Dalat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dalat

Daerah di Sarawak
Dalat yang terletak di Malaysia
Dalat
Kedudukan Dalat di Malaysia
Koordinat: 2°44′20″U 111°56′19″T / 2.73889°U 111.93861°T / 2.73889; 111.93861
Pejabat Daerah Dalat
Majlis Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM)
Kawasan[1]
 • Jumlah 905.29 km2 (349.53 sq mi)
Populasi (2010[2])
 • Jumlah 18,800
 • Kepadatan 21/km2 (54/sq mi)
Pegawai Daerah Yussibnosh Balo
Daerah Kecil Oya
Pekan Dalat, Oya & Sungai Kut
Poskod 96300

Dalat merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tepi Batang Oya. Dalat adalah pusat pentadbiran bagi daerah Dalat. Dalat terletak di dalam bahagian Mukah, Sarawak. Daerah Dalat meliputi kawasan dari Kg. Penat ke Oya, dan dari Muara Sg. Kut ke Ulu Baoh. Terdapat 3 pekan, 23 buah kampung dan 22 rumah panjang di bawah pentadbiran daerah ini[3] . Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Dalat ialah Datin Hajah Fatimah Abdullah.

Isi kandungan

Penduduk [sunting]

Penduduk daerah Dalat berjumlah 18,800(banci 2010). Kebanyakan penduduk adalah dari kaum Melanau, Iban, dan Cina.

Prasarana [sunting]

Hospital Dalat Fasa 1
Waterfront Dalat

Terdapat banyak kemudahan yang telah dibina di pekan Dalat dan juga daerah Dalat.

Pengangkutan [sunting]

Jalan Darat [sunting]

Pekan Dalat dihubungkan dengan bandar Mukah, dan seterusnya Lebuhraya Pan-Borneo. Selain itu, Dalat juga dihubungkan dengan pekan-pekan lain di Bahangian Mukah, seperti pekan Oya, Matu, Igan, Daro dan Sg. Kut. Sebuah jambatan yang merentasi batang Oya turut dibina. Jambatan ini menghubungkan Sg. Kut dengan Pekan Dalat.

Dalat dihubungkan dengan bandar Bintulu dan Miri dengan adanya perkhidmatan bas ekspress setiap hari.

Jalan Sungai [sunting]

Seperti juga tempat lain di Sarawak, pengangkutan sungai masih memainkan peranan yang penting dalam kalangan penduduk Dalat dan sekitarnya. Penduduk biasanya memiliki bot-bot kecil yang digunakan untuk pergi ke sesuatu tempat. Dalat juga dihubungkan dengan Sibu melalui perkhidmatan bot laju. Perjalanan dari Dalat ke Sibu memakan masa selama 2 jam, dan tambangnya pula adalah RM20. Bot-bot laju ini juga menghubungkan penduduk di sepanjang Batang Oya, Sungai Kut dan Batang Igan dengan bandar Sibu.

Kemudahan [sunting]

Terdapat sebuah hospital kerajaan di pekan Dalat. Selain itu, terdapat juga Stadium Perpaduan, waterfront, pejabat pos, pejabat daerah dan sebagainya untuk kemudahan penduduk. Terdapat tiga sekolah menengah di daerah ini iaitu, SMK Dalat, SMK Oya dan SMK Batang Igan.

Pautan luar [sunting]

References [sunting]