Sutan Takdir Alisyahbana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sutan Takdir Alisyahbana
Info kelahiran Sutan Takdir Alisyahbana
11 Februari 1908(1908-02-11)
Natal, Sumatera Utara, Hindia Belanda
Kematian 17 Julai 1994 (umur 86)
Jakarta, Indonesia
Nama pena Soetan Takdir Alisjahbana
Pekerjaan Penulis
Warganegara Indonesia
Pendidikan Hoofdacte Cursus di Batavia (1941)
Pencapaian ketara Dian yang Tak Kunjung Padam (novel, 1932)
Layar Terkembang (novel, 1936)
Pasangan R.A. Rohani Daha,
R.R. Sugiarti,
Margaret Axer
Anak Samiati Alisjahbana,
Iskandar Alisjahbana,
Sofjan Alisjahbana,
Mirta Alisjahbana,
Sri Artaria Alisjahbana,
Tamalia Alisjahbana,
Marita Alisjahbana,
Marga Alisjahbana,
Mario Alisjahbana

Sutan Takdir Alisyahbana (11 Februari 1908 - 17 Julai 1994; juga dieja sebagai Soetan Takdir Alisjahbana) ialah seorang sasterawan dan ahli tata bahasa Indonesia. Sutan Takdir adalah seorang penulis Indonesia dari angkatan Pujangga Baru. Beliau pernah bekerja di Malaysia sebagai Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, antara tahun 1963-1968.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Natal, Sumatera Utara, pada 11 Februari 1908.[1] Keluarganya adalah etnik Minangkabau yang memiliki susur galur daripada raja di kawasan bahagian selatan Sumatera Utara. Dari sebelah ibunya, beliau adalah kerabat dengan Sutan Sjahrir, perdana menteri pertama Indonesia.[2] Sementara bapanya adalah seorang guru,[3] dan datuknya adalah pendidik agama Islam yang sebelumnya pernah mukim di Mekkah.

Beliau menempuh pendidikan rendah di Hollandsch-Inlandsche School di Bengkulu (1921), dan kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah guru Kweekschool di Bukittinggi, dan sekolah guru tinggi Hogere Kweekschool di Bandung (1928). Beliau juga mengambil kursus Hoofdacte Cursus di Batavia (1941), yang merupakan kelayakan tertinggi untuk seorang guru Hindia Belanda pada masa itu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sutan Takdir merupakan pengasas dan penyunting majalah sastera Pujangga Baru. Novel pertamanya, Tak Putus Dirundung Malang, diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1929.[1] Beliau kemudian menjadi salah satu sasterawan Indonesia yang cukup aktif terutamanya dalam masa sekitar kemerdekaan. Dalam kapasiti beliau sebagai penulis pakar dan kemudiannya pengerusi Suruhanjaya Bahasa semasa pendudukan Jepun di Indonesia, beliau memodenkan Bahasa Indonesia supaya ia boleh menjadi bahasa kebangsaan bagi rakyat Indonesia.[4]

Sutan Takdir percaya bahawa Indonesia boleh belajar dari nilai-nilai tamadun Barat, dan kekal sebagai penyokong modenisme sepanjang hidupnya.[5] Novel terkenal beliau, bertajuk Layar Terkembang, menunjukkannya sebagai pengarang yang progresif.

Sutan Takdir juga pernah bekerja di Malaysia. Antara tahun 1963-1968, beliau menjadi Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya,[6] dan mengajar bersama-sama pensyarah lainnya seperti Syed Naquib al-Attas dan saudaranya Syed Hussein al-Attas.[7]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anak sulungnya, Iskandar Alisyahbana, pernah berkhidmat sebagai rektor Institut Teknologi Bandung, dan bapa mertua kepada Menteri Negara Perencanaan Pembangunan Nasional/Kepala Badan Perancangan Pembangunan Nasional pada Kabinet Indonesia Bersatu II, Armida Alisyahbana. Anak-anak lainnya, iaitu Sofjan dan Mirta Alisyahbana, adalah pengasas Femina Group, suatu kumpulan penerbitan majalah di Indonesia.[8]

Wafat[sunting | sunting sumber]

Sutan Takdir meninggal dunia di Jakarta pada usia 86 tahun. Sehingga akhir hidupnya, beliau belum lagi berhasil merealisasikan cita-citanya yang terbesar, iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di kawasan Asia Tenggara.

Karya[sunting | sunting sumber]

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Tak Putus Dirundung Malang (novel, 1929)
  • Dian yang Tak Kunjung Padam (novel, 1932)
  • Tebaran Mega (kumpulan sajak, 1935)
  • Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia (1936)
  • Layar Terkembang (novel, 1936)
  • Anak Perawan di Sarang Penyamun (novel, 1940)
  • Puisi Lama (antologi, 1941)
  • Puisi Baru (antologi, 1946)
  • Pelangi (antologi, 1946)
  • Pembimbing ke Filsafat (1946)
  • Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia (1957)
  • The Indonesian language and literature (1962)
  • Revolusi Masyarakat dan Kebudayaan di Indonesia (1966)
  • Kebangkitan Puisi Baru Indonesia (kumpulan esai, 1969)
  • Grotta Azzura (novel tiga jilid, 1970 & 1971)
  • Values as integrating vorces in personality, society and culture (1974)
  • The failure of modern linguistics (1976)
  • Perjuangan dan Tanggung Jawab dalam Kesusastraan (kumpulan esai, 1977)
  • Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Modern (kumpulan esai, 1977)
  • Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia Dilihat dari Segi Nilai-Nilai (1977)
  • Lagu Pemacu Ombak (kumpulan sajak, 1978)
  • Amir Hamzah Penyair Besar antara Dua Zaman dan Uraian Nyanyian Sunyi (1978)
  • Kalah dan Menang (novel, 1978)
  • Menuju Seni Lukis Lebih Berisi dan Bertanggung Jawab (1982)
  • Kelakuan Manusia di Tengah-Tengah Alam Semesta (1982)
  • Sociocultural creativity in the converging and restructuring process of the emerging world (1983)
  • Kebangkitan: Suatu Drama Mitos tentang Bangkitnya Dunia Baru (drama bersajak, 1984)
  • Perempuan di Persimpangan Zaman (kumpulan sajak, 1985)
  • Seni dan Sastra di Tengah-Tengah Pergolakan Masyarakat dan Kebudayaan (1985)
  • Sajak-Sajak dan Renungan (1987)

Sebagai penyunting[sunting | sunting sumber]

  • Kreativitas (kumpulan esai, 1984)
  • Dasar-Dasar Kritis Semesta dan Tanggung Jawab Kita (kumpulan esai, 1984).

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

  • Nelayan di Laut Utara (karya Pierre Loti, 1944)
  • Nikudan Korban Manusia (karya Tadayoshi Sakurai; terjemahan bersama Soebadio Sastrosatomo, 1944)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Penghargaan Satyalancana Kebudayaan Pemerintah Republik Indonesia (1970)
  • Doktor kehormatan dari Universitas Indonesia (1979)
  • Doktor kehormatan dari Universiti Sains Malaysia (1987)
  • Doktor kehormatan dari School For Oriental And African Studies London (1990)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Raffel, Burton (1968) [1967]. Development of Modern Indonesian Poetry (edisi ke-2nd). Albany, NY: State University of New York Press. ISBN 978-0-87395-024-4. 
  2. Puti Balkis Alisyabana, Natal: Ranah nan Data, Jakarta : Dian Rakyat, 1996
  3. Sutan Takdir Alisjahbana, Majalah Tempo, 10 Maret 1990
  4. Aulia A. Muhammad, STA: Perangkum Semua Kebudayaan, Suara Merdeka Cybernews, 8 September 2008.
  5. Achdiat K. Mihardja, Polemik Kebudayaan: Pokok Pikiran St. Takdir Alisjahbana, Pustaka Jaya, 1977
  6. Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hakcipta Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
  7. Syed Husin Ali, Ph.D. Syed Hussein Alatas (1928-2007). Akademika 73 (Mei) 2008, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  8. Wini Angraeni, Keluarga Sutan Takdir Alisjahbana: Harus Menjadi Orang Extraordinary, Majalah Swa, 22 Januari 2009