Malaysia Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia Timur berwarna hijau

Malaysia Timur atau Malaysia Borneo merupakan nama panggilan bagi 2 buah negeri dan sebuah wilayah persekutuan di Malaysia yang terletak di Kepulauan Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Di pulau ini juga terletak negara Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia. Malaysia Timur terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan.[1] Bandar raya-bandar raya utama di Malaysia Timur adalah Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu. Bandar-bandar besar lain yang penting termasuklah Victoria, Labuan, Miri, Sibu, dan Bintulu di Sarawak, serta Sandakan dan Tawau di Sabah.

Walaupun Malaysia Timur adalah kurang maju berbanding Semenanjung Malaysia, namun ia mempunyai lebih banyak sumber alam seperti petroleum, gas asli, kayu balak, dan arang batu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Malay Peninsula". HarperCollins Publishers. Diperoleh pada 7 Julai 2013.