KTM Antarabandar
KTM Antarabandar (Bahasa Inggeris: KTM Intercity) merujuk kepada perkhidmatan kereta api antara bandar berkuasa diesel di Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Negara Thai dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kebanyakan perkhidmatan beroperasi dari stesen Kuala Lumpur Sentral di Kuala Lumpur. Namun terdapat beberapa perkhidmatan yang hanya beroperasi di landasan Pantai Timur antara Tumpat dengan Gemas dan terus ke Singapura. Terdapat juga satu perkhidmatan kereta api merentas sempadan antara Butterworth dengan Bangkok, Thailand.
KTM Antarabandar telah lama menikmati kejayaan sederhana, namun bertambah persaingannya dengan pengangkutan jalan raya dan pengangkutan udara atas penambahan bilangan lebuh raya dan penerbangan murah menawarkan masa perjalanan yang lebih singkat. Pada tahun 2006, KTM Antarabandar mendapat untung sebanyak RM70.94 juta sebagai hasil kumpulan, kekal sekitar RM 65 juta sejak 2001.[1]
Isi kandungan |
Perkhidmatan setempat dan ekspres [sunting]
Terdapat dua jenis perkhidmatan KTM Antarabandar: ekspres dan kereta api mel. Kereta api mel secara umumnya juga dirujuk sebagai kereta api tempatan atau tren lokal. Semua kereta api penumpang pada landasan Pantai Barat merupakan kereta api ekspres - kecuali satu perkhidmatan kereta api tempatan antara Singapura dan Gemas - yang hanya berhenti pada stesen-stesen utama. Landasan Pantai Timur masih ada kereta api mel yang berhenti pada semua stesen dan perhentian.
KTM pernah mengoperasikan satu perkhidmatan shuttle antara Johor Bahru dan Singapura untuk memberi manfaat mereka yang bekerja di negara bandar ini, namun perkhidmatan ini telah ditamatkan pada 15 April 2006. Ini disebabkan oleh projek pembaharuan landasan antara Seremban dan Singapura. Kini perkhidmatan shuttle dilarikan antara Ipoh dan Sentral KL serta Tumpat dan Kemubu.
Pada 1 Julai 2011,berikutan penamatan operasi KTM di Stesen Keretapi Tanjung Pagar di Singapura,perjalanan KTM Antarabandar ke selatan tanah air berakhir di terminal Woodlands di Woodlands,Singapura yang hanya terletak kira-kira 2 kilometer dari Johor Bahru.
Perkhidmatan yang beroperasi [sunting]
Berikut merupakan perkhidmatan yang disediakan setakat pada 23 Februari 2009:
| No. kereta api | Nama kereta api | Perjalanan | Kekerapan | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 01 | Ekspres Rakyat | Butterworth - Singapura | Harian | Kereta bufet disediakan. |
| 02 | Ekspres Rakyat | Singapura - Butterworth | Harian | Kereta bufet disediakan. |
| 03 | Ekspres Sinaran | Butterworth - Sentral Kuala Lumpur | Sabtu dan Ahad | |
| 04 | Ekspres Sinaran | Sentral Kuala Lumpur - Butterworth | Sabtu dan Ahad | |
| 05 | Ekspres Sinaran Pagi | Sentral Kuala Lumpur - Singapura | Harian | |
| 06 | Ekspres Sinaran Petang | Singapura - Sentral Kuala Lumpur | Harian | |
| 07 | Ekspres Langkawi | Hat Yai - Sentral Kuala Lumpur - Gemas | Harian | Tidak memasuki Stesen Butterworth |
| 08 | Ekspres Langkawi | Gemas - Sentral Kuala Lumpur - Hat Yai | Harian | Tidak memasuki Stesen Butterworth |
| 11 | Ekspres Senandung Malam | Sentral Kuala Lumpur - Singapura | Harian | Kereta api bermalam. Kereta berbilik tidur disediakan. |
| 12 | Ekspres Senandung Malam | Singapura - Sentral Kuala Lumpur | Harian | Kereta api bermalam. Kereta berbilik tidur disediakan. |
| 14 | Ekspres Timuran | Singapura - Tumpat | Harian | Kereta api bermalam. Kereta bufet dan kereta berbilik tidur disediakan. |
| 15 | Ekspres Timuran | Tumpat - Singapura | Harian | Kereta api bermalam. Kereta bufet dan kereta berbilik tidur disediakan. |
| 16 | Ekspres Wau | Sentral Kuala Lumpur - Gemas - Tumpat | Harian | Kereta api bermalam. Kereta berbilik tidur disediakan. |
| 17 | Ekspres Wau | Tumpat - Gemas - Sentral Kuala Lumpur | Harian | Kereta api bermalam. Kereta berbilik tidur disediakan. |
| 26 | Lambaian Timur | Singapura - Gua Musang | Harian | Perkhidmatan kereta api tempatan berhenti pada semua stesen dan perhentian |
| 27 | Lambaian Timur | Gua Musang - Singapura | Harian | Perkhidmatan kereta api tempatan berhenti pada semua stesen dan perhentian |
| 28 | Kembara | Singapura - Gemas | Harian | Perkhidmatan kereta api tempatan berhenti pada semua stesen dan perhentian. Perkhidmatan ini berhenti buat sementara sejak 1 Februari 2009 |
| 29 | Kembara | Gemas - Singapura | Harian | Perkhidmatan kereta api tempatan berhenti pada semua stesen dan perhentian. Perkhidmatan ini berhenti buat sementara sejak 1 Februari 2009 |
| 35 | International Express (Ekspres Antarabangsa) | Bangkok - Butterworth | Harian | Kereta api bermalam. Kereta berbilik tidur disediakan. |
| 36 | International Express (Ekspres Antarabangsa) | Butterworth - Bangkok | Harian | Kereta api bermalam. Kereta berbilik tidur disediakan. |
| 51 | IPOH-KLS | Ipoh - Sentral Kuala Lumpur | Isnin hingga Jumaat | |
| 52 | KLS-IPOH | Sentral Kuala Lumpur - Ipoh | Isnin hingga Jumaat | |
| 53 | IPOH-KLS | Ipoh - Sentral Kuala Lumpur | Harian | Mula berkhidmat pada Sabtu dan Ahad sejak 24 Januari 2008 |
| 54 | KLS-IPOH | Sentral Kuala Lumpur - Ipoh | Harian | Mula berkhidmat pada Sabtu dan Ahad sejak 24 Januari 2008 |
| 55 | IPOH-KLS | Ipoh - Sentral Kuala Lumpur | Harian | Mula berkhidmat pada Sabtu dan Ahad sejak 24 Januari 2008 |
| 56 | KLS-IPOH | Sentral Kuala Lumpur - Ipoh | Harian | Mula berkhidmat pada Sabtu dan Ahad sejak 24 Januari 2008 |
| 57 | IPOH-KLS | Ipoh - Sentral Kuala Lumpur | Harian | Mula berkhidmat pada Sabtu dan Ahad sejak 24 Januari 2008 |
| 58 | KLS-IPOH | Sentral Kuala Lumpur - Ipoh | Harian | Mula berkhidmat pada Sabtu dan Ahad sejak 24 Januari 2008 |
| 59 | IPOH-KLS | Ipoh - Sentral Kuala Lumpur | Harian | Mula berkhidmat pada Sabtu dan Ahad sejak 24 Januari 2008 |
| 60 | KLS-IPOH | Sentral Kuala Lumpur - Ipoh | Harian | Mula berkhidmat pada Sabtu dan Ahad sejak 24 Januari 2008 |
| 62 | Shuttle Tebrau | Singapura - Kluang | Harian | |
| 63 | Shuttle Tebrau | Kluang - Singapura | Harian | |
| 64 | Shuttle Tebrau | Singapura - Kluang | Harian | |
| 65 | Shuttle Tebrau | Kluang - Singapura | Harian | |
| 70 | Shuttle Seremban-KLO | Seremban - Kuala Lumpur (stesen lama) | Isnin hingga Jumaat | |
| 71 | Shuttle KLO-Seremban | Kuala Lumpur (stesen lama) - Seremban | Isnin hingga Jumaat | |
| 72 | Shuttle Seremban-KLO | Seremban - Kuala Lumpur (stesen lama) | Isnin hingga Jumaat | |
| 73 | Shuttle KLO-Seremban | Kuala Lumpur (stesen lama) - Seremban | Isnin hingga Jumaat | |
| 74 | Shuttle Seremban-KLO | Seremban - Kuala Lumpur (stesen lama) | Isnin hingga Jumaat | |
| 75 | Shuttle KLO-Seremban | Kuala Lumpur (stesen lama) - Seremban | Isnin hingga Jumaat | |
| 76 | Shuttle Seremban-KLO | Seremban - Kuala Lumpur (stesen lama) | Isnin hingga Jumaat | |
| 77 | Shuttle KLO-Seremban | Kuala Lumpur (stesen lama) - Seremban | Isnin hingga Jumaat | |
| 78 | Shuttle Seremban-KLO | Seremban - Kuala Lumpur (stesen lama) | Isnin hingga Jumaat | |
| 81 | Tumpat - Gua Musang | Harian | ||
| 82 | Gua Musang - Tumpat | Harian | ||
| 83 | Tumpat - Gua Musang | Harian | ||
| 84 | Gua Musang - Tumpat | Harian | ||
| 91 | Tumpat - Kuala Lipis | Harian | ||
| 92 | Gemas - Gua Musang | Harian | ||
| 93 | Kuala Lipis - Gemas | Harian | ||
| 94 | Gua Musang - Tumpat | Harian | ||
| 1003 | Ekspres Khas Utara | Butterworth - Sentral Kuala Lumpur | Jumaat, Sabtu, dan Ahad | |
| 1004 | Ekspres Khas Utara | Sentral Kuala Lumpur - Butterworth | Jumaat, Sabtu, dan Ahad |
Senarai stesen KTM Antarabandar [sunting]
Berikut merupakan senarai stesen KTM Antarabandar.
Laluan Utara-Selatan [sunting]
Laluan Pantai Timur [sunting]
| Nama stesen | Bandar lokasi stesen | Tarikan utama | Nota |
|---|---|---|---|
| Stesen keretapi Gemas | Gemas, Negeri Sembilan | Pertukaran dengan Laluan Utara-Selatan Antarabandar | |
| Stesen keretapi Bahau | Bahau, Negeri Sembilan | ||
| Stesen keretapi Teriang | Teriang, Pahang | ||
| Stesen keretapi Bahau | Bahau, Pahang | ||
| Stesen keretapi Mentakab | Mentakab, Pahang | ||
| Stesen keretapi Jerantut | Jerantut, Pahang | ||
| Stesen keretapi Kuala Lipis | Kuala Lipis, Pahang | ||
| Stesen keretapi Gua Musang | Gua Musang, Kelantan | ||
| Stesen keretapi Dabong | Dabong, Kelantan | ||
| Stesen keretapi Kuala Krai | Kuala Krai, Kelantan | ||
| Stesen keretapi Tanah Merah | Tanah Merah, Kelantan | ||
| Stesen keretapi Pasir Mas | Pasir Mas, Kelantan | Pertukaran dengan Laluan Rantau Panjang Antarabandar | |
| Stesen keretapi Wakaf Bharu | Kota Bharu, Kelantan | ||
| Stesen keretapi Tumpat | Tumpat, Kelantan |
Laluan Rantau Panjang [sunting]
| Nama stesen | Bandar lokasi stesen | Tarikan utama | Nota |
|---|---|---|---|
| Stesen keretapi Pasir Mas | Pasir Mas, Kelantan | Pertukaran dengan Laluan Pantai Timur Antarabandar | |
| Stesen keretapi Rantau Panjang | Rantau Panjang, Kelantan | ||
| (Bersambung ke Thai Railway) | |||
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Darshini M. Nathan. "Back on track: KTMB upgrades to be competitive", Bizweek, The Star, 6 Oktober 2007. Dicapai pada 18 November 2008.