Sungai Bunut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Bunut
Anak sungai kepada Batang Oya
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianMukah
DaerahDalat
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 4.6 km (2.9 bt) ke barat laut dari Kampung Tanam Seberang
 • koordinat2°45′55″N 111°53′22″E / 2.765301°N 111.889525°E / 2.765301; 111.889525
 • ketinggiankira-kira 0–10 m (0–33 ka)
MuaraBatang Oya 
 • lokasi
kira-kira 0.9 km (0.6 bt) ke selatan dari Kampung Balan Hulu
 • koordinat
2°47′26″N 111°55′05″E / 2.79052°N 111.91813°E / 2.79052; 111.91813Koordinat: 2°47′26″N 111°55′05″E / 2.79052°N 111.91813°E / 2.79052; 111.91813
 • ketinggian
kira-kira 0–10 m (0–33 ka)
Panjang4.3 km (2.7 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiBatang Oya
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Oya → Laut China Selatan
Sistem sungaiOya[3]
Peta topografiJUPEM Kampung Masjid (DNMM5201)

Sungai Bunut (Jawi: سوڠاي بونوت) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Bunut merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Dalat dalam Bahagian Mukah. Sungai Bunut juga merupakan anak sungai kepada Batang Oya (Sungai Oya) dalam Bahagian Mukah.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Toponim Sungai Bunut pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Bunut".[3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Bunut dalam GeoNames ialah 1751337.[4] Sungai Bunut juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Bunut.[4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Bunut berpunca di sekitar kawasan perladangan sagu di dalam Daerah Dalat, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 4.6 km (2.9 bt) ke arah barat laut dari kawasan Kampung Tanam Seberang. Ketinggian di punca bagi Sungai Bunut ialah di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut. Pergerakkan Sungai Bunut pada umumnya akan menuju ke bahagian timur laut untuk bercamtum dengan Batang Oya sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 0.9 km (0.6 bt) ke arah selatan dari Kampung Balan Hulu, Sarawak di ketinggian di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Kuala Sungai Bunut terletak bertentangan dengan Tanjung Lipih. Panjang keseluruhan Sungai Bunut dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Oya ialah kira-kira 4.3 km (2.7 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Bunut merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Oya yang terletak di dalam Bahagian Mukah.[3] Kedudukan sungai ini dalam Batang Oya terletak di antara Sungai Betai dan Sungai Lotie.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Bunut.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Bunut dilitupi dengan kawasan perhutanan, pertanian dan padang rumput.[5][6] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Bunut tetapi Kampung Tanam Seberang, Kampung Balan Hulu, Kampung Balan Seberang, dan Kampung Tanam merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Pekan yang terletak berhampiran dengan Sungai Bunut ialah Dalat, yang terletak di bahagian tenggara dari sungai ini.[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Betai, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Lotie, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Kampung Masjid (170). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Bunut, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.