Sungai Tisok Kura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Tisok Kura
Sungei Tisok Kura, Sg. Tisok Kura
Sungai Tisok Kura is located in Bumi
Sungai Tisok Kura
Sungai Tisok Kura (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jatan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 230 dan 250 meter (754.6 dan 820.2 ka)
MuaraSungai Tisok 
 • lokasi
dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • koordinat
2°22′27″N 112°24′28″E / 2.37423°N 112.40764°E / 2.37423; 112.40764Koordinat: 2°22′27″N 112°24′28″E / 2.37423°N 112.40764°E / 2.37423; 112.40764
 • ketinggian
di antara 180 dan 200 meter (590.6 dan 656.2 ka)
Panjang1.45 kilometer (0.9 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tisok → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama

Sungai Tisok Kura (Jawi: سوڠاي تيسوق كورا) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Tisok Kura merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Tisok Kura yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Tisok Kura dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Tisok Kura yang telah direkodkan terletak di 2°23′N 112°28′E / 2.383°N 112.467°E / 2.383; 112.467 (Sungai Tisok Kura).[5][6] Sungai Tisok Kura dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1746202.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Tisok Kura berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Tisok Kura terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, tidak juah daripada puncak bukit bagi Bukit Jatan dan juga punca bagi Sungai Kukok (Hulu Sungai Kukok). Sungai Tisok Kura mengalir ke arah tenggara untuk menghampiri muaranya. Sungai ini bercantum dengan Sungai Tisok sebagaimana ia penamat bagi Sungai Tisok Kura dan terus mengalir ke Batang Mukah. Cantuman ini terletak di kawasan yang tidak berpenghuni dalam HSK Mukah Hills.[1][2]

Sungai Tisok Kura mengalir sepanjang kira-kira 1.45 kilometer (0.9 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Tisok Kura terletak di ketinggian di antara 230 dan 250 meter (754.6 dan 820.2 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Tisok Kura pula terletak di ketinggian di antara 180 dan 200 meter (590.6 dan 656.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Tisok Kura merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Hulu Sungai Tisok dan Sungai Tisok Kanan.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Tisok Kura.[7] Kawasan lembah Sungai Tisok Kura dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][7] Tiada awasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Tisok Kura.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Tisok Kura mempunyai sebatang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Tisok Kura, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.