Sri Lumay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sri Lumay ialah raja pertama yang mendirikan Kerajaan Cebu, yang pada masa ini termasuk wilayah Provinsi Cebu di Filipina. Menurut cerita rakyat Visayas, ia berasal dari Sumatera, dan berdarah kacukan Tamil-Melayu.[1] Sri Lumay kemudian menetap di Sugbo, nama lama dari bandar raya Cebu.[2][3] Dia meneroka penempatan yang berhampiran pantai, di antara aliran dua sungai. Dia kemudian berniaga emas, hamba, lilin lebah, musang, kain kapas tradisional, dan mutiara.[4]

Dia mempunyai beberapa keturunan, salah seorang daripadanya ialah Sri Bantug, yang kemudian mempunyai anak lelaki bernama Rajah Humabon, iaitu raja Cebu yang menjumpai penjelajah Sepanyol Ferdinand Magellan.[1]

Salasilah[sunting | sunting sumber]

Menurut tradisi lisan (aginid)[5] rakyat tempatan yang direkodkan oleh orang Sepanyol,[1][4][2][3] nama bapa Sri Lumay ialah Bataugong, ibunya Balintawak, kakak sulungnya Panampawahi, adik lelakinya Sri Barat, dan adik perempuannya Anduki.[4]

Anak sulung Sri Lumay ialah Sri Alho, yang menetap di selatan Sialo (meliputi Valladolid, Carcar, dan Santander).[2] Anaknya yang kedua ialah Sri Ukob, yang menetap di utara Nahalin (meliputi Consolacion, Liloan, Compostela, Danao, Carmen, dan Bantayan).[2][3] Anak bongsunya adalah Sri Binukot, yang menetap di belakang Sugbo di kaki gunung (meliputi Talamban, Pung-ol, Bukid Abukayan dan Sahulsol untuk Kabgan).[4]

Sri Alho kemudian mempunyai anak bernama Sri Bantug, yang mempunyai seorang anak bernama Rajah Humabon.[4]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Saran, Shyam (2018-07-20). Cultural and Civilisational Links between India and Southeast Asia: Historical and Contemporary Dimensions (dalam bahasa Inggeris). Springer. ISBN 9789811073175.
  2. ^ a b c d Barreveld, Dirk (2014-10-06). CEBU - A Tropical Paradise in the Pacific (dalam bahasa Inggeris). Lulu Press, Inc. ISBN 9781312577190.
  3. ^ a b c Montebon, Marivir R. (2000). Retracing Our Roots: A Journey Into Cebu's Precolonial and Colonial Past (dalam bahasa Inggeris). ES Villaver Pub. ISBN 9789719230908.
  4. ^ a b c d e Cortés, Carlos (1998-01-01). Longitude: a novel (dalam bahasa Inggeris). University of the Philippines Press. ISBN 9789715421546.
  5. ^ "The Aginid | Philstar.com". philstar.com. Dicapai pada 2018-09-24.