Utarid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Utarid Simbol astronomi Utarid
Utarid seperti yang dilihat ketika lintas terbang oleh Messenger
Planet Utarid seperti dilihat dari Mariner 10
Designasi
Adjektif Mercurian
Ciri-ciri orbit
Epok J2000
Afelion 69,817,079 km
0.466 698 35 AU
Perihelion 46,001,272 km
0.307 499 51 AU
Paksi semimajor 57,909,176 km
0.387 098 93 AU
Kesipian 0.205 630 69
Tempoh qamari 115.8776 hari
Kelajuan purata orbit 47.36 km/saat
Min anomali 174.796°
Kecondongan 7.004 87°
(3.38° ke khatulistiwa matahari)
Longitud nod menaik 48.331°
Argumen perihelion 29.124°
Satelit Tiada
Ciri-ciri fizikal
Jejari khatulistiwa 2439.7 km
(0.383 kali Bumi)
Isi padu 6.083×1010 km³
(0.056 kali Bumi)
Jisim 3.302×1023 kg
(0.055 kali Bumi)
Min ketumpatan 5.427 g/cm³
Graviti permukaan khatulistiwa 3.701 m/s²
(0.377 g)
Halaju lepas 4.435 km/s
Tempoh putaran ikut bintang 58.6462 hari (58 hari 15.5088 j)
Halaju putaran khatulistiwa 10.892 km/h (di khatulistiwa)
Kecondongan paksi ~0.01°
Jarak hamal kutub utara 281.01° (18 jam 44 min 2 saat) 1
Keserongan kutub utara 61.45°
Albedo 0.10-0.12
Suhu min purata max
• 0°N,0°W 100 K 340 K 700 K
• 85°N,0°W 80 K 200 K 380 K
Magnitud ketara −2.6 hingga 5.7
Diameter sudut 4.5" – 13"
Atmosfera
Komposisi 31.7% Kalium
24.9% Natrium
9.5% Oksigen Atom
7.0% Argon
5.9% Helium
5.6% Molekul Oksigen
5.2% Nitrogen
3.6% Karbon dioksida
3.4% Air
3.2% Hidrogen

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal, Titan.

Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah. Tidak banyak diketahui mengenai planet ini, kapal angkasa yang pertama daripada dua buah kapal yang mendekati planet Utarid adalah Mariner 10 dari tahun 1974 hingga 1975, yang hanya memetakan 45% daripada permukaan planet.[1] Kapal angkasa yang kedua adalah kepal angkasa MESSENGER, yang memetakan lagi 30% permukaan planet semasa penerbangannya pada 14 Januari, 2008.[1] MESSENGER akan membuat dua laluan lagi mengelilingi planet Utarid, diikuti dengan penyertaan orbit pada tahun 2011, dan akan meninjau dan memetakan seluruh planet berkenaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Borenstein, Seth. "NASA photos reveal Mercury is shrinking", The Mercury News, January 30, 2008. Dicapai pada 2008-04-07. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]