Sizigi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sizigi ialah sebuah perkataan yang digunakan dalam bidang astronomi dan geografi. "Sizigi" /ˈsɪzɨi/ (daripada bahasa Yunani kuno, suzugos (σύζυγος) yang bermaksud "terikat",[1]) atau Bahasa Inggeris: Syzygy, digunakan bagi merujuk konfigurasi tiga objek cakerawala yang sebaris lurus dalam sebuah sistem tarikan graviti.[2] Perkataan ini sering digunakan bagi merujuk kepada kedudukan Matahari, Bumi dan sama ada Bulan atau planet; bila objek yang ketiga berada dalam kedudukan [[Konjungsi (astronomi)|konjungsi (kesebarisan) ataupun bertentangan. Gerhana matahari dan gerhana Bulan berlaku pada masa sizigi, sama dengan peristiwa transit dan penghijaban. Istilah ini lazim digunakan apabila Matahari dan Bulan berada dalam konjungsi (bulan muda) ataupun dalam pertentangan (bulan purnama).[3]

Perkataan "sizigi" juga digunakan secara amnya bagi memerikan konfigurasi atau tatabentuk planet yang menarik perhatian. Sebagai contoh, satu peristiwa menarik berlaku pada 21 Mac 1894 lebih kurang jam 23:00 GMT, apabila Utarid melintasi ("transit", dalam vernakular astronomi) Matahari apabila dilihat dari Zuhrah, sementara Utarid dan Zuhrah pula melintasi Matahari apabila dilihat dari Zuhal. Perkataan ini juga digunakan bagi memerikan keadaan apabila semua planet berada pada sisi yang sama relatif kepada Matahari mahupun planet-planet tersebut tidak berada dalam barisan yang lurus, seperti yang berlaku pada 10 Mac 1982.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Definition of syzygy | Collins English Dictionary". Diperoleh pada 22 August 2012. 
  2. Her Majesty's Nautical Almanac Office and United States Naval Observatory (2012). "Syzygy". Glossary, The Astronomical Almanac Online. Diperoleh pada 2012-09-13. 
  3. Coyle, Harold P. (2008). "Syzygy". AccessScience. ©McGraw-Hill Companies. Diperoleh pada May 5, 2012. 
  4. "Ideas & Trends in Summary; It's All Right To Come Out Now". New York Times. March 14, 1982. Diperoleh pada July 25, 2011. 



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.