Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat letupan kilang mercun Bright Sparklers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai letupan dan kebakaran kilang mercun Bright Sparklers merupakan satu Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian letupan kilang mercun Bright Sparklers pada 7 Mei 1991.[1][2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri keempat, Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian letupan kilang mercun Bright Sparklers yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan 103 orang pada 7 Mei 1991 di Sungai Buloh, Selangor.[1][2]

Suruhanjaya ini mengadakan mesyuarat pertamanya pada 30 Mei 1991 dengan 537 pemamer terdiri daripada dokumen dan bahan yang diterbitkan dan dikenalpasti.[3] Sesi perbicaraan awamnya bermula pada 17 Jun 1991.[4][5]

Ahli suruhanjaya[sunting | sunting sumber]

Ahli suruhanjaya ini terdiri daripada:[3]

  • Datuk Wan Adnan Wan Ismail – Hakim Mahkamah Tinggi[6]
  • Datuk Dr. Chatar Singh – Pengerusi
  • Tin Choon Chai – Pesuruhjaya
  • Abdul Latib Omar – Setiausaha

Terma rujukan[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya mempunyai skop khusus yang perlu diterokainya. Ini termasuk:[7]

  • untuk menyiasat dan menentukan punca kebakaran dan letupan
  • untuk menyiasat pengambilan pekerja di bawah umur
  • untuk mengenalpasti pelaku yang terlibat atau bertanggungjawab terhadap kejadian
  • untuk menyiasat kemasukan bahan kimia yang digunakan oleh kilang Bright Sparklers

Prosiding[sunting | sunting sumber]

Maklum balas[sunting | sunting sumber]

Ketua Pengarah Bomba, Datuk Badaruddin Haji Mohammad Isa menafikan dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Urusan Bright Sparklers, Chung Kin Chuan bahawa bomba membuat pemeriksaan terhadap kilang berkenaan setiap tahun. Beliau berpendapat dakwaan Kin Chuan disifatkan tidak berasas.[8]

Senarai sesi pendengaran[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Siasatan Diraja memulakan sesi pendengaran pertamanya pada 17 Jun 1991.

Tarikh Tajuk Pendengaran awam / Badan kerajaan

Kesimpulan[sunting | sunting sumber]

Penemuan laporan[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Diraja selepas melalui perbicaraan selama 65 hari dan dihadiri seramai 129 saksi, telah mengeluarkan laporan 5889 muka surat. Laporan terakhirnya dihantar kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 28 Disember 1992 dan dibentangkan di Kabinet pada awal 1993.[3][9] Hasil penemuan dalam laporan ini mendapati:[10]

  • Bright Sparklers bertanggungjawab terhadap letupan dan kebakaran meskipun mengetahui ia merupakan operasi berbahaya
  • Syarikat ini tidak mengambil langkah keselamatan dalam operasinya
  • Syarikat ini dinasihatkan agar mewujudkan sebuah jawatankuasa keselamatan namun tidak berbuat demikian
  • Tapak kilang Bright Sparklers di Sungai Buloh disahkan haram. Bangunan kilang itu dibina di atas tanah yang digunakan untuk tujuan pertanian dan oleh itu, melanggar peruntukan Kod Tanah Kebangsaan
  • Syarikat ini tidak mempunyai sebarang lesen dan kelulusan di bawah pelbagai peruntukan yang dikaitkan dengan pembuatan mercun dan bunga api kecuali untuk lesen pengilangan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975
  • Bright Sparklers tidak menghantar sebarang pelan bangunan untuk 43 bangunannya kepada Majlis Perbandaran Petaling
  • Kebanyakan perlanggaran oleh syarikat ini, dari seawal 1977, bertentangan dengan Akta Letupan 1957 dan Peraturan Letupan
  • Meskipun syarikat ini telah diberi kelulusan untuk menghasilkan mercun jenis "kilauan" sahaja, namun menghasilkan mercun jenis "pancutan" dan "roket"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Royal Commision of Inquiry to be set up" [Suruhanjaya Siasatan Diraja akan dibentuk] (dalam bahasa Inggeris). Business Times. 9 Mei 1991. Dicapai pada 13 Ogos 2021.
  2. ^ a b "Suruhanjaya diraja siasat tragedi". Berita Harian Singapura. 9 Mei 1991. m/s. 1. Dicapai pada 18 Ogos 2021.
  3. ^ a b c S. Jayakrishman; Alex Chung (17 April 1993). "Firm Blamed for Explosion" [Firma dipersalahkan kerana letupan] (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 10 Disember 2010 – melalui Google Books.
  4. ^ Habhajan Singh (18 Jun 1991). "Siasatan bermula". Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2021.
  5. ^ "Pekerja turut [mengikuti] perjalanan perbicaraan". Harian Metro. 20 Jun 1991. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  6. ^ Jeffrey Ramayah (16 Mei 1991). "Judge to head royal panel" [Hakim ketuai panel diraja] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  7. ^ "Minister to get Sungai Buloh fire report from panel on Friday" [Menteri dapatkan laporan kebakaran Sungai Buloh pada Jumaat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 6 Januari 1993. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  8. ^ "Nafi periksa kilang setiap tahun". Harian Metro. 14 Ogos 1991. Dicapai pada 21 Ogos 2021.
  9. ^ Jennifer Jacobs (16 Januari 1993). "Bright Sparklers tragedy: Ting gets inquiry report" [Tragedi Bright Sparklers: Ting dapat laporan siasatan] (dalam bahasa Inggeris). Business Times. Dicapai pada 21 Ogos 2021.
  10. ^ "Findings of the Royal Commission of Inquiry into the Bright Sparklers tragedy at a glance" [Sekilas pandang Penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai tragedi Bright Sparklers] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 17 April 1993. Dicapai pada 15 Ogos 2021.