Sokongan Iran untuk Hamas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dan Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei pada 2012.

Republik Islam Iran ialah penaung utama pertubuhan pejuang Palestin Hamas, yang mentadbir Genting Gaza. Iran menyediakan dana, senjata dan latihan kepada Hamas.[1][2][3]

Menurut dakwaan dalam laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat 2020, Iran menyediakan kira-kira $100 juta setiap tahun kepada kumpulan pejuang Palestin, termasuk Hamas.[4] Sehingga 2023, menurut sumber Israel, Iran telah meningkatkan pembiayaannya untuk Hamas dengan ketara kepada $350 juta setahun. [5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1980-an–1900-an[sunting | sunting sumber]

Hubungan antara Iran dan Hamas semakin kukuh selepas Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) meneruskan usaha damai dengan Israel. Pada 1991, Iran menganjurkan persidangan di Tehran yang menyokong Palestin, yang dihadiri oleh Hamas.[6] Pada awal 1990-an, delegasi dari Hamas, yang diketuai oleh Mousa Abu Marzouk, terlibat dalam perbincangan di Tehran dengan pegawai tinggi, antaranya Ayatollah Khamenei. Dalam pada itu, Hamas telah membuka pejabatnya di Tehran sejak 1992[7], dengan menyatakan bahawa Iran dan Hamas berkongsi sebuah "pandangan yang sama dalam tinjauan strategik terhadap perjuangan Palestin dalam dimensi Islamnya."[8]

Intifadah Kedua[sunting | sunting sumber]

Sokongan Iran terhadap Hamas diteruskan melalui Intifadah Kedua. Berikutan kematian Arafat pada 2004 dan keluarnya Israel dari Gaza pada 2005, sokongan Tehran semakin meningkat.[8]

Hamas menguasai Semenanjung Gaza[sunting | sunting sumber]

Iran dan Hamas menjadi semakin rapat berikutan kemenangan Hamas dalam pilihan raya Palestin 2006[9] dan penguasaan pentadbirannya di Genting Gaza pada 2007. Pada 2006, Iran campur tangan untuk menyokong Pihak Berkuasa Palestin yang hampir muflis di Gaza apabila bantuan asing disekat. Semasa lawatan ke Tehran pada Disember 2006 oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh, Iran komited untuk memberikan bantuan $250 juta.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What Is Hamas?". Council on Foreign Relations (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-22.
  2. ^ "Israel-Hamas War: Iran's Role and Comments". The Iran Primer (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-10. Dicapai pada 2023-10-22.
  3. ^ Srivastava, Mehul; Zilber, Neri; Jalabi, Raya (2023-10-09). "What links Hamas to the 'Axis of Resistance' and its patron Iran?". Financial Times. Dicapai pada 2023-10-22.
  4. ^ "Hamas received weapons and training from Iran, officials say". The Washington Post. October 9, 2023.
  5. ^ Nakhoul, Samia (2023-10-16). "How Hamas secretly built a 'mini-army' to fight Israel". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-22.
  6. ^ "How Iran Fuels Hamas Terrorism". The Washington Institute (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-15.
  7. ^ NISHIKIDA, Aiko (November 2018). "Hamas's Ascension and its International Relations: Literature Review" (PDF). INSTITUTE OF DEVELOPING ECONOMIES. Dicapai pada 16 November 2023.
  8. ^ a b c "Iran and the Palestinians". The Iran Primer (dalam bahasa Inggeris). 2010-10-13. Dicapai pada 2023-10-22.
  9. ^ HARIAN, TERJEMAHAN SINAR (2020-10-11). "Iran muncul 'kuasa baharu' di Palestin". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-11-16.