Stesen keretapi Wakaf Bharu
| Wakaf Bharu واقف بهارو Stesen KTM Antarabandar |
|
|---|---|
| Statistik stesen | |
| Alamat | Wakaf Bharu, Kelantan, Malaysia. |
| Koordinat | 6°7′6.3″U 102°12′2.5″T / 6.118417°U 102.200694°T |
| Laluan | Aliran Pantai Timur (KTM Antarabandar) |
| Platform | 1 |
| Landasan | 2 (Laluan kedua dijadikan tempat perselisihan) |
| Tempat letak kereta | Percuma |
| Maklumat lain | |
| Dibina semula | 2008 (Berpindah ke stesen baru 2009) |
| Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu |
Stesen keretapi Wakaf Bharu merupakan sebuah stesen KTM Antarabandar di Wakaf Bharu, Kelantan. Stesen ini merupakan stesen kereta api yang paling hampir dengan ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu melalui
Laluan Persekutuan Malaysia 134. Kota Bharu tidak mempunyai stesen kereta api. Penduduk Kota Bharu yang hendak ke Gemas, Kuala Lumpur dan Singapura, akan menggunakan Stesen keretapi Wakaf Bharu atau Stesen keretapi Tumpat.
Stesen keretapi Wakaf Bharu ini merupakan stesen ke-2 di Aliran Pantai Timur selepas Stesen keretapi Tumpat.
| Stesen sebelumnya | Laluan | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Tumpat | Aliran Pantai Timur | Pasir Mas | ||
[sunting] Persimpangan jalan raya dan kereta api
Di Wakaf Bharu, kesesakan selalu terjadi di persimpangan jalan raya dan landasan kereta api. Mereka terpaksa menunggu selama 15 hingga 30 minit bagi memberi laluan kepadam kereta api yang melntasi. Banyak persimpangan jalan raya dan kereta api di Kelantan belum dibina jambatan khas untuk jalan raya atau khas untuk kereta api sahaja.
[sunting] Terkandas akibat banjir
Pada 25 November 2009, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas di Stesen Keretapi Wakaf Bharu dan Stesen keretapi Gua Musang . Ini kerana perkhidmatan Tren Ekspres Wau dan Tren Timuran tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan banjir berhampiran laluan kereta api Kuala Krai, Kelantan. Harian Metro melaporkan ratusan penumpang terkandas sehingga landasan tersebut selesai diperbaiki. Jambatan kereta api berhampiran Sungai Kelantan melimpah lebih 20 10 meter. Batu kelikir ditimbun semula dan diperkemas agar kereta api tidak tergelincir.