Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah YB. Dato' Wira Chor Chee Heung.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Kementerian ini telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.
[sunting] Visi
Untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.