11 Februari
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Februari 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | |||
| MMXII | ||||||
11 Februari merupakan hari ke-42 dalam kalendar Gregory. Tinggal 323 hari (atau 324 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Penubuhan Negara di Jepun;
- Hari Kebangsaan di Iran (1979).
[sunting] Peristiwa
- 660 SM - Mengikut tradisi, pada hari inilah negara Jepun diasaskan oleh Maharaja Jimmu.
- 55 - Tiberius Claudius Caesar Britannicus, pewaris takhta Maharaja Rom, tiba-tiba mati di Rom, sekaligus membuka jalan untuk Nero menaiki takhta.
- 1814 - Norway mengisytiharkan kemerdekaan, maka berakhirnya Kesatuan Kalmar.
- 1861 - Perang Saudara Amerika: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sebulat suara meluluskan resolusi yang menjamin agar tiada campur tangan dalam amalan perhambaan di setiap negeri.
- 1873 - Raja Amadeo I dari Sepanyol turun takhta, mengisytiharkan di Cortes Generales bahawa orang Sepanyol "tidak dapat dikawal", lalu meninggalkan negara itu.
- 1889 - Perlembagaan Meiji diterima guna di Jepun.
- 1919 - Friedrich Ebert menjadi Reichspräsident pertama Republik Weimar.
- 1929 - Bagi menyelesaikan "Persoalan Rom", Itali dan Holy See Gereja Katolik Rom bersetuju mewujudkan Kota Vatican sebagai satu enklaf berdaulat merdeka di dalam Itali.
- 1869 - Frederick Banting mengumumkan penemuan insulin, yang digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, di Universiti Toronto.
- 1938 - BBC Television menerbitkan rancangan cereka sains pertama di dunia, yang berbentuk adaptasi lakon pentas ciptaan Karel Capek bertajuk R.U.R., yang mencipta istilah "robot".
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Pertempuran Bukit Timah meletus di Singapura.
- 1953 - Kesatuan Soviet memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
- 1964 - Pihak Greece dan Turki mula bertempur di Limassol, Cyprus.
- 1964 - The Beatles mengadakan konsert pertama mereka di Amerika Syarikat, di Washington Coliseum di Washington, D.C.
- 1971 - 87 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Kesatuan Soviet, menandatangani Perjanjian Dasar Laut yang mengharamkan senjata nuklear di perairan antarabangsa.
- 1973 - Perang Vietnam: Tahanan perang Amerika Syarikat mula dibebaskan dari Vietnam.
- 1978 - Republik Rakyat China menarik balik larangan ke atas karya-karya Aristotle, Shakespeare dan Dickens.
- 1979 - Revolusi Iran: Wangsa Pahlavi runtuh apabila tentera memilih "neutral" selepas pengikut Ayatollah Ruhollah Khomeini (gambar) memberontak, akhirnya menjadikan beliau Pemimpin Agung republik Islam itu.
- 1987 - Perlembagaan Filipina berkuatkuasa.
- 1990 - Aktivis anti-aparteid Nelson Mandela, menjadi banduan politik selama 27 tahun, dibebaskan dari penjara di Paarl, Afrika Selatan.
- 2006 - Naib Presiden Amerika Syarikat Dick Cheney tertembak Harry Whittington di muka, leher, dan dada ketika memburu burung puyuh.
- 2008 - Perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan dimenangi Anthony Charteau dari pasukan Crédit Agricole.
- 2008 - Di Timor Leste, berlakunya cubaan membunuh Xanana Gusmao dan Jose Ramos-Horta, tetapi gagal.
- 2009 - Morgan Tsvangirai menjadi Perdana Menteri Zimbabwe.
- 2010 - NASA melancarkan Solar Dynamics Observatory dalam satu misi lima tahun mencerap Matahari.
- 2011 - Selepas 18 hari bantahan meluas di Mesir, Presiden Hosni Mubarak berundur dan menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||