Sungai Bayan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Bayan
Sungei Bayan, Sg. Bayan
Sungai Bayam, Sungei Bayam
Sungai Bayan is located in Bumi
Sungai Bayan
Sungai Bayan (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 730 meter ke barat laut dari Rumah Nyami, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
kira-kira satu kilometer ke barat-barat laut dari Rumah Nyami, Daerah Selangau
 • koordinat
2°29′36″N 112°21′31″E / 2.49337°N 112.3586°E / 2.49337; 112.3586Koordinat: 2°29′36″N 112°21′31″E / 2.49337°N 112.3586°E / 2.49337; 112.3586
 • ketinggian
di antara 20 dan 30 meter (65.6 dan 98.4 ka)
Panjang0.65 kilometer (0.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Peta topografiJUPEM Selangau (DNMM5201/MY512A)

Sungai Bayan (Jawi: سوڠاي باين) atau Sungai Bayam (Jawi: سوڠاي بايم) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Bayan merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Bayan yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][5] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[3] Dalam peta topografi siri T735 juga, Sungai Bayan direkodkan dengan nama lain iaitu Sungai Bayam.[3] Sungai Bayan dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1780517.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Bayan berpunca di kawasan perhutanan sekunder yang berbukit di dalam Hutan Simpan Selangau di Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Bayan terletak di Bukit Karah, kira-kira 730 kilometer ke arah barat laut dari Rumah Nyami. Sungai ini mengalir ke arah selatan dahulu dalam beberapa meter dan membengkok ke barat daya untuk mendekati muaranya di Sungai Selangau. Sungai ini akan bercamtum dengan Sungai Selangau, iaitu anak sungai kepada Batang Mukah sebagai penamat Sungai Bayan. Muara bagi Sungai Bayan terletak satu kilometer ke arah barat-barat laut dari Rumah Nyami, Daerah Selangau.[1][2]

Sungai Bayan mengalir sepanjang kira-kira 0.65 kilometer (0.4 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Bayan terletak di ketinggian di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka) dari atas paras laut tidak jauh daripada puncak bagi Bukit Karah manakala muara sungai bagi Sungai Bayan pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 30 meter (65.6 dan 98.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Bayan merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu. Sungai Bayan juga merupakan anak sungai kepada Sungai Selangau yang mengalir ke Batang Mukah.[3][4] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Sakup dan Sungai Pangan.[2][5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Bayan.[6] Kawasan lembah Sungai Bayan dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][6] Kawasan petempatan manusia yang berekatan dengan Sungai Bayan ialah Rumah Nyami, Rumah Nyaling, dan Rumah Antalai.[1][2][3]

Anak sungai[sunting | sunting sumber]

Dalam peta topografi siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), tiada sungai yang didapati bermuara di Sungai Bayan.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Sakup, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Pangan, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b c d e Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  4. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b c d "Sungai Bayan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.