Sungai Senunok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Senunok
Sungei Senunok, Sg. Senunok
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jatan
 • lokasikira-kira 1.2 kilometer ke arah barat dari Rumah Muran
 • ketinggiandi antara 85 dan 95 meter (278.9 dan 311.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
beberapa meter dari Rumah Seli, Daerah Selangau
 • koordinat
2°23′08″N 112°22′57″E / 2.3855°N 112.38246°E / 2.3855; 112.38246Koordinat: 2°23′08″N 112°22′57″E / 2.3855°N 112.38246°E / 2.3855; 112.38246
 • ketinggian
di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka)
Panjang2.52 kilometer (1.6 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama

Sungai Senunok (Jawi: سوڠاي سنونوق) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Senunok merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Senunok yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Senunok dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Senunok yang telah direkodkan terletak di 2°23′N 112°23′E / 2.383°N 112.383°E / 2.383; 112.383 (Sungai Senunok).[5][6] Sungai Senunok dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1744753.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Senunok berpunca di kawasan perhutanan sekunder pamah di kira-kira 1.2 kilometer (0.7 bt) ke bahagian barat dari Rumah Muran dalam Daerah Selangau, Sarawak. Sungai Senunok mengalir ke arah barat dahulu, kemudian berkelok ke selatan. Tatkala terdapat anak sungai dari Bukit Tagalasa, Sungai Senunok akan berkelok ke arah barat daya untuk menuju ke hilirnya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Senunok dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Camtuman ini terletak pekarangan Rumah Seli sahaja.[1][2]

Sungai Senunok mengalir sepanjang kira-kira 2.52 kilometer (1.6 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Senunok terletak di ketinggian di antara 85 dan 95 meter (278.9 dan 311.7 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Kukok pula terletak di ketinggian di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Senunok merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Mula dan Sungai Belacho.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Senunok.[7] Kawasan lembah Sungai Senunok dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia. dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Senunok termasuk Rumah Jugah, Rumah Muran, dan Rumah Seli.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Senunok mempunyai tiga batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Mula, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Belacho, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Senunok, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.