Sunan Al-Tirmizi
|
أهل السنة والجماعة |
|
|---|---|
| Mazhab |
|
| Teologi |
|
| Cabang |
|
| Lima rukun |
|
| Khulafa al-Rasyidin |
|
| Pengumpulan hadis |
|
|
Sahih Bukhari |
|
Jami' at-Tirmidhi (Bahasa Arab: جامع الترمذي, Jāmi` at-Tirmidhī), juga dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi (Bahasa Arab: سُـنَن الترمذي, Sunan al-Tirmidhī), ialah satu daripada enam kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah. Ia dihimpunkan oleh Abu Isa Muhammad ibn Isa al-Tirmizi.
Isi kandungan |
Tajuk kitab [sunting]
Al-Kattani berkata: "Jami al-Tirmizi juga dikenali sebagai Sunan; himpunan ini bukan dua kitab berlainan, dan juga [dikenali sebagai] Al-Jami al-Kabir."[1]
Pujian [sunting]
Al-Hafiz Abu'l-Fadl Al-Maqdisi berkata, 'Aku dengar daripada al-Imam Abu Ismail Abdullah bin Muhammad Al-Ansari di Harrah — apabila Abu Isa al-Tirmizi dan kitabnya di bicarakan di hadapannya — berkata: "Bagiku kitab ini lebih berguna daripada kitab-kitab Bukhari dan Muslim. Ini kerana hanya seorang pakar mampu memdapat manfaat daripada kitab al-Bukhari dan kitab Muslim, sementara setiap orang mampu meraih manfaat daripada kita Abu Isa".'[2]
Ibn Al-Athir berkata: '(Ia) adalah kitab yang terbaik, memiliki manfaat yang paling banyak, aturannya terbaik, dengan perulangan yang paling kurang. Ia mengandungi apa yang tiada pada kitab-kitab lain; seperti penyataan pendapat mazhab berlainan, sudut-sudut penghujahan, dan menerangkan sama ada kedudukan hadis, sama ada Sahih, Gharib, atau Da'if, dan juga catatan yang baik atau buruk (berkaitan perawi).'
Ketulenan [sunting]
Orang Islam Sunni menganggap himpunan ini sebagai kelima 'kekutannya' dalam Al-Kutub.[3]
Jenis hadis mengikut ketulenan [sunting]
Daripada empat kitab Sunan, hanya kitab Imam al-Tirmizi yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama, yang dimuatkan hadis Sahih beliau bersetuju dengan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Bahagian kedua pula mematuhi piawai dua orang sarjana hadis, Imam Abu Daud, dan Imam Nasa'i. Imam al-Tirmizi menggunakan piawai kedua-dua sarjana ini —piawai ini kurang sedikit daripada piawai Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
Ketiga ialah himpunan hadis yang mempunyai percanggahan; dalam kes ini beliau menerangkan kelemahan hadis. Dan bahagian keempat, hadis-hadis yang telah digunkan oleh pakar fiqah.[4]
Ulasan [sunting]
(Inggeris)
- Aridhat al-Ahwathi bi Sharh Sunan al-Tirmidhi written Ibn al-Arabi d. 543H (1148-49 CE)
- Sharh Jaami' al-Tirmidhi of which only the last portion of remains - Sharh 'Ilal at-Tirmidhi - by Ibn Rajab
- Commentary on al-Tirmidhi's Hadith Collection by al-Zayn al-Iraqi
- Footnotes, including explanation and verification, of approximately the first third of the Sunan by Ahmad Muhammad Shakir
- al-`Urf al Shadhi Sharh Sunan Al-Tirmidhi by Anwar Shah Kashmiri
- Tuhfat Al-Ahwadhi Bi Sharh Jami` Al-Tirmidhi by 'Abd al-Rahman al-Mubarkafuri, ed. 'Abd al-Rahman Muhammad 'Uthman, 10 vols., Beirut
.
| Wikisource mempunyai teks asal berkaitan dengan rencana ini: Sunan al-Tirmidhi |
Rujukan [sunting]
- ↑ Al-Risalah al-Mustatrafah, pg. 11.
- ↑ Shurut al-A'immah al-Sittah, by al-Maqdisi, pg. 101.
- ↑ Haddad, G. F. "Various Issues About Hadiths". http://www.abc.se/~m9783/n/vih_e.html.
- ↑ Shurut al-A'immah al-Sittah, by al-Maqdisi, pg. 92.
Pautan luar [sunting]
- English Translation of Sunan Al Tirmidhi - View and Search
- English Translation of Sunan Al Tirmidhi - View and Search