Sungai Aris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Aris
Sungei Aris, Sg. Aris
Sungai Aris is located in Bumi
Sungai Aris
Sungai Aris (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jantan Telaga
 • lokasikira-kira 4.5 kilometer ke arah timur dari Rumah Banyan (Nanga Kua), Daerah Selangau
 • ketinggian60–100 meter (196.9–328.1 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Rumah Jabat, Daerah Selangau
 • koordinat
2°27′45″N 112°19′08″E / 2.46239°N 112.31882°E / 2.46239; 112.31882Koordinat: 2°27′45″N 112°19′08″E / 2.46239°N 112.31882°E / 2.46239; 112.31882
 • ketinggian
25–30 meter (82.0–98.4 ka)
Panjang5.65 kilometer (3.5 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Aris (Jawi: سوڠاي اريس; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Aris) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Aris merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Aris yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Aris didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970, dengan nama. Lokasi koordinat Sungai Aris yang telah direkodkan terletak di 2°29′N 112°19′E / 2.483°N 112.317°E / 2.483; 112.317 (Sungai Aris).[5][6] Sungai Aris dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1782716.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Punca bagi Sungai Aris terdapat di kawasan perhutanan dara di Bukit Jantan Telaga (juga dikenali sebagai Bukit Jatan Telaga), kira-kira 4.5 kilometer ke arah timur laut dari Rumah Banyan di Daerah Selangau, Sarawak. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Aris ialah di antara 80–120 meter (262.5–393.7 ka) dari paras laut. Sungai Aris bakal menelusuri kawasan hutan dipterokarpa pamah. Aliran sungai kebanyakanya mengalir ke arah barat laut untuk bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamatnya. Penamat bagi Sungai Aris ini terletak pekarangan Rumah Jabat di ketinggian antara 25–30 meter (82.0–98.4 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Aris mengalir sepanjang kira-kira 5.65 kilometer (3.5 bt) dari hulu ke hilir sungai.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Aris merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Sungai ini terletak di antara Sungai Metah dan Sungai Lebai.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Aris.[7] Kawasan lembah Sungai Aris dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Aris termasuk Rumah Jabat dan Rumah Mambang.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Metah, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Lebai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Aris, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.