Sungai Kalai Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kalai Besar
Sungei Kalai Besar, Sg. Kalai Besar
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumberbukit tanpa nama
 • lokasikawasan perhutanan di barat daya Rumah Merawing, Daerah Selangau
 • ketinggian38–44 meter (124.7–144.4 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kawasan perhutanan di utara Rumah Unggat, Daerah Selangau
 • koordinat
2°30′16″N 112°18′58″E / 2.50453°N 112.31605°E / 2.50453; 112.31605Koordinat: 2°30′16″N 112°18′58″E / 2.50453°N 112.31605°E / 2.50453; 112.31605
 • ketinggian
25 meter (82.0 ka)
Panjang3.59 kilometer (2.2 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Kalai Besar (Jawi: سوڠاي كالاي بسر; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Kalai Besar) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Kalai Besar merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Kalai Besar yang digunakan sebelum tahun 1972.[5] Rekod nama bagi Sungai Kalai Besar didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Kalai Besar yang telah direkodkan terletak di 2°30′N 112°19′E / 2.500°N 112.317°E / 2.500; 112.317 (Sungai Kalai Besar).[6][7] Sungai Kalai Besar dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1771903.[5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Kalai Besar berpunca di kawasan perhutanan sekunder dan primer di bukit tanpa nama. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Kalai Besar ialah di antara 38–44 meter (124.7–144.4 ka) dari paras laut. Punca bagi Sungai Kalai Besar terletak di bahagian barat daya Rumah Merawing, kira-kira 560 meter ke timur laut dari punca sungai. Sungai ini dilintasi dengan runut kenderaan bermotor lalu melengkung ke timur laut. Sebatang anak sungai dari bukit tanpa nama bakal bermuara di sini dekat lengkungan ini. Dekat sebelah timur Rumah Merawing, Sungai Kalai Besar bakal direntasi dengan FT 1 yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Pan Borneo dan talian penghantar elektrik. Aliran sungai diteruskan dengan dua cabang sungai tanpa nama bermuara di sungai ini sehingga cantuman antara Batang Mukah di mana merupakan penamat bagi Sungai Kalai Besar. Ia terletak di sebelah utara Rumah Unggat di ketinggian 25 meter (82.0 ka) dari paras laut.[1][2]

Sungai Kalai Besar mengalir sepanjang kira-kira 3.59 kilometer (2.2 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Kalai Besar merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Sungai ini terletak di antara Sungai Kalai Kechil dan Sungai Adir.[5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Kalai Besar.[8] Kawasan lembah Sungai Kalai Besar dilitupi dengan kawasan perhutanan, padang ragut, petempatan manusia dan pertanian.[1][8] Sungai Kalai Besar terletak berhampiran dengan kawasan petempatan manusia seperti Rumah Unggat, Rumah Merawing, dan Rumah Kassim.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Kalai Kechil, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Adir, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b c d "Sungai Kalai Besar, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.