Azmi Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri

Azmi Khalid
AzmiKhalid.jpg

Member of Parliament
for P1 Padang Besar Perlis
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008

Lahir PerlisKangar, Perlis
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - United Malays National Organisation (UMNO)
Pasangan Puan Sri Datin'Seri Normala Shamsuddin
Pekerjaan Ahli Parlimen
Religion Islam

Tan Sri Dato'Seri Hj Azmi bin Khalid (Lahir 1941) merupakan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selepas pilihan raya umum 2008, beliau menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia 2008 di parlimen Malaysia.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kangar, Perlis, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera jurusan ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1965. Selain itu, beliau juga memiliki diploma kepakaran dalam bidang kewangan dan perancangan strategik dari beberapa buah institusi pengajian terkemuka seperti Universiti Kebangsaan Singapura dan Institut Pengajian Sosial di The Hague, Belanda.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, memulakan karier sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor sebelum dilantik sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai Penolong Setiausaha, kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha sebelum dilantik ke jawatan Pengurus Besar.

Jawatan politik[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Parlimen Padang Besar diwakili oleh Y.B. Tan Sri Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid, telah dipilih mewakili Parlimen berkenaan sejak tahun 1995.

Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam politik dan telah menjadi ahli UMNO sejak empat dekad yang lalu. Karier politik beliau semakin menyerlah setelah dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Kangar pada tahun 1979 sebelum dipilih mengetuai bahagian berkenaan pada tahun 1989.

Penyertaan kali pertama beliau dalam pilihan raya bermula pada tahun 1995 dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Besar dengan menewaskan calon daripada parti PAS.

Ekoran kejayaan berkenaan, beliau diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau yang juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar selepas berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihanraya tahu 1999.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11, beliau berjaya mempertahankan penguasaan Barisan Nasional di Parlimen Padang Besar setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau yang pernah terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000 telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Yasmin Abdullah (meninggal dunia pada 24 Mac [2005]) dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada 25 Ogos 2005, beliau berkahwin dengan personaliti terkenal, Puan Sri Normala Shamsuddin.

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dalam keputusan pilihan raya 2004 Parlimen Padang Besar , Perlis :

  1. Datuk Azmi Khalid yang mewakili parti Barisan Nasional - UMNO )telah diisytiharkan menang .
  2. Wan Kharizal Wan Khazim dari Parti Islam Se-Malaysia mendapat 9,058

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)