KDSB dalam isu PKFZ.[7]

Hasil penemuan awal 3[sunting | sunting sumber]

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid telah berbincang dengan bekas Pengerusi PKFZ yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka O.C.Phang. Beliau memberi kerjasama dalam rosiding dari jam pukul 10 pagi hingga 2.30 petang pada 2 September 2009.

  • Pengurusan projek PKFZ amat lemah
  • Banyak amalan pengurusan projek besar yang sepatutnya ada dalam profesion pengurusan projek, nampaknya tidak ada.
  • Tiada unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi projek sebesar PKFZ. Kalau tak ada unjuran pendapatan dan perbelanjaan atau aliran tunai, kita tak tahu di mana kesilapan kita. Akibatnya kos pembangunan PKFZ melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
  • Wakil-wakil kerajaan dalam Lembaga Pengarah PKFZ 'hanya memanaskan kerusi' . Ada antara mereka yang hadir pada mesyuarat lembaga pengarah PKFZ adalah semata-mata untuk mewakili Ketua Setiausaha kementerian masing-masing.Akibatnya mereka tidak mengambil berat dan melepaskan sahaja kepada pengurusan.
  • Phang sebagai pengurus besar PKFZ bagi menguruskan PKFZ dengan mendapat arahan daripada Menteri Pengangkutan , Menteri Kewangan dan lain-lain individu atasan . [8]

Hasil penemuan awal 4[sunting | sunting sumber]

Pada 3 September 2009, PAC telah menyoal dua bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) iaitu Datuk Yap Pian Hon dan Tan Sri Dr Ting Chew Peh, di bangunan Parlimen Malaysia.

  • Banyak keputusan kontrak dan perjanjian ditandatangani dulu oleh pengurusan tanpa mengetahui biji butir kontrak dan perjanjian.Lembaga pengarah tidak tahu...hanya dimaklumkan selepas perkara itu berlaku.
  • PAC mahu menyiasat penglibatan LPK dalam pelaksanaan PKFZ dan juga untuk mengetahui mengenai penyaluran maklumat daripada pengurusan kepada lembaga.
  • Yap Pian Hon menafikan wakil-wakil kerajaan dalam LPK tidak bersuara. Sebelum ini Azmi Khalid mendapati wakil kerajaan tidak bertanya dan berusaha mendapatkan maklumat kerana mereka hanya menghadiri mesyuarat dan "banyak perkara yang mereka tak tahu".
  • Ting Chew Peh menjelaskan bahawa pihak lembaga hanya menerima maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan.
  • Pengerusi LPK hanya mendapat elaun sebanyak RM2,259.95 sebulan. Ahli lembaga setiap seorang mendapat elaun RM500 sebulan. Adalah tidak benar pengerusi LPK mendapat gaji besar.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]