Sungai Kua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kua
Sungei Kua, Sg. Kua
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Kua
 • lokasikira-kira 5.3 kilometer ke arah barat laut dari Rumah Jarau, Daerah Selangau
 • ketinggian70–80 meter (229.7–262.5 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 800 meter ke arah barat laut dari Rumah Banyan, Daerah Selangau
 • koordinat
2°26′45″N 112°18′46″E / 2.44587°N 112.31284°E / 2.44587; 112.31284Koordinat: 2°26′45″N 112°18′46″E / 2.44587°N 112.31284°E / 2.44587; 112.31284
 • ketinggian
25–30 meter (82.0–98.4 ka)
Panjang10.05 kilometer (6.2 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Kua (Jawi: سوڠاي كوا; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Kua) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Kua merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Kua yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Kua didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Kua yang telah direkodkan terletak di 2°27′N 112°18′E / 2.450°N 112.300°E / 2.450; 112.300 (Sungai Kua).[5][6] Sungai Kua dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1736969.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Kua berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di anggaran ketinggian antara 70–80 meter (229.7–262.5 ka) dari paras laut. Punca bagi Sungai Kua terletak kira-kira 5.3 kilometer (3.3 bt) ke bahagian barat laut dari Rumah Jarau dalam Daerah Selangau, Sarawak. Sungai ini akan menelusuri Bukit Kua, lalu direntasi oleh talian penghantar elektrik dahulu, dikiuti dengan sebatang jalan raya yang bernama Jalan Sibu–Bintulu (sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo). Lintasan ini terletak di gugusan rumah panjang yang terletak di kilometer 69 Lebuhraya Pan Borneo melibatkan Rumah Jantang, Rumah Jarau dan Rumah Ekum. Seterusnya, Sungai Kua bakal melewati Rumah Penghulu Gerinsa. Sungai ini bakal bercantum bersama Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Kua. Camtuman ini terletak di 800 meter ke arah barat laut dari Rumah Banyan di ketinggian antara 25–30 meter (82.0–98.4 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Kua mengalir sepanjang kira-kira 10.05 kilometer (6.2 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Kua merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Wong dan Sungai Sebansu.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Kua.[7] Kawasan lembah Sungai Kua dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, padang ragut, dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Kua termasuk Rumah Banyan, Rumah Jantang, Rumah Jarau, Rumah Penghulu Gerinsa dan Rumah Ekum.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Wong, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Sebansu, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Kua, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.