Stesen keretapi Dabong
| Dabong | |
|---|---|
| Statistik stesen | |
| Alamat | Dabong, Kelantan, Malaysia |
| Laluan | KTM Antarabandar |
| Platform | 1 platform tepi |
| Landasan | 1 |
| Tempat letak kereta | Percuma |
| Maklumat lain | |
| Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu |
Stesen keretapi Dabong ialah sebuah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Dabong, Kelantan, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar.
Terowong kereta api [sunting]
6 buah terowong telah dibina bagi landasan kereta api antara Stesen keretapi Dabong dengan Stesen keretapi Kuala Krai. Terowong kereta api ini dibina pada zaman British menjajah Malaysia lagi. Dalam terowong ini hanya terdapat 1 landasan kereta api sahaja. Oleh itu, kereta api tidak boleh berselisih dalam satu masa. Bagi mengelakkan perlanggaran, kereta api tempatan akan berhenti lama ( 30 minit hingga 1 jam) di Stesen keretapi Kemubu atau Stesen keretapi Limau Kasturi. Ini kerana di sini terdapat dua landasan kereta api. Di sepanjang landasan antara Stesen keretapi Gemas dengan Stesen keretapi Tumpat, ada yang dibina dua landasan dan satu landasan sahaja.
Gangguan akan berlaku jika banjir di Sungai Galas dan Sungai Kelantan berhampiran Stesen keretapi Kuala Krai. Contohnya banjir pada 22-25 November 2009. Tebingan sungai berhadapan dengan masalah banjir pada musim tengkujuh kerana sungai ini tidak cukup lebar, berkelok-kelok , sampah terperangkap dan limpahan air hujan yang banyak. Pihak KTM terpaksa memperbaiki dan memperkemas landasan kereta api dengan batu kelikir dan cerucuk besi.
| Stesen sebelumnya | Laluan | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Kuala Krai | Aliran Pantai Timur | Gua Musang | ||
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |