Orang Tamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
தமிழர்
Orang Tamil
Jumlah penduduk
77,000,000  [1]
Kawasan ramai penduduk
Bendera India India 60,793,814 (2001)[2]
Bendera Sri Lanka Sri Lanka 3,092,676 (2001)[3]
Bendera Malaysia Malaysia 2,100,000 (2007)[4]
Bendera Kanada Kanada 200,000 (2007)[5]
Bendera Singapura Singapura 236,550 (2006)
Bahasa

Tamil

Agama

88% Hindu, 6% Muslim, 5.5% Christian.

Kelompok etnik berkaitan

Dravidians · Telugus  · Kannadigas · Tuluvas  · Malayalis  · Giraavarus[6]  · Sinhalese[7]

Orang Tamil (Bahasa Tamilதமிழர், tamiḻar [?]), adalah sebuah kumpulan etnik yang berasal dari Tamil Nadu, sebuah negeri di India, dan kawasan timur laut Sri Lanka. Etnik Tamil juga boleh didapati di UK, Réunion (Perancis), Kanada, Australia, Afrika Selatan, Mauritius, Singapura dan Malaysia. Semanjak era BCE, aktiviti pembandaran dan perdagangan sepanjang barat dan pantai timur di Kerala dan Tamil Nadu telah mengakibatkan pembangunan empat dinasti Tamil yang terkenal (Chera,Chola, Pandya dan Pallava ) dan beberapa kerajaan kecil. Diantara, kurun ke-3 BCE dan kurun ke-3 CE, Orang Tamil telah menghasilkan kesusasteraan yang terkenal dan dipanggil sebagai Kesusasteraan Sangam.

Taburan Geografi[sunting | sunting sumber]

Tamil India[sunting | sunting sumber]

Hampir keseluruhan orang Tamil India tinggal di Tamil Nadu. Orang Tamil juga merupakan etnik majoriti di Wilayah Kesatuan Puducherry, bekas koloni Perancis tetapi kini di bawah pemerintahan India. Selain itu satu perenam penduduk Kepulauan Andaman dan Nicobar adalah etnik Tamil. Orang Tamil juga boleh didapati di bahagian-bahagian lain India seperti di negeri Karnataka (2.9juta), Maharashtra (1.4 juta), Andhra Pradesh (1.2 juta), Kerala (0.6 juta) dan Delhi (0.1 juta)[8]

Orang Tamil Sri Langka[sunting | sunting sumber]

Orang Tamil di Sri Langka boleh dibahagi kepada dua iaitu Tamil Sri Langka dan Orang Tamil dari India. Kebanyakan orang Tamil Sri Langka tinggal di utara dan timur Sri Langka serta di Bandaraya Colombo.

Diaspora Tamil[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga: Diaspora Tamil

Diaspora Tamil adalah kumpulan demografi orang Tamil India atau Sri Lanka yang telah menetap di bahagian-bahagian lain di dunia. Populasi diaspora Tamil boleh didapati di Malaysia, Singapura, Indonesia, Tebing Barat , Réunion, Afrika Selatan, Mauritius, Seychelles, Fiji, Guyana, Burma, Trinidad and Tobago, Perancis, Europe, Australia, kanada dan Amerika Syarikat. Semanjak kurun ke-18, Orang Tamil dibawa hijrah ke Empayar British lain sebagai buruh kasar dan pegawai kerajaan. Selain itu, ahli perniaga Tamil juga berhijrah ke Afrika Timur dan Myanmar. Rakyat Tamil di Singapura dianggap etnik tamil yang paling berjaya. Salah satu contoh ialah kejayaan menjadikan Bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi negara tersebut walaupun hanya 4.2% rakyat Singapura fasih berbahasa Tamil. Kini, banyak golongan profersional etnik Tamil, khususnya pakar IT telah berhijrah ke Eropah dan Amerika Syarikat

Budaya[sunting | sunting sumber]

Bahasa dan Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Orang Tamil mempunyai perasaan yang kuat terhadap bahasa Tamil, yang sering dihormati dalam kesusasteraan sebagai "Tamil̲an̲n̲ai", "ibu Tamil". Seperti bahasa-bahasa India selatan lain, Bahasa Tamil berasal dari keluarga Bahasa Dravidia, yang tidak berkaitan dengan bahasa-bahasa Indo-Eropah utara India. Bahasa Tamil juga bebas dari pengaruh Sanskrit dan banyak mengekalkan ciri-ciri Proto-Dravidia. Tetapi Bahasa Tamil yang digunakan pada masa moden ini banyak mengunakan kata pinjaman dari Bahasa Inggeris dan Sanskrit. Kesusasteraan Tamil dianggap unik dan diiktiraf sebagai bahasa klasik oleh kerajaan India.

Seni tampak dan seni bina[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan seni klasik Orang Tamil bertemakan keagamaan dan biasanya berpusat kepada agama Hindu, walaupun unsur agama adalah selalunya hanya satu cara untuk mewakili universal dan sekali-sekala kemanusiaan. Lukisan Tanjore adalah bentuk lukisan Tamil yang sangat penting dan ia dilahirkan di Thanjavur semasa kurun ke-9. Arca Tamil terdiri daripada ukiran batu yang elegan di kuil ke ikon gangsa dengan perincian yang indah. Gangsa dari zaman pertengahan Chola dianggap salh satu sumbangan yang terbesar kepada seni dunia.

Agama[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 88% rakyat Tamil Nadu beragama Hindu. Agama Kristian dan Islam masing-masing mencatakan 6% dan 5.5%.

Notakaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Top 30 Languages by Number of Native Speakers: sourced from Ethnologue: Languages of the World, 15th ed. (2005)". Vistawide - World Languages & Cultures. Diperoleh pada 2007-04-03. 
  2. "Indian Census - Abstract of Strength of Mother Tongues". Indian Census, 2001. Diperoleh pada 2008-01-07. 
  3. "Brief Analysis of Population and Housing Characteristics" (PDF). Sri Lanka census of population and housing 2001. Diperoleh pada 2008-01-07. 
  4. "Ethnologue report for language code tam". Ethnologue: Languages of the World. Diperoleh pada 2007-07-31. 
  5. "Tamils:Population in Canada (2007)" (html). Ryerson University. Diperoleh pada 2008-02-19. 
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan maloney tidak disediakan
  7. Kshatriya, G.K. (1995). "Genetic affinities of Sri Lankan populations". Human Biology (American Association of Anthropological Genetics) 67 (6): 843–66. PMID 8543296. 
  8. http://www.censusindia.gov.in/Census_Data_2001/Census_Data_Online/Language/Statement3.htm www.censusindia.gov.in/Census_Data_2001/Census_Data_Online/Language/Statement3.htm

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bowers, F. (1956). Theatre in the East - A Survey of Asian Dance and Drama. New York: Grove Press.
  • Casson, L. (1989). The Periplus Maris Erythraei: Text with Introduction, Translation and Commentary. Princeton, Princeton University Press. ISBN 0-691-04060-5.
  • Chaitanya, Krishna (1971). A history of Malayalam literature. New Delhi: Orient Longman. ISBN 81-250-0488-2.
  • Coomaraswamy, A.K. (1946). Figures of Speech or Figures of Thought. London: Luzac & Co.
  • Gadgil, M. & Joshi, N.V. & Shambu Prasad, U.V. & Manoharan, S. & Patil, S. (1997). "Peopling of India." In D. Balasubramanian and N. Appaji Rao (eds.), The Indian Human Heritage, pp.100–129. Hyderabad: Universities Press. ISBN 81-7371-128-3.
  • Hart, G.L. (1975). The Poems of Ancient Tamil: Their Milieu and their Sanskrit Counterparts. Berkeley: University of California Press. ISBN 0-520-02672-1.
  • Hart, G.L. (1979). "The Nature of Tamil Devotion." In M.M. Deshpande and P.E. Hook (eds.), Aryan and Non-Aryan in India, pp. 11–33. Michigan: Ann Arbor. ISBN 0-89148-014-5.
  • Hart, G.L. (1987). "Early Evidence for Caste in South India." In P. Hockings (ed.), Dimensions of Social Life: Essays in honor of David B. Mandelbaum. Berlin: Mouton Gruyter.
  • Mahadevan, Iravatham (2003). Early Tamil Epigraphy from the Earliest Times to the Sixth Century A.D. Cambridge, Harvard University Press. ISBN 0-674-01227-5.
  • Parpola, Asko (1974). "On the protohistory of the Indian languages in the light of archaeological, linguistic and religious evidence: An attempt at integration." In van Lohuizen, J.E. de Leeuw & Ubaghs, J.M.M. (eds.), South Asian Archaeology 1973, pp. 90–100. Leiden: E.J. Brill.
  • Parpola, Asko (2003). Deciphering the Indus script (2nd ed.). Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-79566-4.
  • Pillai, Suresh B. (1976). Introduction to the study of temple art. Thanjavur: Equator and Meridian.
  • Ramaswamy, Sumathi (1998). Passions of the Tongue: language devotion in Tamil India 1891–1970. Delhi: Munshiram. ISBN 81-215-0851-7.
  • Sastri, K.S. Ramaswamy (2002). The Tamils: The People, Their History and Culture, Vol. 1: An Introduction to Tamil History and Society. New Delhi: Cosmo Publications. ISBN 81-7755-406-9.
  • Sharma, Manorama (2004). Folk India: A Comprehensive Study of Indian Folk Music and Culture, Vol. 11: Tamil Nadu and Kerala. New Delhi: Sundeep Prakashan. ISBN 81-7574-141-4.
  • Sivaram, Rama (1994). Early Chola Art: Origin and Emergence of Style. New Delhi: Navrang. ISBN 81-7013-079-4.
  • Subramanian, T.S. (17 February 2005). "`Rudimentary Tamil-Brahmi script' unearthed at Adichanallur". The Hindu. 
  • Suryanarayan, V. (2001). "In search of a new identity", Frontline 18(2).
  • Swaminatha Iyer, S.S. (1910). A Brief History of the Tamil Country, Part 1: The Cholas. Tanjore: G.S. Maniya.
  • Varadpande, M.L. (1992). Loka Ranga: Panorama of Indian Folk Theatre. New Delhi: Abhinav Publications. ISBN 81-7017-278-0.
  • Wells, Spencer (2002). The Journey of Man: A Genetic Odyssey. Princeton University Press.
  • Zvebil, K. (1974). The Smile of Murugan: On Tamil Literature of South India. Leiden: Brill. ISBN 90-04-03591-5.
  • Indrapala, K (2007). The evolution of an ethnic identity: The Tamils of Sri Lanka. Colombo:Vijitha Yapa. ISBN 978-955-1266-72-1.

Data populasi[sunting | sunting sumber]

Semua data populasi telah diambil dari Ethnologue, dengan pengecualian data bagi Sri Lanka, yang diambil dari laman web "CIA World Factbook's Sri Lanka" .

Pautan luar[sunting | sunting sumber]