Konflik Israel–Gaza 2008–2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Konflik Israel–Gaza 2008–2009
Sebahagian daripada Konflik Israel-Palestin
Gaza conflict map.png
Peta kawasan persengketaan
Maklumat am
Tarikh 27 Disember 2008–kini
Lokasi Genting Gaza & selatan Israel
Punca Serangan roket Qassam ke atas Sderot dan kibbutzim berhampiran
Hasil Konflik masih berlangsung
Pihak yang berperang
Bendera Israel Israel (IDF) Flag of Hamas.svg Hamas
PIJ emblem.png Gerakan Jihad Islam Palestin[1]
Logoprc.jpg Jawatankuasa Penentang Popular[2]
Fateh-logo.jpg Briged al-Aqsa [2]
Barisan Perjuangan Popular Palestin[2]
Komander dan pemimpin
Israel Ehud Barak (MenPer)
Israel Gabi Ashkenazi (KTA)
Israel Yoav Galant (KPS)
Flag of Hamas.svg Ismail Haniyeh
Flag of Hamas.svg Mahmoud az-Zahar
Flag of Hamas.svg Ahmed al-Ja'abari
Flag of Hamas.svg Osama Mazini
Kekuatan
176,500 (jumlah)[3] 10,000[4]-

20,000 anggota Hamas di Gaza[5]

Kerugian dan kehilangan
Terbunuh: 13[6] (10 askar, 3 orang awam)[7]

Cedera: 311 (233 askar[8], 78 orang awam[9][10]

Terbunuh: 1132+[11] (~670 orang awam)[12]
Cedera (kebanyakannya orang awam): 5,100[8]
1 pegawai pengawal sempadan Mesir terbunuh, 3 pengawal dan dua kanak-kanak lagi cedera.[13][14]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Konflik Israel–Gaza 2008–2009 merupakan sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead (Bahasa Ibrani: מבצע עופרת יצוקה, Mivtza Oferet Yetzuka, Bahasa Arab: عملية الرصاص المصبوب‎ atau عملية الرصاص المسكوب) oleh Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada ahli-ahli dan infrastruktur Hamas dan ia juga dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Gaza (Bahasa Arab: مجزرة غزة‎) di kalangan kebanyakan negara di dunia Arab.[15][16][17][18][19][20][21]. Selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Genting Gaza, Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.[22][23][24] [25][26]

Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin.[27] Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.[28]

Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Bandar Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Younis dan Rafah di selatan.

Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2008, satu perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel anjuran Mesir berjaya ditandatangani. Tetapi Israel memungkirinya dengan menyadakan sekatan semula di pintu masuk dari Israel ke Semenanjung Gaza. Oleh itu warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain . Sememangnya Semenanjung Gaza tidak dapat berdiri sendiri melainkan bergantung menerima belas ehsan daripada pihak berkuasa Israel. Israel menjadikan hal ini sebagai sorong-tarik dalam krisisnya dengan Hamas yang kini mendapat sokongan besar di Semenanjung Gaza. Pada 13 Disember 2008, Israel mengumumkan akan memanjangkan gencatan senjata hanya jika Hamas patuh kepada syarat-syarat lama dan syarat terbarunya. Hamas menyalahkan Israel kerana menamatkan genjata senjata sebelum ini dengan membuat sekatan di pintu masuk dan rakyat Palestin terpaksa membina terowong-terowong untuk ke seberang tembok sempadan.

Reaksi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bantahan anti Israel oleh rakyat Tanzania.

Bantuan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) menghantar pakar perubatan dan petugas logistik ke Mesir bagi menyahut seruan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel di Tebing Gaza. Ia diketuai oleh Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood dan anggota majlis eksekutifnya Norazam Ab Samah.[32]
  • Penyelaras AMAN Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin menentang tindakan ganas yang bertujuan membawa kemusnahan kepada kalangan penduduk yang dirampas tanah mereka oleh Israel dan sekutunya. Pada 29 Januari 2008, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza untuk membantu 1.5 juta rakyat Palestin yang terperangkap di Gaza selepas semua pintu sempadannya ditutup rejim Israel sejak Jun 2007.
  • 10 Januari 2009, Josette Sheeran selaku Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penghantaran bekalan bantuan kepada sehingga 360,000 orang bukan pelarian di Gaza, manakala Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) akan memenuhi keperluan makanan di kalangan pelarian yang berjumlah 1.1 juta orang. WFP memiliki stok makanan berjumlah 3,500 tan metrik di gudang di Gaza, cukup untuk bekalan bagi memenuhi keperluan kes-kes baru sehingga 360,000 orang untuk tempoh tiga minggu. Bekalan makanan dihantar ke hospital-hospital dan juga tepung gandum kepada kedai-kedai yang masih dibuka. Kedai-kedai roti juga sudah kehabisan bekalan tepung gandum yang diperlukan untuk membuat roti - makanan utama penduduk di Gaza .Kilang-kilang tepung sudah kehabisan bekalan bahan mentah.Pemandu trak dan pengendali fork-lift enggan bekerja ekoran rasa bimbang dengan keselamatan mereka. 130 trak yang membawa kira-kira 4,000 tan metrik makanan WFP sudah dihantar ke Gaza menerusi tempat melintasi sempadan di Kerem Shalom, tapi sebahagiannya tersekat disebabkan faktor keselamatan.[33]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Senior Jihad man, 14 others die in IDF strikes, Ynet, 29-12-2008
  2. 2.0 2.1 2.2 "Hamas: We're using PA arms to battle IDF". The Jerusalem Post. http://fr.jpost.com/servlet/Satellite?cid=1230733174237&pagename=JPost/JPArticle/ShowFull. 
  3. BARZAK, Ibrahim, Josef FEDERMAN. "Israel blasts Hamas targets, diplomacy gains steam", Google, 2009-01-03. Dicapai pada 2009-01-03. 
  4. Religious war in Gaza, ynetnews.com
  5. "ABC News: Israeli Troops Mobilise as Gaza Assault Widens". Abcnews.go.com. http://abcnews.go.com/International/wireStory?id=6536195. Capaian 28 Disember 2008. 
  6. Israel steps up attacks in Gaza; Hamas indicates it's open to a truce. Oleh Sebastian Rotella dan Rushdi abu Alouf. 13 Jan 2009. LA Times
  7. "Hamas rocket team leader killed, Israel says". CNN. 10 Januari 2009. http://edition.cnn.com/2009/WORLD/meast/01/10/israel.gaza/?iref=mpstoryview. 
  8. 8.0 8.1 Urgent push for Gaza ceasefire, BBC
  9. Field up-date on Gaza from the Humanitarian Coordinator. 15 Januari 2009. OCHA oPt PBB
  10. "Rocket slams into Ashdod kindergarten". 6 Jan 2009. Jerusalem Post
  11. Gaza fighting slows as Israel counters Hamas offer. Oleh Nidal al-Mughrabi. 16 Jan 2009. Reuters.
  12. Israeli human rights groups speak out as death toll passes 1,000. 15 Jan 2009. Rory McCarthy di Jerusalem dan Sarah Boseley. The Guardian
  13. סוכנויות הידיעות. "קצין מצרי נהרג מירי אנשי חמאס סמוך למעבר רפיח", nana10.co.il. Dicapai pada 2009-01-01. (Ibrani) 
  14. "Two Egyptian Children, Police Injured in Israeli Air Strike Near Gaza Border", 2009-01-11. 
  15. "Israel airstrikes on Gaza kill at least 225", Khaleej Times, 2008-12-27. Dicapai pada 2009-1-11. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-1-11. 
  16. "it's impossible to contain the Arab and Islamic world after the Gaza massacre" - "Hamas denies firing rockets from Lebanon", Special Broadcasting Service, 2009-1-8. Dicapai pada 2009-1-11. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-1-11. 
  17. "Arab Leaders Call for Palestinian Unity During "Terrible Massacre"", Foxnews.com, 2008-12-31. Dicapai pada 2009-1-7. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-1-7. 
  18. "Gulf leaders tell Israel to stop Gaza "massacres"", Reuters, 2008-12-30. Dicapai pada 2009-1-7. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-1-7. 
  19. "OIC, GCC denounce massacre in Gaza", 2008-12-28. Dicapai pada 2009-1-7. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-1-7. 
  20. "Diplomatic race to stop the Gazza massacre" - "سباق دبلوماسي لوقف مذبحة غزة", 2009-1-5. Dicapai pada 2009-1-11. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-1-11. 
  21. Libya calling the operation a "horrible massacre" - "United Nations Security Council 6060th meeting (Click on the page S/PV.6060 record for transcript)", 2008-12-31. Dicapai pada 2009-1-7. 
  22. "Israel braced for Hamas response", BBC, 2009-1-02. 
  23. "Israel pounds Gaza for fourth day". London, UK: BBC. 2008-12-30. http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7804051.stm. Capaian 2009-01-14. 
  24. "Israel vows war on Hamas in Gaza", BBC, 30 Disember 2008. Dicapai pada 30 Disember 2008. Diarkibkan drpd. yang asli di 30 Disember. 
  25. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bbc7801662 tidak disediakan
  26. Timeline Israeli-Hamas violence since truce ended Ha'aretz, oleh Reuters
  27. At least 205 killed as Israeli pounds Gaza, Alarabiya, 27 Disember 2008
  28. "No let-up in Israeli strikes in Gaza", CNN, 4 Januari 2009. 
  29. China Mahu Israel Segera Berundur Dari Gaza
  30. Indonesia Sedia Hantar Pasukan Pemerhati Ke Gaza
  31. Rahim Bakri Kutuk Tindakan Israel Di Gaza
  32. MERCY Malaysia Hantar Pasukan Kemanusiaan Ke Gaza
  33. WFP Perlu Akses Lebih Bebas Di Gaza