Ahmed Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahmed Yassin
200px
Photograph of Ahmed Yassin taken on 19 March 2004
Kelahiran June 28, 1937
Al-Jura, British Mandate for Palestine
Meninggal dunia 22 Mac 2004 (umur 66)
Gaza City, Gaza Strip

Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin (Bahasa Arab: الشيخ أحمد إسماعيل حسن ياسين‎; 22 Jun 1937 – 22 Mac 2004[1]) adalah pengasas pertubuhan Palestin Hamas. Dilahirkan di desa Al-Jaurah, pinggiran Al-Mijdal, selatan semenanjung Gaza (sekarang dekat Ashqelon di Israel). Ketika masih kanak-kanak, beliau dan keluarganya telah dipaksa menjadi pelarian akibat oleh perperangan dengan Israel pada tahun 1948.

Yassin mendirikan Hamas (al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah) dengan rakannya Abdul Aziz al Rantisi dan Khaled Meshal pada tahun 1987. Sheikh Ahmed adalah seorang yang hampir buta dan juga seorang kuadriplegia akibat kemalangan sukan pada masa mudanya sehingga beliau perlu menggunakan kerusi roda sepanjang sisa hidupnya.[2] Beliau merupakan pejuang Intifadah, mujahid dakwah yang berjuang menegakkan Islam dan penghulu pejuang kemerdekaan Palestin.

Kematiannya[sunting | sunting sumber]

Sheikh Ahmed Yassin dibunuh pada hari Isnin, 22 Mac 2004 ketika helikopter Israel menghentam 3 buah roket ke atas kenderaannya setelah beliau menunaikan Solat Subuh.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tarikh lahirnya tidak diketahui secara tepat: menurut pasport Palestinnya, beliau lahir pada 1 Januari 1929, namun beliau telah menyatakan sebenarnya beliau telah dilahirkan pada 1938, sedangkan sumber Palestin mendaftarkan tahun kelahirannya sebagai tahun 1937.
  2. "islam.about.com". Diperoleh pada 2009-06-18. 
  3. "The life and death of Shaikh Yasin". Al Jazeera. 27 Mac 2004. Diperoleh pada 2007-08-07. 
  • Surat Dari Garis Depan (Suara Hati Tokoh Perlawanan), Jazera Cetakan I, Solo, September 2006
Middleeast2.png Rencana berkaitan Timur Tengah ini merupakan tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.