Syiling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Claudius II coin (colourised).png
Numismatik
Istilah - Portal
Mata wang

Mata wang dalam edaran
Mata wang komuniti

Mata wang fiksyen

Mata wang kuno

Mata wang Zaman Pertengahan
Mata wang moden

Penghasilan
Eksonumia

Notafili

Skripofili

Syiling biasanya merupakan sekeping bahan keras, biasanya logam dan biasanya dalam bentuk cakera, yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk digunakan sebagai bentuk wang. Bersama wang kertas, siling membentuk bentuk tunai bagi kesemua sistem kewangan moden. Syiling biasanya digunakan sebagai unit nilai rendah, dan wang kertas biasanya digunakan bagi nilai lebih tinggi; juga, dalam kebanyakan sistem kewangan, nilai syiling tertinggi bernilai kurang berbanding wang kertas paling rendah.

Mengumpul syiling[sunting | sunting sumber]

Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan duit syiling, wang kertas, token duit syiling dan Eksomania, sila lihat Pengumpulan duit syiling dan Ilmu numismatik.

Nilai duit syiling[sunting | sunting sumber]

Nilai pertukaran pasaran duit syiling berasas daripada nilai sejarah, dan/atau nilai intrinsik bahan-bahan logamnya (umpamanya, emas atau perak). Bagaimanapun, pada zaman yang moden, kebanyakan duit syiling dibuat daripada logam asas dan nilainya terdiri daripada tarafnya sebagai wang fiat. Ini bermakna bahawa nilai duit syiling diputuskan oleh perintah kerajaan dan bukannya daripada persetujuan orang ramai. Oleh sebab itu, duit syiling lebih merupai token dengan erti kata yang sebenarnya berbanding duit syiling yang benar.

Bagi membezakan duit syiling daripada token yang digunakan sebagai wang, cendikiawan wang telah mentakrifkan tiga kriteria untuk menentukan sebiji objek sebagai "duit syiling yang benar":

  1. Ia harus dibuat daripada bahan-bahan yang bernilai dan didagang pada harga yang berdekatan nilai pasaran bahan-bahan tersebut.
  2. Ia harus mempunyai berat dan ketulenan yang piawai.
  3. Ia harus ditandai unuk mengenalpastikan pihak yang menjamin kandungannya.

Menurut takrif ini, penciptaan dan penggunaan duit syiling yang pertama diketahui datangnya daripada Kemaharajaan Lydia pada lingkungan 643-630 S.M. Di bawah pemerintahan tiga keturunan maharaja Lydia, wang Lydia semakin berubah daripada bentuk ketulan elektrum (sejenis aloi semula jadi yang terdiri daripada emas dan perak) kepada duit syiling yang mempunyai berat dan ketulenan yang terjamin, serta ditandi dengan mohor Maharaja. Duit syiling yang benar juga diperkembangkan pada zaman yang amat berhampiran di India serta China.

Sejarah duit syiling adalah panjang dan menarik. Umpamanya, pada tahun 1979 dan 1980, suatu pasukan seni bina China yang mengekskavasi di kawasan berdekatan kemaharajaan Loulan menemui alatan batu dan duit syiling Mesolitik (sila lihat Loulan: Ekspedisi China Moden).

Penurunan nilai duit syiling[sunting | sunting sumber]

Tingkat harga dolar A.S., 1800 - 2000
Garis merah menunjukkan perpisahan daripada piawai perak.

Sepanjang sejarah, kerajaan telah diketahui menghasilkan lebih banyak syiling berbanding bekalan logam berharga yang ada. Dengan menggantikan sebahagian kandungan logam berharga dengan logam asas (biasanya tembaga atau nikel), nilai intrinsik setiap sekeping syiling dikurangkan (dengan itu "mengurangkan" duit mereka), membenarkan pihak berkuasa syiling untuk menghasilkan lebih banyak syiling dari apa yang mungkin. Pengurangkan nilai wang hampir sentiasa mendorong kepada kenaikan harga kecuali kawalan harga diperkenalkan oleh pihak pemerintah. Sesetengah orang meanggap contoh terbaik fenomena ini adalah pergerakan aras harga di Amerika Syarikat semenjak 1964 (tahun terakhir Syiling Amerika Syarikat dikilangkan dengan 90 peratus perak). Patut diingat, bagaimanapun, bahawa bagi kebanyakan tempoh syiling perak Amerika Syarikat, wang sedemikian merupakan wang fiat, kerana nilai perak agak rendah. Sebagai contoh, pada tahun 1960, perak dalam sepuluh sen Amerika bernilai kurang dari empat sen. Ia tidak sepatutnya pengurangan nilai dan inflasi unik kepada AS. Hampir keseluruhan negara lain turut mengurang nilai siling mereka. United Kingdom melalui inflasi pada era yang sama. Apa yang unik kepada Amerika Syarikat, antara negara membangun, adalah AS tidak pernah menilai kembali sistem syiling bagi menangani inflasi, dan akibatnya, syiling di Amerika pada hari ini hampir tidak dianggap sebagai "wang" dalam segi praktikal. Semakin biasa adalah mesin pengira syiling yang mengenakan bayaran kepada pengguna bagi menukar wang "syiling" mereka kepada "tunai".

Wang syiling RM1, Malaysia yang dimansuhkan penggunaannya pada 7 Januari 2005.

Ralat petik: 'Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan==Ciri-ciri duit syiling moden==

Tepi yang bergigi atau bertanda masih terdapat pada kebanyakan syiling pada asalnya bagi membuktikan bahawa logam berharga itu tidak dikikis dari syiling tersebut. Sebelum penggunaan tepi bergigi, syiling dalam kitaran mengalami kikisan, masalah biasa di mana orang yang tidak amanah akan mengikis sedikit logam daripada sisi syiling dalam kitaran. Ini merupakan sebab sesetengah syiling moden mempunyai tepi bergigi pada bahagian tepi ; kehadiran gigi ini membuktikan bahawa tepi syiling itu tidak dikikis. Syiling perak sterling British tidak bergigi diketahui telah dikikis sehingga separuh daripada nilai berat pengilangannya. Bentuk penyusutan ini pada zaman Tudor England mendorong kepada pembentukan undang-undang Gresham. Raja memerintah akan menarik secara berkala syiling, membayar hanya nilai perak bulion, dan menghasilkan dan mengitar kembali syiling.

Secara tradisi sebelah syiling akan membawa potret raja atau pemerintah lain, atau lambang kerajaan, dikenali sebagai 'bahagian depan syiling', atau secara tidak rasmi kepala. Bahagian belakang dipanggil 'bahagian belakang syiling', atau secara tidak rasmi ekor. Bagaimanapun, peraturan ini tidak diikuti dalam sesetengah kes. [1] Satu peraturan lain adalah bahagian yang mempunyai tahun pengilangan adalah pada bahagian kepala, walaupun kebanyakan syiling Kanada, dan kesemua syiling Jepun, terkecuali.

Orientasi bahagian depan syiling berbanding dengan bahagian belakang berbeza antara negara-negara. Sesetengah syling mempunyai orientasi syiling yang memerlukan syling dibaling secara tegak untuk melihat sebelah lain duit syiling itu; syling-syling yang lain, seperti syling British, mempunyai orientasi pingat yang memerlukan syling dibaling secara mendatar untuk melihat sedemikian.

Syiling yang tidak bulat (umpamanya, 50 peni British) biasanya mempunyai bilangan tepi yang ganjil, dengan tepinya dibulatkan. Ini adalah untuk menyebabkan duit syling itu mempunyai diameter yang tetap, supaya dapat dikenal oleh mesin-mesin tanpa mengira cara memasukkannya. Jika duit syling mempunyai bilangan tepi yang genap, ini tidak akan benar. Masih terdapat reka bentuk lama yang mempunyai bilangan tepi yang genap, seperti syling 50 sen Australia 12 tepi.

Syiling amat popular digunakan sebagai dadu dua sisi; untuk memilih antara dua pilihan dengan kemungkinan rawak, satu pilihan dipanggil "kepala" dan pilihan yang lain dipanggil "ekor". Syling dibaling untuk melihat adakah kepala atau ekor akan muncul di atas. Lihat Percubaan Bernoulli; syling yang adil ditakrif sebagai mempunyai kemungkinan kepala (dalam istilah Bernoulli dipanggil "kejayaan") tepat 0.5. Contoh syling tak simetri yang diberikan banyak publisiti ialah syiling satu euro Belgian. Lihat juga Membaling duit syling.

Syiling-syling kekadang dipalsukan untuk menyebabkan sebelahnya menjadi lebih berat. Syiling sebegini sering dikatakan "diberatkan". Sesetengah syiling yang dipanggil brakteat adalah terlalu nipis sehingga hanya boleh diterakan pada satu belah. Syiling dwilogam digunakan untuk syling peringatan dan pada 1990-an, Perancis menggunakan syiling tiga logam. Syling-syling dengan bentuk gitar dikeluarkan oleh Somalia pada tahun ini. Poland mengeluarkan syling 10 zloty yang berbentuk kipas, tetapi syling yang paling aneh ialah Nauru 2002 yang mempunyai bentuk Eropah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]