Sungai Sebuloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Sebuloh
Sungei Sebuloh, Sg. Sebuloh
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jantan Telaga
 • lokasikira-kira lima kilometer ke arah selatan dari Rumah Ugap, Daerah Selangau
 • ketinggian120–180 meter (393.7–590.6 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 600 meter ke arah tenggara dari Rumah Jabat, Daerah Selangau
 • koordinat
2°27′45″N 112°19′08″E / 2.46239°N 112.31882°E / 2.46239; 112.31882Koordinat: 2°27′45″N 112°19′08″E / 2.46239°N 112.31882°E / 2.46239; 112.31882
 • ketinggian
25–30 meter (82.0–98.4 ka)
Panjang13.05 kilometer (8.1 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Sebuloh (Jawi: سوڠاي اريس; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Sebuloh) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Sebuloh merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Sebuloh yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Sebuloh didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (BGN Amerika Syarikat), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Sebuloh yang telah direkodkan terletak di 2°27′0″N 112°19′0″E / 2.45000°N 112.31667°E / 2.45000; 112.31667 (Sungai Aris).[5][6] Sungai Sebuloh dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1746078.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Punca bagi Sungai Sebuloh terdapat di kawasan perhutanan dara di Bukit Jantan Telaga (juga dikenali sebagai Bukit Jatan Telaga), tidak jauh dari puncak Bukit Jantan Telaga, hanya lima kilometer ke arah barat laut dari sini. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Sebuloh ialah di antara 120–180 meter (393.7–590.6 ka) dari paras laut. Sungai Sebuloh bakal menelusuri kawasan hutan dipterokarpa pamah dan akan melintasi runut pejalan kaki sebanyak sekali di aras ketinggian sekitar 90–100 meter (295.3–328.1 ka). Aliran sungai kebanyakanya mengalir ke arah barat laut untuk bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamatnya. Penamat bagi Sungai Sebuloh ini terletak behampiran dengan Rumah Jabat kira-kira 500 meter ke arah tenggara di ketinggian antara 25–30 meter (82.0–98.4 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Sebuloh mengalir sepanjang kira-kira 13.05 kilometer (8.1 bt) dari hulu ke hilir sungai.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Sebuloh merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Sungai ini terletak di antara Sungai Lebai dan Sungai Selalang.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sebuloh.[7] Kawasan lembah Sungai Sebuloh dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Sebuloh termasuk Rumah Jabat dan Rumah Mambang.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Lebai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Selalang, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Sebuloh, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.